Saturday, June 29, 2013

JENGUK JE..

Assalamualaikum

Sekian lama tidak kemari
Apa kabar saudara saudari
Tiada apa yang boleh kukongsi
Cuma Salam Ramadhan semoga ianya penuh terisi

hehe..

Jom tengok bunga orkid yang baru bunga di laman rumah.  Indahnya tinggal di kampung

 Orkid ini warna asalnya indigo, ciptaan Allah swt yang sangat cantik hingga kamera tidak dapat 'capture' warna asalnya.

 Pertama kali berbunga... 

 Lagi..

 Species lain.. ada banyak lagi sebenarnya yang berbunga tapi pernah disyer sebelum ini

 Setandan pisang yang boleh dicapai dengan tangan...

 Rendah sangat, alamatnya senangla dicuri orang

 Apa entah namanya ni..

 Harap sempat la ko masak wahai pisang..

Ni apa?  Bunga kantan yang dah mula nak rosak..

Jumpa lagi..

Thursday, May 9, 2013

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Salam

Saya terbaca sesuatu yang amat mengguris hati dan perasaan saya sebagai anak Melayu yang hidup aman damai bersama pelbagai bangsa di sini

"I am not Malay, I am Malaysian".  Mungkin budak ini Melayu Jawa atau Minang sebab wajahnya beriras bangsa keturunan ini.  Kalau bangsa asing sangat bangga dengan bangsa mereka, kenapa kita tidak mahu mengaku bangsa kita.

Secara jujurnya.. "Saya sangat bangga menjadi anak Melayu, dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia" dan saya mahu anak saya juga bangga dengan bangsanya dan bangga menjadi anak Malaysia yang hidup rukun damai berbilang bangsa.


Bak kata Hang Tuah "Takkan hilang Melayu di dunia"


Wednesday, May 1, 2013

INGATAN MU TERPAHAT DI HATIKU...

Salam Sahabat!

Hari ini pasti hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.  Kalau tidakpun, saya sendiri memang tertunggu-tunggu hari-hari cuti gini.  Kenapa?  Pertamanya tak payah buru-buru di waktu pagi memasak breakfast dan bekal anak ke sekolah, keduanya tidak perlu bergegas menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah.  Ketiganya TAK DE ngadap JEM!!!!!!..  Tenang je hari ni walaupun wall FB penuh dengan acara politik yang panas membara. 

Pagi-pagi tadi masa tengah makan nasik lemak berlaukkan sambal tumis ikan bilis dan telur rebus separuh masak (sedap!), saya dapat titipan dari novelis terkenal, Aisya Sofea.  Titipan novel-novel beliau.  

"Alamak! Dia mesti baca post aku pasal entry caca marba tu".. Apapun terimakasihlah ye Jua.  Kita doakan awak terus berjaya dan berjaya menghasilkan novel-novel bermutu.  Suka sangat!


 Tiga buah novel, Adam & Hawa dan Sehangat Asmara tu dengar ceritanya MELETOP.



Rasanya minggu ni, minggu ingatan kawan-kawan kepada saya.  Semalam juga saya dapat titipan ini dari sahabat blogger dan sahabat office, sehelai kain sari yang cantik.  Saksikan nanti laporan sahabat saya ini dalam Majalah 3 mengenai Roti Canai vs Roti Chennai.  Juga ada banyak side stories mengenai perjalanan beliau di India di blog beliau.  Menarik!  Jangan lupa ye.  Nanti saya update tarikh siarannya, In Sya Allah (kalau tak lupa).

dan

dapat juga sebuah dompet syiling yang comel, juga dititip oleh seorang sahabat dari program Resepi Turun Temurun, TV9.  

Alhamdulillah, dan terimakasihlah kawan-kawan atas ingatan ini.


Nota:... dah pukul 12 lebih.. nak masak apa ye? 

Jumpa lagi sahabat!.


Monday, April 29, 2013

ENTRY MACAM-MACAM.. CACA MARBA DI SANA SINI...

Salam sahabat sekalian.

Dah hampir 11:16 malam, barulah dapat pegang keyboard.  Hari panas terik antara penyebab kepala saya sakit.  Allah memberi ujian kepada saya, in sya Allah antara sebab dosa diampunkan.  Wallahualam.

Sabtu, saya "berebut" waktu.  Masa sangat cepat detiknya.  Antara siapkan kek yang kakak saya nak bawak untuk merisik anak dara pujaan sibujang sulong dengan menghantar dan mengambil my precious dari kelas ngaji, tuition dan tae-kwon-do.  Mungkin saya yang tak pandai membahagi masa.  Mungkin juga saya yang tak cekap.  Apapun ini adalah antara sebab kenapa saya tidak lagi aktif mengambil tempahan kek.  

Dua biji kek dam dapat disiapkan dalam keadaan buat, tinggal, buat, tinggal..aaaaaaa...terkejar-kejar sahabat!  Ngaku, kek ni kurang kemas.

Oke lah, nak cerita sikit..sebenarnya nak gather-gather family members dan buat games tak payah nak buang-buang duit sewa tempat tepi laut ke apa ke.  

Kat laman rumah pun boleh!

 Nampak!.. Happening jugak!  Tu untung duduk kampong.  Duduk rumah teres, tak dapat de macam ni.. Syukur kampung pinggir KL.

 Precious Son... menang nih!

 Panas terik!

 Sempat jugak gambar dengan Jua aka Aishah Sofea, penulis novel popular Adam & Hawa tu.  Tak de ke novel nak hadiah kat kita? hehehe... Dulu tak tau Jua boleh menulis dengan bagus, yang kita tau dia cakap orang puteh berabuk.

 Campak kasi masuk itu relung

 Pak Gong, bekerja keras

Minah engine

 Ce teka berapa biji sume

Family Day keluarga abang ipar saya ni habis pukul 4.00 petang tapi selesai pukul 6:00 petang.  Biasalah borak sana borak sini kan..


Alang-alang mixer dah keluar, kita buat donat lah untuk minum petang.  Biasalah saya bangsa tak sabar nak makan kalau buat kuih-kuih cenggini, kasi bulat-bulat je cepat sikit.. hehe.. Yang ni untuk My Precious.

Masa buat donat ni, Family Day tak habih lagi.  My Precious asyik berlari balik dan berlari semula join telematch. 


 Yang lawo sikit ni untuk hubby


 Makan pastu hirup nescafe panas.. sedap!  Migraine so saya minum  air suam je.

 Malam kita makan kat sini je.  Tak larat dah, sakit makin mencucuk walaupun dah mandi, dah makan ubat.

 Precious Son dan hubby makan burger bakar dan chicken chop

Saya makan mushroom soup dan roti je.. tak lalu.. huk! huk!.. esok keje.. hwahwawawa..

Apapun, minggu depan kita akan menjalankan tanggungjawab kita pada negara.  Sebagai rakyat yang sangat tinggi semangat kebangsaan saya amat berharap sahabat semua membuat timbang tara yang serasional mungkin supaya negara kita ini tetap aman dan yang penting  keharmonian setiap bangsa terjaga.

Kalau dulu atok nenek kita mengalir darah dan air mata mempertahankan tanahair tercinta ini dari penjajah, janganlah kita yang hidup senang lenang sekarang ini, mempertaruhkan nasib negara kita.  Jangan sampai kita hidup menumpang di negara sendiri.

Masa depan negara dan bangsa di tangan sahabat semua.  Fikir sedalam-dalamnya.

Dah jam 12:15 am, jumpa lagi semua.  Jangan lupa memaafkan dan mendoakan setiap orang yang kita kenal.  Semoga dengan doa itu, menyebabkan ada rasa pertalian antara kita.  Wallahualam.










Saturday, April 20, 2013

SUKAN DI BAWAH PANAHAN MATAHARI YANG TERIK

Salam.

Berjumpa lagi kita dengan hari Sabtu.  Alhamdulillah, masih diberi peluang Allah swt.  Jangan sia-siakan peluang ini.  Esok lusa tidak tahu lagi.

Sakit kepala lagi hari ini.  Migrain melanda tapi bukan sebab terlalu fikirkan benda yang bukan-bukan tapi perubahan hormon.  Almaklum, umur 4 siri dah.  Macam-macam lah sakit yang datang.

Hari ni juga, cuaca sangat baik.  Panas! MasyaAllah.  Sampai gelap kulit budak-budak bersukan di Sekolah Agama Integrasi Al-Solahiyyah Damai.  Diaorang sukan hari ni.


Suasana dirakam jam 7:30 pagi.  Aman sangat rasanya.

Boleh dikatakan majoriti budak-budak ni tak makan breakfast.  Over excited nak bersukan termasuk my Precious Son.

 Terimakasih Tuan Haji Sohaimi Dzajuli, Pengasas Asrama anak yatim Damai.  Sesiapa yang nak memanjangkan derma ke asrama anak yatim di sini, sangat dialu-alukan.

 My precious son yang berdiri di depan tu.  Sayang seribu kali sayang, masa dia 'beraski' berlari sambil carry straw dan getah gelang, ibu dia sibuk berborak.  Langsung tak dapat snap gambar dia.  Tengok-tengok dah habis je.. sekian...

Medal untuk budak-budak, pihak sekolah langsung tidak meminta sumbangan ibu-bapa.  Respect sekolah ni.  Tahun depan kalau ada lagi sukan tahunan ni, rasanya nak menyumbanglah takat yang mampu, in syaa Allah

Ada makan tengahari lagi untuk parents.  Korang pernah sekolah belanja makan masa sports day?  Ni lah satu-satunya saya rasa.  Alhamdulillah.  Semoga sekolah ini lebih berjaya dan dapat melahirkan Da'i di masa hadapan.

Menang rupanya anak ibu.. emas.. hehe

Berkenalan dengan these two lovely ladies.  Sangat-sangat seronok berbual dengan lovelies berdua ni.

Kalau masih muda, nak juga kalau dianugerahkan si comel macam ni... 
dah terlambat..huhu..

Sekian untuk kali ini.  Ada umur jumpa lagi.

Ketika kita mengangkat tangan mendoakan orang-orang yang kita kasihi, jangan lupa panjatkan juga doa untuk sahabat-sahabat,insan-insan sekililing dan jiran-jiran. Doakan anak-anak jiran agar mereka menjadi insan sesempurna mungkin kerana merekalah yang berdamping dengan anak kita. Kita tak mahu anak kita berkawan dengan mereka yang tidak baik, maka doakan kesejahteraan, kejayaan mereka demi kebaikan anak kita juga.

Wallahualam

Tuesday, April 16, 2013

PALING ASAS UNTUK YANG ADA DSLR..

Salam Tengahari

Selingan di waktu makan khas untuk yang ada DSLR tapi tak berapa nak tau pakai.  At least bolehlah gerodek kamera berdasarkan ilmu di bawah.


Selamat mencuba lah ye.