Monday, December 10, 2012

HITAM JE..

Salam.

Disember, bulan sejuk dan basah.  Bulan cuti-cuti Malaysia jugak.  Office kosong, jalan clear.  Bab tu saya paling suka.  Ke tempat kerja dari rumah cuma 15 minit berbanding hari-hari biasa.  Bulan budak-budak bersunat, bulan orang buat kenduri kahwin jugak.

Cuti 9 hari minggu lepas, demam dan tak sihat hampir 5 hari.  Arghhh!!! tak enjoy cuti tapi tak pe, sakit tu tanda Allah ingat kat kita, insyaAllah.

Orang kata bercuti untuk eratkan hubungan kekeluargaan.  Tu yang gi cuti tu.  Gi Penang je, tapi rasanya objektif bercuti tercapai.  Alhamdulillah.  Terjumpa pulak Johan Raja Lawak masa check out apartment tempat kami tinggal.  Wife dia pregnant ye.  Semoga menjadi ayah yang terbaik lah ye.

Sebelum cuti panjang itu hari, sempatlah hadiahkan sebiji kek hitam lembab pada si manis ni.  Merebut peluang lebih besar di luar sana dan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, itulah tujuan dia meninggalkan tempat yang penuh 'keseronokan', kata anak-anak muda yang baru bekerja di sini.  Bagi saya yang dah lama ni, tempat ini biasa-biasa saja.  Semoga berjaya Iza!


Fariza, gadis yang comel


Si hitam lembab bersama buah grapes yang rangup

Inilah kek coklat yang saya hadiahkan buat Fariza.  Ramai yang suka.  Alhamdulillah.  

Sebelum bercuti juga saya sempat siapkan kek Hitam Lembab ini untuk Halina Balquis.  Masih bujang dan punya kerjaya yang baik juga seorang sahabat lama saya.


Alahai!  Gambar kurang menarik, kamera phone saja


Berkilat di luar, lembab di dalam

Balik dari Penang, saya memang demam.  Sakit pakej macam kata doktor 'handsome' yang merawat saya.  Ubat batuk doktor handsome ni memang bagus. Dengan IzinNya sekali makan dah hilang batuk saya.  Tapi demam tetap ada.  

Macamanapun, saya lunaskan permintaan sepupu Cikgu Mizuho Kusanagi untuk gathering sahabat-sahabat UPMnya.  Hitam Lembab dan Karot Kek.



Kek karet tak de gambar.  Dah tak larat dah.  Selsema dan demam.  

Nota :  Sume kek hitam je kan, sebab tu tajuk entry ni HITAM JE.. Lagi satu...ada sesape nak hadiahkan kamera gambar cantik?  hehe...  Jumpa lagi ye dan Selamat Bercuti..

No comments:

Post a Comment