Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN KAREEM...

Assalamualaikum dan Salam Ramadan.

Lamanya saya meninggalkan blog ini tidak dijengah.  Macam-macam peristiwa terlaku sepanjang minggu-minggu saya tidak menulis.  Antaranya seluruh Media Prima dijamu makan durian.  Bukan setakat seraga atau dua yang dibawa tapi lori 2 tan.  Banyak dan makanlah puas-puas.  Bagaimana pun masa tu saya tidak sihat.  Saya tidak langsung menjengok cuma bau durian sekali sekala sampai ke tingkat atas di bawa angin... sangat mencucuk hidung.  Adoi! sakit kepala membaunya.  (Maaflah...tak de gambar sebab ibarat orang mengandung tengah mabuk, saya tak join acara makan-makan doghoyan tu).

Oh Ya!  Saya ternampak dua orang follower baru.  Selamat datang saya ucapkan kepada Delima Zamrud dan Cheq Da.  Lepas ni kita boleh tukar-tukar resepi yek.

Minggu ini juga, order untuk chocolate chip cookies saya ditutup.  Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan.  Tahun pertama saya berniaga biskut raya, semoga saya dapat melunaskan semua order sebelum Aidilfitri menjelang.  Amin.

Bulan ini juga, hari sukan si bujang saya.  Meriah!.  Walau kumpulan anak saya tidak menang apa-apa pingat, mereka tetap gembira.  Tinggi betul semangat kesukanan anak-anak ini.  Atau mereka memang belum faham erti sukan.  Wallahualam.  Lihat gambar.




Bulan ini juga, department saya (Magazine & Documentary) mengadakan Sarapan Ramai-Ramai .  Potluck!.  Macam-macam makanan ada.  Nasi Lemak Pak Ungku (terkenal nih, diorder oleh Hartina Ayu), nasi dagang berlaukkan ikan tongkol dan kari ayam (pilih mana yang berkenan, diorder oleh Norliza Yusoff, Intai Deko), kuih talam (isteri Abang Adi MHI buat), Triffle (dibuat oleh Nadia, wartawan yang tengah berbadan dua), markaroni goreng (Kak June Al Hidayah), kek pisang lembut, original dan coklat (pembuatnya saya le..), Air Teh Tarik, Nescafe O, Nescafe Tarik dan Kopi O (disponsor oleh Cik In dan Kak Nura).  Tengahari Entertainment pulak makan-makan tengahari.  Memang rezeki melimpah ruah hari ni.  Alhamdulillah. 
Siap-siap susun nasi dagang diketuai oleh Kak Nura

Nadia dengan triffle air tangannya... sedap... resepi Chef Hanielieza
Saya dan Nad..
Tunggu!! Belum boleh makan lagi... comey preggy Azi..

Doa sebelum makan

Apa lagi.... makan....

Lagi cerita di blog Cik In http:mazlinnordin.blogspot.com

Dengan Ramadhan yang akan menjengah dalam masa yang terdekat ini, saya mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua kawan-kawan.  Semoga kita semua dirahmati dan diberkati dan rebutlah segala peluang beribadah di dalam bulan yang penuh Rahmah dan keampunan ini.

No comments:

Post a Comment