Tuesday, January 28, 2014

KAMI.. SUATU MASA DAHULU

Assalamualaikum sahabat.

36 tahun berlalu.  

Terlalu indah dikenang saat bersama kalian semua.  Ketawa bersama, bermain bersama, belajar bersama, bergaduh bersama, telentang tergolek menangis pun bersama.  Walaupun kejayaan antara kita berbeza, tapi kita tetap disatukan dengan tawa yang sama bila bersua.

Kami yang dulu.. tahun 1978.  Sekolah Kebangsaan Kuang tempat kami menimba ilmu ini masih teguh berdiri.  Berdindingkan papan kayu jati, bertiangkan batu, cuma tangga tempat kami duduk ini sudah ditukar ke batu dan jubin.  

Bangunan sekolah yang letaknya melintang di bahagian tengah perkarangan sekolah, sudahpun diisytihar sebagai bangunan Warisan Negara.  Umurnya saja mungkin sudah mencecah 100 tahun.  Hajah Cik Wok ibu saya juga pernah menimba ilmu di sini. 

 Kami kini 2014... masih segak, masih cantik (ye ke?).  Ada yang menunggu kelahiran anak (perghh!!), ada yang menunggu kelahiran cucu (terbaik!!), ada yang bakal menerima anak menantu. 

Berada didalam pelbagai profession, ada yang dalam bidang perguruan, perubatan, ahli perniagaan, penghulu, jurutera, anggota keselamatan dan surirumah.  Alhamdulillah.. semua masih diberi kesihatan baik oleh Allah swt.


Kalau dikenang, sahabat ini sememangnya nakal.  Loghat minangnya boleh mencuit hati sesiapa saja yang mendengar.  Masih kekal begitu, kelakar.  Funny man ni..

Ratu sekolah juga ratu bola jaring.  Mereka ini dahulu memang jaguh dalam sukan.  Yang ditengah tu "bunga wangi"... ramai peminat. 

Siapa sangka, begini rupa kita bila dewasa yek.. hehe..

Sekali sekala berjumpa macam-macam mau dicerita.  Sampai tak tahu nak dengar yang mana satu..

Sahabat di kiri, anak makcik kantin.  Saya suka makan pau sambal mak sahabat ni.  Sedap!.

Dulu kerjanya asyik ambil nama pelajar yang buat salah, yang tak buat salah tapi dia rasa-rasa bersalah pun masuk buku 555 dia.  Sekarang masih ambil nama.. tapi nama pesalah trafik.  Polis daaa!!..


Tak berapa rapat dengan sahabat berdua ni.  Tapi bila berjumpa, banyak pula yang nak diceritakan..

Ingat air batu kepal, ingat pakcik Mustapha.  Anaknya sibaju merah.  Bila loceng sekolah berbunyi, maka penuhlah kedai pakcik Mustapha.  Macam-macam ada.. 

Sahabat berkopiah ni pendiam. Sekarang usahawan homestay.  Sesiapa ke Kuang dan inginkan penginapan atau bercuti bersuasana desa, boleh kontek sahabat ini.

Menghebahkan acara majlis.

Sahabat bert-shirt merah tak dimamah usia.  Masih segak.  Keep on rocking babeh!.. hehe.  

Sesiapa yang ingin mengiklankan produk dalam tv, boleh kontek sahabat bertopi putih tu.  Aktif menjadi media rep.

Hahaha!! Tak tau nak kata apa.. 

Tak berkesempatan bermesra dengan sahabat yang ini.  Cepat hilangnya..

Okelah sahabat. Waktu makan pun sudah hampir berlalu.  Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga kita menutup mata hendaknya...

Jumpa lagi peeps!!


1 comment: