Sunday, January 17, 2016

HARI INI DAN SEMALAM, RESEPI KUIH BUAH MELAKA

Assalamualaikum wbt



Ramai yang tanya macamana rupa pokok patawali atau pokok akar seruntun ni. Saya pergi rumah Cik Kamariah dan snap gambar pokok. Jadi, inilah dia pokok patawali aka seruntun. Tumbuhan menjalar dan spesis pokok tumpang. Makcik tuanpunya pokok ni kata, nak tanam senang sangat-sangat. Cucuk saja ditanah dan ikat sementara pada pokok tumpang. Pokok yang batangnya menggerutu ni senang nak tumbuh.



Petang sebelum Kak La balik jengok emak, beria-ia emak nak buatkan Kak La kuih buah melaka. Emak mengadun dan menggentel, saya cuma tolong mana yang patut saja.


Kuih buah melaka ni kalau beli kat kedai kecil-kecil orang buat. Ada yang besar duit syiling duapuluh sen dan inti kecil sangat sampai tak terasa gulanya.

Kuih lama nak buatnya senang saja.  Ambil setengah peket tepung pulut atau 250g hingga 300g tepung.  Kisar daun pandan dengan 250ml - 300ml air, tapis dan campurkan airnya dengan satu sudu kecil garam. 

Lepas tu kita uli tepung dengan masukkan air pandan tadi sedikit demi sedikit sampai tepung tak melekat kat tangan.

Potong gula melaka bentuk dadu. Cubit sikit tepung, leperkan, letakkan satu dadu gula melaka dan bulatkan tepung. Buat sampai habis.


Panaskan air dalam periuk hingga menggelegak dan masukkanlah kuih tadi. Nak tahu dah masak ke belum, bila kuih terapung, maknanya dah masaklah tu.

Golek-golekkan dengan kelapa parut yang dah dicampur sedikit garam. Bolehlah hidang.


Panjang kami berborak kat beranda rumah. Macam-macam cerita. Sampai azan Maghrib baru lah masuk ke dalam rumah. Tahu-tahu anak buah balik bawa sate. Rupanya abang ipar belanja. 


Malam banyak pula kelkatu masuk rumah, terpaksa padam lampu dan biarkan lampu beranda terbuka. Tujuannya biar kelkatu keluar ke beranda rumah.

Selalunya bila kelkatu banyak maknanya adalah cendawan busut tumbuh. Pagi-pagi dah pergi recce kebun belakang rumah, satu kuntum cendawan busut pun takde. Takde rezeki nak makan gulai lemak cendawan busut. Masak tumis air je pun sedap juga.


Tapi rezeki kan Allah yang tentukan. Tak dapat cendawan busut, dapat ikan talapiah merah dan pinang emas. Buah belimbing buluh pun banyak berbuah nampaknya. Alhamdulillah. Terimakasih Kak Gayah dan Abang Leman hantar 2 kg ikan dan buah pinang untuk emak.

Yang duduk area Sg Buluh kalau nak makan ikan talapia yang fresh dan siap disiang, hargapun tak mahal, boleh beli dengan Abang Leman. Ni contact numbernya 019-314-6614.

Abang Leman ni dulu jurutera di RTM. Dah pencen dia usahakan tanah belakang rumah dengan menanam sayur dan menternak ikan talapia.




Ahad kami ke KLIA mengantar Kak La dan abang ipar.  Alhamdulillah rezeki Kak La dapat ke tanah suci lagi. Harap-harap adalah rezeki kami pula selepas ni. 


Kami doakan Kak La dan hubby mendapat umrah yang mabrur, dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali ke tanahair nanti.


Balik dari KLIA singgah kat gerai Kueteaw Tsunami di Tasik Biru. Emak kirim 2 bungkus kueteaw.


Tapi kami taklah makan kueteaw tsunami yang penuh udang dan ketam. Kami oder kueteaw special harga rm8.50 sepinggan.

Sampai di sini dulu. Sehingga lain kali, wassalam.

7 comments:

  1. Wahhh kuih onde onde bak kata org Melaka.. Mummy pernah buat waktu bulan posa dulu kala.. Tapi pakai tepung gandum.. Mampuih keras berdenguih.. Hahahaha nightmare Kuih Onde2. Ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy.. ya.. onde-onde.. Tepung gandum buat cekodok sedap Mummy.. haha.... :)

      Delete
  2. Seronoknya kalau ada kampong, bandar ni semuanya duit. Adik ni belajar lagi ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Pb.. saya dah tua laa.. :).. Duduk kampong memang seronok. Tak boleh saya duduk town de Kak Pb.

      Delete
  3. Tu kuih faveret saya time bulan puasa tu OZ tp buatnya jarang walau senang haha...

    Seronoknya dpt pergi buat umrah.Entah bilalah ada rezeki nak perginya.
    Fuyoooo kueteow tsunami? Tak pernah dengarlah. Puas makan tu...

    Jap jap....Othman Zan ni pompuan ke lelaki yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom Okje.. kueteaw tsunami tu besar portionnya penuh ketam dan udang.

      In sha Allah, ada panggilan Allah je tanah suci satu hari nanti.

      Agak2.. lelaki ke perempuan?.. hihi

      Delete
  4. Tu kuih faveret saya time bulan puasa tu OZ tp buatnya jarang walau senang haha...

    Seronoknya dpt pergi buat umrah.Entah bilalah ada rezeki nak perginya.
    Fuyoooo kueteow tsunami? Tak pernah dengarlah. Puas makan tu...

    Jap jap....Othman Zan ni pompuan ke lelaki yer

    ReplyDelete