Wednesday, January 22, 2014

LAMA TAK BERSUA..

Assalamualaikum sahabat.

Lama tak bersua di laman yang sempit ini.  Di tahun 2014 ini belum ada satu pun entry saya.  Banyak janji belum dilunaskan.  Mohon maaf banyak-banyak.

Saya tidak hilang juga tidak sakit.  Masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt.

Saya cuma membangkitkan semula perniagaan dapur kecil saya di musim cuti sekolah yang lepas.  Dulu masa Precious masih kecil, dia sering masuk dapur.. bukan mengacau.. tapi bertanya itu dan ini sampailah terlintas di fikiran saya, sebenarnya dia mahukan perhatian Ibunya.  

Siang saya tiada di rumah, bekerja, malam pula sepatutnya saya menghabiskan masa dengan Precious, saya sibuk pula di dapur menyiapkan tempahan.  Jadi, demi dia wajiblah saya berhenti seketika dan menumpukan perhatian kepada Precious yang seorang itu.

Kadang bila saya bersendirian, saya rasa teringin berniaga semula.  Selain dapat menjana pendapatan sampingan, dapat juga saya asah semula skil baking saya.  Saya fikir apa salahnya sementelah anak bercuti kan.  Manalah tau, kalau segala berjalan lancar, bolehlah fikir untuk berniaga sepenuh masa pulak kan.  

Inilah hasil oven kecil saya sepanjang budak cuti sekolah.  Sambutan amat menggalakkan.  Cuma kali ni saya tidak terima tempahan 'decorated cake'.

 Macam-macam cheese tartlets.. beri biru, stroberi dan kiwi.. paling dapat sambutan

 Tartlet buah

 Kek Potong

 Tartlet coklat

 Pandan layer edisi mudah makan

 Kek pek ekonomi antaranya kek coklat, kek lava keju, kek red velvet, kek karet dan beberapa lagi


 Pelbagai kek dalam pek ekonomi.  Yang paling mendapat sambutan ialah kek keju bersalju.

Kek Keju Bersalju

Kek Lobak Merah berwalnut dengan Keju

Tapi akhirnya, saya kecundang lagi dengan permintaan Precious.  Walau sayang melepaskan bisnes kecil yang baru nak berkembang ni, kedengaran lagi rintihan hati dia.  Tak pe lah.. ibu berkorban hobi ibu demi kamu.


Okelah sahabat.  Semoga dapat kita berjumpa lagi. Anak adalah amanah Allah swt.  Buatlah yang terbaik untuk mereka kerana mereka jugalah tiket untuk kita ke syurga mahupun ke neraka.

Wallahualam

Wassalam

No comments:

Post a Comment