Saturday, April 20, 2013

SUKAN DI BAWAH PANAHAN MATAHARI YANG TERIK

Salam.

Berjumpa lagi kita dengan hari Sabtu.  Alhamdulillah, masih diberi peluang Allah swt.  Jangan sia-siakan peluang ini.  Esok lusa tidak tahu lagi.

Sakit kepala lagi hari ini.  Migrain melanda tapi bukan sebab terlalu fikirkan benda yang bukan-bukan tapi perubahan hormon.  Almaklum, umur 4 siri dah.  Macam-macam lah sakit yang datang.

Hari ni juga, cuaca sangat baik.  Panas! MasyaAllah.  Sampai gelap kulit budak-budak bersukan di Sekolah Agama Integrasi Al-Solahiyyah Damai.  Diaorang sukan hari ni.


Suasana dirakam jam 7:30 pagi.  Aman sangat rasanya.

Boleh dikatakan majoriti budak-budak ni tak makan breakfast.  Over excited nak bersukan termasuk my Precious Son.

 Terimakasih Tuan Haji Sohaimi Dzajuli, Pengasas Asrama anak yatim Damai.  Sesiapa yang nak memanjangkan derma ke asrama anak yatim di sini, sangat dialu-alukan.

 My precious son yang berdiri di depan tu.  Sayang seribu kali sayang, masa dia 'beraski' berlari sambil carry straw dan getah gelang, ibu dia sibuk berborak.  Langsung tak dapat snap gambar dia.  Tengok-tengok dah habis je.. sekian...

Medal untuk budak-budak, pihak sekolah langsung tidak meminta sumbangan ibu-bapa.  Respect sekolah ni.  Tahun depan kalau ada lagi sukan tahunan ni, rasanya nak menyumbanglah takat yang mampu, in syaa Allah

Ada makan tengahari lagi untuk parents.  Korang pernah sekolah belanja makan masa sports day?  Ni lah satu-satunya saya rasa.  Alhamdulillah.  Semoga sekolah ini lebih berjaya dan dapat melahirkan Da'i di masa hadapan.

Menang rupanya anak ibu.. emas.. hehe

Berkenalan dengan these two lovely ladies.  Sangat-sangat seronok berbual dengan lovelies berdua ni.

Kalau masih muda, nak juga kalau dianugerahkan si comel macam ni... 
dah terlambat..huhu..

Sekian untuk kali ini.  Ada umur jumpa lagi.

Ketika kita mengangkat tangan mendoakan orang-orang yang kita kasihi, jangan lupa panjatkan juga doa untuk sahabat-sahabat,insan-insan sekililing dan jiran-jiran. Doakan anak-anak jiran agar mereka menjadi insan sesempurna mungkin kerana merekalah yang berdamping dengan anak kita. Kita tak mahu anak kita berkawan dengan mereka yang tidak baik, maka doakan kesejahteraan, kejayaan mereka demi kebaikan anak kita juga.

Wallahualam

2 comments:

  1. hmm u know what? saja mai laman kak zana nak tengok gambo kamera baru tu. what a surprise! the lovely lady on the right... nama dia Roszainah Darus... kami dok satu dorm dulu kat Kenanga 5. Jumpa dia nanti kirim assalammualaikum dari Kakchik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. What a small small world...in sha Allah Kakcik Siti Hajar..

      Delete