Friday, January 22, 2016

GENDANG GENDUT TALI KECAPI

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat Sayyidul Ayyam. Alhamdulillah.

Terimakasih yang mendoakan kesejahteraan emak saya. Semoga Allah swt membalas dengan segala kebaikan. Memberi arrahman dan arrahimnya pada sahabat semua. Aamin.

Sekarang nampaknya dah makin ramai ibu-ibu yang siapkan bekal untuk anak ke sekolah. Memang bagus, selain pasti anak kenyang, kita tahu punca makanan dan yakin sebab yang prepare food tu tangan kita sendiri.

Boy memang dari Tahun 1 bawa bekal. Bekas hilang atau food dimakan dek kawan tu dah biasa sangat. Tahun ni boy dah Tahun 5. Masih minta saya prepare bekal dan duit belanja rm3 kekal sampai balik.


Saya takdelah prepare bekal atau bento yang gila-gila berhias. Pernah try satu masa dulu, tapi masa tak mengizinkan.

Yang kat atas tu murtabak mi segera. Satu paket mi segera tu dah cukup buat anak kenyang sampai waktu balik. Nak prepare pun senang.


Pai ayam. Ni pun boy favor sangat. Tergaring sikit. Buat awal dan sejukbekukan. Mudah sangat. Dua biji pai ayam dan cukup membekalkan tenaga untuk anak. Ringkas.


Sosej black pepper. Bawang holland dilayukan dan letak sos black pepper. Dah tu gaulkan dengan sosej yang kita dah bakar. Sayur salad pastikan kering sebab tak nak roti jadi soggy. Boy tak suka letak sos dan mayo sebab tak nak sampai masa nak makan nanti, bekal dah lembik. Jadi cukuplah dengan sos black pepper tadi.
Senangkan.


Nasi goreng Cina dan nugget ayam. Boy tak berapa suka nasi. Tapi sekali sekala buat jugalah nasi goreng. Habis jugak dimakannya. Yang penting kena pedas, jadi letak cili api dalam nasi.


Marcaroni goreng, favorite bekal boy. Setiap minggu kena ada. Sos tomatonya atau mother sos kita prepare awal. Simpan beku dalam portion yang kecil contoh cukup untuk satu kali masak. Mother sos dah siap diperisakan. Pagi kita cuma tumis bawang, masak daging atau ayam sampai empuk dan campur mother sauce ni. Senang sangat.

Roti John. Inipun simple je preparationnya. Malam kita siapkan dulu intinya. Tumis bawang merah dan putih yang dihiris sampai layu. Masukkan daging atau ayam, masak sampai empuk. Dah tu letak satu atau dua sudu besar rempah kari, letak air sikit, biar mendidih dan perisakan. Letak daun sup pun sedap. Pagi esok kita cuma perlu pecahkan telur, kocok sedikit, ambil sedikit inti campurkan dengan telur dan goreng atas non stick pan. Kacau-kacau sikit, lepas tu tangkupkan roti sosej yang dibelah dua dsn dibakar sekejap atas inti tadi. Nak letak cheese pun boleh masa roti masih atas kuali. Cepat-cepat letak sos dan mayo, tangkupkan dan biar sekejap supaya cheese cair. Jadi roti john cheese.


Letak sos dan mayo juga timun kalau nak. Saya letak sos dan mayo sedikit saja, timun tak letak sebab boy kata by the time dia nak makan, timun dah layu dan tak fresh. Mudah je kan. 15 minit siap dah bekal anak.


Ini mi Singapura tak cukup rencah. Jadi tambah dengan nugget ayam. Beslah sikit.


Bila terlambat bangun macam pagi ni, syukur inti sandwic telur dah prepare malam tadi. Jadi taklah bersilat kajang nak siapkan food boy bawa pergi sekolah. Gambarpun gesa-gesa snap. 

Ada beberapa lagi menu yang mudah macam spaghetti bolognaise, buat lebih sikit sosnya, simpan dalam fridge esok boleh buat coney dog pulak. Kalau buat carbonara, sos putihnya boleh buat lasagna pulak. Lasagna boleh frozenkan. Mudah sangat.

Food yang saya prepare taklah sehebat mana. Yang penting ianya bersih, halal dan ada khasiat air tangan ibu di situ.


Ini bekal saya. Piknik dalam kereta, istilah saya dan kawan-kawan lama selalu guna. Setiap pagi jalan sesak ya amat. So breakfastlah sementara melayan traffic jam.

"Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati"

Photo credit Lokman Baharudin.

Semoga kata-kata kita menjadi mutiara yang dikutip menjadi pahala dan langkah-langkah kita menjadi langkah-langkah yang menuju ke jalanNya.

Jangan lupa hari ni Jumaat. Surah Al-Kahfi.

Wassalam dan jumpa lagi.


9 comments:

  1. rajin ibu..anak saya masuk tahun satu tak mahu bawa bekal.geram saya...

    saya hari buat sarapan..suami hari bawa bekal..

    bila tgok kwn dia 3 org beli kedai kantin dia nak beli sakit jiwa nak didik ank bawa bekal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suri, tak pe... tu namanya pendidikan awal jual-beli. Bagus tu. Nanti pandai kira duit.

      Delete
  2. Kalau dah biasa silat-silat sikit aje pun kat dapur tu
    Kakak pun sama hari-hari dah biasa bawa bekal tak bento-bento pun.
    Janji ada makanan oklah..

    ReplyDelete
  3. ramai ibu2 yg post bento2 yg dihias cantik bekal anak2 ke sekolah di fb..bagus tu rajin sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PI, bento tu fun tapi nak menyediakan remeh sebab details. Nak letak mata, hidung dan macam-macam. Yang betul ada masa dan rajin je boleh buat tu..

      Delete
  4. Aku bekal pun tidak..bento apatah lagi...aku bukan ibu yg rajin beb...Yana bukan nak breakfast gi sekolah
    kalau aku paksa..meleleh airmata dia...ikut mood dia..kalau dia kata nak breakfast...aku bakarkan roti jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eye_nee, ko masak sedap. Kalah aku geng. Alololo Yana sayang. Breakfast tu penting nak oi..

      Delete
  5. Salam balas kunjung, saya pun suka bekalkan anak, cuma saya lagi simple, nasi goreng, mihun, cucuq bilis, janji masak sendiri, he he

    ReplyDelete