Rasa macam sangat lama tak menulis di sini. Tak de cerita menarik nak syer. Lagipun blog saya ramai pembaca senyap, jadi rasa macam tak umphh untuk menulis.
Takpelah, namapun SEKADAR CORETAN UNTUK KENANGAN.... Di sini, kisah ku abadikan...hehe.
Hari ni memang sangat-sangat ditunggu. Bukan apapun, sebab dapat cuti je.
Boleh duduk rumah, tak payah rush ke ofis, tak perlu berdepan dengan traffic jam, tak payah stress stress..
Lepas kemas rumah, ingat nak buat kek marble klasik, gula pulak takde.
Akhirnya pergi menjejak shopping mall baru di Rawang. Beslah orang Rawang dah ada shopping mall. Tak perlu turun ke KL yang sesak bila nak shopping.
Bagi saya adalah pilihan yang dekat selain ONE UTAMA yang hari- hari saya ukur nak hilang stress. Yang besnya tak de jalanraya yang sesak. Boleh datang lagi lepas ni.
Ada fast food restaurant, Wendy's. Lama tak makan fast food ni, last sekali rasanya zaman sekolah. Lama sungguh. Sedap jugak Baked Potatoes spicy beef dengan cheese. Muaz makan Junior Mushroom Burger (sikit sangat dia makan) dan Makyong makan burger sama tapi yang besar. Kaya mushroom dan cheese. Lunch simple yang sedap. Cuma Muaz je yang tak makan.
Tiap-tiap minggu diet Mak Yong melayang
Baked Potato Spicy Beef with Cheese
Muaz perghabih soda dan fries je.
Mushroom with Cheese Burger.. rotinya terlalu lembut bila kena wrap masa panas dia jadi lepek macam tu..
Fries dengan sea salt
Lepas makan dan solat Zohor, pergi "jumpa" HOBBIT. Lama dah tak masuk panggung. Rasanya terakhir tengok Alice In Wonderland. Ha, berapa punya lama daaaa. Enjoy sangat, sebab dah lama tak tengok wayang, keduanya memang teramat suka cerita-cerita dongeng adventure macam tu.
The Hobbit
Sampai rumah rupanya sepupu datang melawat mak dan nak kait rambutan. Tapi buah mutan semua pokok dah habis diturun. Lambat sangat datangnya. Musim hujan buah cepat busuk, mak suruh Agus habiskan semua.
Oh ye, rasanya pencinta orkid pasti tahu pasal orkis spesis ni. Orkid TIGER, pokoknya rimbun dan besar, amat susah berbunga.
Pokok Orchid Tiger
Akhirnya penantian hampir 15 tahun berakhir.. Dia dah berbunga. Mak sangat gembira. Terimakasih pada Kak Nomi, orang pertama yang nampak batang tunas bunganya.
Inilah bunganya, susah berbunga, susah layunya
Patutla namanya Tiger.. corak bunganya macam rimau. Eh! Tak perasan, ada nyamuk nak bergaya sama bunga.. haha.. Kenyang ke ko makan darah okid tu, Mok?
Cantik...
Sayangnya musim hujan, kudupnya cepat rosak
Bunganya dari bawah... sayangnya saya perasan dah lambat, bunga dah mula rosak
Kudup orkid pon dah rompong kena makan ulat
Yang ni pon dah dimakan ulat
Batang bunganya besar...
Rasanya ini sajalah cerita saya, harap boleh jumpa beberapa orang selepas ini.
Wassalam.
Nota terselit :
Minggu depan sekolah mula, habis dah cuti mak bapak.
cheq da sedang mengintai2 deco untuk anniversary kami...
ReplyDeletefuh..melimpah cheese kat burger tuh!..mesti sedap tuh!
ReplyDeletecantik la bunga orkid ni....