Sunday, March 31, 2013

PANAS...SEJUK.. DENGKOT-DENGKOT SAMPAI JUGA

Salam

Cuti sekolah dah sampai ke penghujung.  Seminggu bukan lama pun.  Kerja sekolah dah siap ke?  Kasut dah basuh ke?  Baik siapkan semua sebelum balik ke sekolah.

Untuk ibu-ibu pulak, siapkan diri semula sebab rutin sibuk waktu pagi bakal bermula.  Saya bercakap untuk diri saya sendiri juga sebenarnya.

Cuti sekolah ramai yang mendirikan masjid, tak kurang juga yang pergi menghadap Ilahi.  Al-fatihah untuk sepupu sebelah suami yang menemui Pencipta petang semalam akibat kemalangan motorsikal.  Al-Fatihah.

Kalau baca tajuk entry, yang saya maksudkan ialah dua orang warga emas yang precious ni, Hajah Cik Wok dan makcik Kamariah, dua orang sepupu yang sangat rapat.

Nota : bawa dua orang warga emas bertongkat berjalan ke tanah tinggi Cameron satu pengalaman yang mencabar tau!



Semangat!  Dengkot-dengkot usaha juga untuk berjalan menikmati keindahan Tanah Tinggi Cameron tetap tinggi especially Makcik Kamariah, tak pernah ngadu penat atau sakit walaupun sebenarnya dia sangat-sangat penat.

Mencuba LX7 di Pasar Malam Brinchang.  F1.4/80 ISO125.  Tak dapat nak bermain berkreatif sangat sebab ada banyak gendongan makanan dan bersama Precious emas.

 Bersama Precious No 6.  Decide untuk beli je makan malam di sini memandangkan Precious Emas tak larat nak ke restoran.  Ayam golek 1 ekor masuk bakul. Ke ching!

Beli-beli....tengok Precious Makcik Kamariah dah hilang.  Carik-carik, nasib baik jumpa dia dah terduduk kecapekan, jauh dari tempat kami berada.  "Makcik Kamariah..tolong jangan buat macam ni lagi ye.. jatuh jantung kami".

Lepas makan di apartment, kami keluar melihat suasana malam di Pekan Tanah Rata kemudian naik semula ke Brinchang.  Hajat hati nak minum kopi je, lepas tu order ikan stim halia tu konon nak ratah je, alih-alih satu-satu lauk di order, maka jadilah makan malam ke dua di situ...hahaha... 

Sedap!  Tapi lupalah nama kedai ni..

Ratah ikan, orang tua-tua kata nanti kecacingan.. yeke?

Sedap sangat ke Precious no 5, Muaz panggil Ibu Andak..

 Suasana di pagi hari, luar apartment.  Tak sejuk sangat, tapi nyaman.  

Apartment tiga bilik ni sesuai untuk yang bekeluarga ramai.  Ada extra blanket dan tilam.  Agak selesa dan cukup peralatan untuk yang mahu memasak untuk keluarga.  Homestay ini untuk muslim sahaja.  So, tak de was-was untuk guna barangan di situ.  

Bagi kami pula hajat untuk ke sana sangat-sangat last minute dan untuk accommodate 3 family dan 2 orang precious emas, hotel apartment dah penuh sebab cuti sekolahkan.  So, pilihan kami Homestay. Kami sewa dua apartment. Rating saya bagi untuk Desa Anthurium ni cuma 2 star.  

 Hammock

Bunga-bunga segar, ladang teh dan ladang strawberri sangat sinonim dengan Tanah Tinggi Cameron.  Selain dari membeli sayuran, ubi keledek biru yang manis dan jagung segar, tak dapat tidak mesti pergi ke ladang-ladang ini.

 Saya sangat meminati rose buds.  Masa aktif mendeko kek dulu, salah satu pilihan deko saya ialah rose buds.  


 Kekwa



 Precious menikmati aiskrim dengan strawberri.  Lupakan penyakit, rasai kesedapan aiskrim..heheh..


 Petik strawberri sendiri.  RM25.00 untuk satu bekas


Akhir cuti sekolah, buah dah tak cantik dan kecil-kecil

 Pagong dan Ibu Andak...tengok je ke?

 Hurray!!
 Precious emas cuma dapat menikmati pemandangan ini dari cafe, kepenatan dan sangat susah untuk mendaki tangga ke cafe.  Mungkin pihak Bharat Tea perlu menimbangkan untuk jadikan cafe itu lebih friendly kepada disable people dan warga emas.

Hide and seek

 ooooooo... sini rupanya nyorok ye.. Precious son and Pagong 

Bye Cameron!.  Ibu sangat sedih sebab tak dapat naik ke Gunung Brinchang dan ke Ladang Bunga Rose.  Lain kali lah kita ke sana ye.


Marilah kita sama-sama bersihkan hati, reset minda (seperti Prof Muhaya selalu katakan).  Buang sifat negatif, ego, cepat marah, sombong kerana kita tiada apa, yang berkuasa cuma Allah swt. Mencari keredhaanNya punca kebahagiaan di dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Jumpa lagi precious semua...!!!

No comments:

Post a Comment