Monday, August 8, 2011

BISKUT STRAWBERRY







Assalamualaikum. Macam biasa, aktiviti hari minggu saya dipenuhi dengan aktiviti membakar biskut. Walaupun umat Islam baru berpuasa 8 hari, biskut raya saya dah ada 5 jenis.. hehe.. Disebabkan teruja dengan biskut tart nenas Nina Cybercake yang dibentuk menjadi buah strawberry.. saya pun mengadun satu adunan biskut strawberry berintikan gajus. Memang betul kata Nina.. kerjanya banyak.. huhu.. sampai ke malam menggentel biskut ni. Macamana agaknya peniaga biskut raya menggentel biskut ni untuk dijual ya... Huuuuuuuu...



Resepinya nanti saya postkan. Tengok gambar dulu ye.

Tuesday, August 2, 2011

DAHLIA & SEMPERIT













Assalamualaikum. 1 Ramadan 1432H. Macamana puasa? Saya bercuti sehari sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak ini. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Bangun sahur, makan, kejut anak, siap anak pergi sekolah, balik hantar anak sekolah tidur kejap, siapkan makan anak (anak saya umur 6 tahun, puasa 1/2 hari je)... ambil anak sekolah, bagi dia makan lepas tu dah waktu senggang. Apa lagi, mak pun nak menolong, projek biskut raya lah kita. Kali ni biskut dahlia dan semperit. Tapi acuan dahlia yang disimpan lama (mak punya) dah hilang kayu penekannya. Nak tak nak pakai nozzle 858 je. Jadi jugak alhamdulillah. Nak resepi? Resepi dahlia dan semperit sama je. Tengok bawah ye...





Bahan-bahan




250g marjerin / butter (kalau nak sedap lagi)


200g tepung gandum


150g tepung kastard


30g tepung ubi (lebih baik disangai dulu. Kalau rajin lagi boleh jemur. Biskut jadi lebih ringa)


1 st esen ros


1 biji kuning telur (sblm ni saya tulis 1 biji telur.. maafla ye.. tersilap taip)


150g gula aising





Kaedah mengadun




1. Marjerin dan gula dikrimkan sehingga gebu dan putih


2. Masukkan telur kacau sebati


3. Dalam mangkuk lain, ayak segala jenis tepung


4. Adunkan adunan marjerin dan gula bersama tepung sehingga menjadi doh.


5. Gunakan acuan dahlia atau nozzle 858 (kalau tak silap) dan bentuklah menjadi bunga.


6. Bakar sehingga masak.

MAIZUAN


Cake : Vanilla Sponge and Blueberry Filling
Frosting : Fresh cream
Size : 8" round
Prize : RM48.00

Kek yang ditempah tergesa-gesa, buatnya pun tergesa-gesa.

Friday, July 29, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN






Assalamualaikum wbk. Pagi Jumaat yang sungguh sejuk lagi segar. Hujan mencurah lebat dari awal pagi Jumaat terakhir sebelum kita semua menyambut Ramadhan Al-Kareem.



Abu Saeid At Tahuriyy r.a. berkata "jika kamu ingin mengenali seseorang yang bersahabat denganmu dengan ikhlas, maka buatlah sesuatu yang menyebabkannya marah, kemudian perhatikan pada orang lain penilaiannya terhadap kamu, jika dia tetap berkata yang baik tentangmu dan menutup keburukkanmu sebagaiaman ditutup oleh Allah swt, maka jadikan dia saudaramu".



Petikan daripada Ihyak Ulumiddin



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.

Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum. Ramadan Al-Mubarak semakin dekat menghampiri kita. Dengan adanya peningkatan ilmu, diharap amalan puasa kita juga dapat dipertingkatkan. Di sini saya syer ilmu yang saya dapat ketika menghadiri majlis ilmu di Surau Sri Pentas pada hari Rabu, 17hb Julai 2011 bersamaan 25 Syaaban 1432H, disampaikan oleh penceramah yang cukup saya gemar, Ustaz Ishak Din.

Menurut Ustaz Ishak Din tadi, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai :-

1. Shahrun Karim atau bulan yang mulia ;
2. Shahrun Rahmah;
3. Shahrun Mubarakun iaitu bulan yang dirahmati;
4. Shahrun Maghfirrah (bulan yang pengampunan);
Di bulan ini, pintu syurga seluas langit dan bumi dibuka 24 jam
5. Ummu Shahri (ibu segala bulan)

Pendekata, bulan ini adalah pengumpulan segala pahala dan pengampunan. Orang yang tidak merebut peluang di bulan ini, diibaratkan sebagai orang yang rugi.

Antara persoalan yang kerap timbul mengenai bulan yang mulia ini ialah :-

1. Siapakah orang yang wajib berpuasa?
Jawapannya ialah orang Muslim, Mukin yang mencukup syarat-syaratnya.

2. Golongan manakah yang tidak wajib berpuasa?
Orang yang tidak wajib berpuasa ada 3 golongan :-
(i) Kanak-kanak yang belum baligh;
(ii) Orang gila ;
(iii) Orang tua yang tidak kuasa berpuasa

3. Siapakah yang haram berpuasa?
Perempuan didalam haid / nipas

4. Siapakah yang tidak perlu berpuasa dan sekiranya ia berpuasa orang itu harus berbuka?
3 golongan iaitu :-
(i) Orang yang sakit teruk
(ii) Orang dalam musafir
(iii) Ibu mengandung / menyusukan

5. Siapakah yang tidak wajib berpuasa dan tidak wajib membayar fidyah?
(i) Orang tua yang tiada kuasa berpuasa
(ii) Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
(iii) Orang mati yang tidak sempat mengqada puasanya

6. Siapakah orang yang wajib membayar puasa dan mengqada puasanya?
Soalan ini tidak sempat diterangkan oleh ustaz memandangkan waktu rehat sudah habis. Semoga ianya dapat dijawab didalam pertemuan akan datang.

Diharap dengan ilmu yang sedikit ini, dapat meningkatkan pahala puasa kita semua, insyaAllah.

Monday, July 25, 2011

CIK MOLEK




Di akhir bulan Sya'aban, semarak Ramadhan sudah dapat dirasa. Menurut kata Ustaz Sahruddin Samsudin dalam ceramahnya di surau pejabat tengahari tadi, antara perkara yang Nabi Muhammad saw lakukan ketika Sya'ban ialah maaf memaafkan serta meuar-uarkan kebesaran Ramadhan. Semoga kita semua masih mampu menjalani ibadah ini sebaik mungkin dan yang penting kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan kali ini.




Hari Ahad lepas, projek biskut raya dengan kakak saya, persediaan hari raya. Raya nanti tak perlulah bersusah-susah membuat biskut raya. Kali ini kami menyediakan biskut Cik Molek. Bila masuk ke dalam mulut, umpama makan biskut tart nenas tetapi diperkaya dengan rasa cengkih. Sedap.



Minggu depan kalau dipanjangkan umur, projek biskut dahlia dan tart gulung, insyaAllah.

KELAS TAK RASMI DLO


Hasil tangan Nurul sendiri

Kak U'un (panggilan Muaz pada Nurul).. bangga dengan red velvetnya.


Hari Sabtu lepas, senggang tiada aktiviti kek dan sewaktu dengannya. Waktu senggang diceriakan dengan kedatangan cucu saya, Nurul Batrisya yang cukup minat memasak kek. Mungkin satu hari nanti, semua resepi turun temurun keluarga Othman dan satu fail besar kek yang saya olah dan dipelajari akan diperturunkan kepada Cik Nurul Batrisya yang cantik ini. Datang dengan cawan kertas untuk cupcake, serbuk koko, cream cheese dan butter, tersenyum simpul meminta saya mengajarnya RED VELVET. Semua proses dilakukannya sendiri, saya cuma tunjuk saja. Hasilnya cukup memberangsangkan. Lepas ni nak niaga kat sekolah.. katanya.. Baguslah.... boleh carik duit sendiri. Sekalung tahniah untuk Nurul Batrisya.