Wednesday, March 13, 2013

SEMANGAT KENTAL JIWA MANTAP

Salam.

Assalamualaikum.  Hari ni baru buka pintu rumah ke dua saya ni.  Lama betul dah tak datang, ni baru nak kemas semula.  Banyak habuk dah.

Macamana sahabat-sahabat blogger semua?  Sihat?  Alhamdulillah.  Semoga kita semua di bawah rahmat illahi dan sentiasa di dalam kasih sayang Rasulullah s.a.w. 

Yang tak sihat dan diuji Allah dengan pelbagai musibah dan masalah, harap bersabar dan jangan putus asa.  Sebab yang putus asa itu bukan sifat Muslim tetapi sifat syaitan.

Sebenarnya banyak sangat cerita yang saya nak kongsi sepanjang saya tidak menulis.  Kamera saya rosak dan belum berganti.  Sedikit sebanyak pengaruh mood nak update blog.  Tak de gambar tak syoklah.

Kena ada semangat tinggi nak mula semula menulis di sini.  Sekadar Coretan Untuk Kenangan kan.  Tak de corat coret hilanglah kenangan tu nanti kan....

Semangat meh la datang!.. heheh... 

Kalau sahabat sekalian ingat, saya pernah cerita semangat baru my precious son menanam sayuran dan bungaan.  Harap-harap semangat tani dia di bawa ke besar.  Banyak tanah belakang rumah tu boleh tanam cili.  Apa yang dia tanam dan suburkan dengan baja dan air dah berhasil.  


Cili Besor dah boleh buat sambal..huuu!


Bila bercakap pasal semangat jitu, mantap dan kental, saya ingin berkongsi semangat athlete-athlete muda tae-kwon-do di pertandingan Tae-kwon-Do UiA yang berlangsung awal bulan lalu.

Nak gak kutuk organiser iaitu UiA, tapi apa faedahnya kan.  Dapat dosa kering je, buat apakan.  Pertandingan patut berlangsung pada jam 9:00 am dragged sampai jam 4:00 pm baru mula.  Natijahnya pertandingan berakhir pada jam 2:00 am esoknya.  

Kesian peserta yang ramai datangnya dari Utara, Selatan dan Timur tanahair.  

Yang 'CAYA'nya.. semangat diaorang tetap membara walaupun menunggu dari pagi ke pagi. Saya yang hanya duduk dan bersorak sampai kering tekak pun letih, inikan pula mereka yang bertarung.  Sangat-sangat letih.

Sedikit gambar-gambar yang diambil dari kamera fon saya yang 'canggih' ni.


Gear tae-kwon-do yang dijual.  Saya kena 'paw' dengan my precious sepasang hand target, berharga rm50.00


Athlete Pro Sport melakukan regangan di arena.  Pro Sport menang keseluruhan kategori Senior dan Junior

Kak Ngah dan Muaz selepas Kak Ngah menang round kedua kategori Heavyweight Wanita Senior.  Jarum jam menunjukkan jam 1:15 pagi.  Cuba teka final round pukul berapa?
Menunggu giliran untuk dipanggil ke dalam gelanggang.  Ada peserta junior dah tertidur masa ni.

Aksi Kak Ngah di round ke pertama menyaksikan Kak Ngah menang dengan jayanya.  Go! go! Kak Ngah.  Nota : Kak Ngah memakai vest merah

Nak kongsi sikit kata-kata Prof Muhaya dalam radio IKIM pagi tadi, orang yang positif akan memandang masalah itu dengan sentiasa berlapang dada dan redha menghadapi segalanya.  Orang yang paling tenang akan menang dan orang yang paling tenang akan redho dan serahkan segalanya kepada Allah swt.

Sangat suka kata-kata prof yang ini, "Tubuh semakin tua tetapi iman semakin muda".  Tanamkan kata-kata ini dalam diri sahabat-sahabat yang menghampiri dan sudah mencapai usia menopause.

Jumpa lagi semuanya!





2 comments:

  1. Alhamdulillah...sihat

    biasalah itukan warna2 kehidupan kita, kalau tak ada dugaan dan ujian, takkan berserilah hidup kita ni kan? apa2 pun terima adengan redha

    ReplyDelete