Tuesday, July 3, 2012

KEK DAM (RESEPI)

Salam.

Hari ni saya memantau (cewah!) statistik pembaca blog Sekadar Coretan Buat Kenangan.  Antara topik yang dapat hit tinggi  ialah KEK PANDAN LAYER, KEK DAM, RESEPI KARIPAP PUSING, RESEPI KEK MARBLE CHEF NORAINI, RESEPI MINI BURGER, RESEPI DONUT KENTANG dan beberapa lagi.

Lepas saya telek dan telek dan telek, banyak resepi yang saya janji untuk upload tidak saya uploadkan.  Saya memohon maaf sangat-sangat.  Sememangnya manusia tidak dapat lari dari penyakit lupa.  Maafkan saya.

Saya pasti ramai pembaca mencari resepi Kek Pandan Layer dan Kek Dam.  Memang betul, resepi untuk kek-kek tersebut tiada dalam entry-entry saya terdahulu.  Saya cuma tayang gambar.. hehe... Maaf sekali lagi, dulu kek-kek ini berada dalam MENU DLO (maksudnya saya jual). 

InsyaAllah, saya akan sertakan resepinya dalam entry selepas ini.
Untuk pengetahuan semua, nak buat kek dam, boleh guna apa saja resepi butter cake, ataupun boleh cuba resepi Chef Noraini Zakaria (seperti di bawah) yang pernah saya turunkan di blog ini.  Kek dam akan jadi lebih cantik menggunakan acuan kek dam (seperti gambar).  Saya guna acuan seperti gambar yang saya beli di Wilton Kota Damansara.  Saya beli acuan seperti ini di Wilton, Kota Damansara. 

Gambar ihsan Wilton


Sama seperti kek marble, adunan perlu di bahagi dua, satu biarkan berperisa vanilla dan satu bahagian lagi dicampur satu sudu besar serbuk koko dan sedikit chocolate emulco.  Kemudian disusun berselang (seperti gambar di bawah).  Buat sebanyak 3 set. Kek kemudiannya dilapis dengan jem strawberi atau ikut kesukaan masing-masing.  




Resepi di bawah :-

KEK MARBLE COKLAT




























RESEPI KEK MARBLE COKLAT
Sumber : Chef Noraini Zakaria
Bahan-bahan

250 g butter
220 g tepung kek (diayak)
200 gula kaster
50 ml susu segar / cair
4 biji telur (size A)
1 st esen vanilla
secubit garam
sedikit coklat emulco
1 sb serbuk koko

Cara Mengadun
1. Putar butter dan gula caster sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla ke dalam adunan
3. Senduk tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan diselang seli dengan susu sehingga habis
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 1 adunan dicampur dengan serbuk koko dan coklat emulco
5. Tuang kedalam tin pembakar secara berselang seli.
6. Bakar pada kepanasan 150C

Bolehlah cuba untuk Aidilfitri nanti.

Tambahan : Kek Dam air tangan saya di sini http://dlittleoven.blogspot.com/2011/11/kek-sentimental.html


2 comments:

  1. Agaknya sampai bila2 pun kakcik tak akan pandai buat kek sebab hanya minat makan je yang ada. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik.. Tak pe...ramai yg menjual la ni. Beli je...

      Delete