Sunday, January 3, 2016

KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum wbt

Takde cerita yang menarikpun cuma cerita-cerita biasa, cerita makan, prepare keperluan sekolah last minute, cerita kekeluargaan.

Pada yang singgah, terimakasih banyak-banyak.

Alhamdulillah pagi yang terik panas. Awal dah keluar ke sekolah kebangsaan dekat rumah,  tempat wira wira taekwondo Pro Sport training.



Jalan kaki menyusur lorong kecil teringat berjalan kaki ke sekolah rendah berpuluh tahun dulu. Dulu nak mengaji kat rumah Atok Pokong pun lalu sini.

 Nak balik terserempak dengan binatang sesat mungkin baru berpindah tinggal dalam belukar kecil sebelah lorong ini. Babi hutan dan anak-anak. Inilah akibat hutan semua ditarah nak bagi manusia tinggal. Kita sebenarnya tidak berlaku adil kepada makhluk lain yang sama-sama menumpang di bumi Allah ini. Yang risaunya anak-anak sekolah yang lalu sini pergi balik ke sekolah dan rumah. Takut dikejar sang kerbau pendek ni.

Sebelum tu sempat singgah tailor alter seluar sekolah boy yang beli awal Disember, dah senteng. Cepat betul boy meninggi. Tak sempat pakai dah singkat.



Badan cergas, otak cerdas. Tahniah Airil dapat naik pangkat talipinggang coklat dah sekarang. Tak lama lagi jadi Sir lah.


Nak ucap terimakasih kat Yani, sandwicnya sedap. Tempe gorengnya lagi sedap. Cukup rasa pedas lemak rangupnya. Rasa daun limau purutnya kuat. Boleh makan dengan nasi panas jugak. Sedap. Boleh oder. Nombor kontek ada pada tutup bekas plastik.


Buat Ruhaya dan keluarga, takziah atas kematian anak buah yang terlibat dalam kemalangan motor berkuasa tinggi pagi 2 Januari lalu. Masih muda, baru berkahwin dan baru nak merasa ada baby. Apapun ketentuan Ilahi, ajal dan maut takde siapa yang dapat mengubahnya. Jenazah disempurnakan selepas Asar. Alfatihah.



Balik dari urusan boy, tengok atas meja dah terhidang makan tengahari. Rupanya sepupu saya yang masak. Terimakasih Oloi. Harap mak sukalah air tangan Oloi.


Lamb chop lagi untuk mat salleh celup kat rumah ni. Ibu prepare sos paling senang. Lepas ni kita pergi the store cari barang sekolah yang belum ada.

Untuk satu potong lamb macam yang boy makan tu, sebiji bawang holland dan dua ulas bawang putih dipotong halus, lagi elok blender. Tumis dah layu masukkan satu sudu kecil lada hitam tumbuk. Lepas tu ambil satu sudu kecil tepung gandum masukkan dalam tumisan tadi goreng sampai perang. Tambah air dan stok ayam maggie yang dalam botol tu lebih kurang satu sudu besar. Kacau. Kalau ada italian herbs masukkan sekali. Akhir sekali masukkan kicap. Jangan banyak nanti masin. Dah siap.


Petang, buat sedikit donat untuk minum petang dan sedikit difrozenkan. Esok hari pertama sekolah rutin akan berubah. Kalau tak sempat boleh goreng donat saja atau steamkan pau untuk breakfast sebelum pergi sekolah.



Rupa buruk tak semesti buruk rasanya. Kitapun, biar buruk rupa paras jangan buruk hati.


Resepi yang saya guna ni sedap dan lembut dari buku Noraini Zakaria. 


Esok dah sekolah. Tamat juga waktu santai pagi ibu-ibu. Esok mula sessi ibu-ibu terkejar-kejar mengejar masa, menjadi driver menghantar dan mengambil anak-anak. Bersusah sekarang bersenang kemudian, in sya Allah.



Akhirnya berjaya jugak memujuk boy potong rambut.

Sampai di sini dulu. Lepas ni dah sibuk. Tak tahu bila pulak dapat kemari lagi. Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

4 comments:

  1. SELAMAT MENGHADAPI ISNIN YG SIBUK ESOK...JALAN MESTI JEMM...KENA BANGUN AWAL BOLEH ELAK TOL JUGA HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kak paridah. Rasa tak sanggup nak mengadap jem tu..

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    Takziah buat keluarga dan al Fatihah buat arwah...

    Sekolah dah mula ya...jenuh juga anaknya nak potong rambut...dapat upah makan apa tu...nampak sedap jer....
    Suka tengok lorong yang ada pokok ubi kayu tu...hehheh

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam. Terimasih sudi singgah. Budak sorang ni memang suka chicken chop. Untungnya duduk di kampung, masih melihat apa yg kita lihat masa kecik2 dulu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete