Saturday, February 6, 2016

BENGUK ATAU BUKAN?

Assalamualaikum wbt

Emak kata benguk atau mumps, tapi doktor kata lymphadenitis. Entahlah. Nak percaya emak yang banyak pengalaman hidup sebab usianya sudah lebih 80 tahun atau doktor yang belajarnya tinggi.


Simptomnya demam, letih dan sakit kepala. Benguk berada di bawah rahang manakala lymphadenitis terletak di bawah telinga. Tu yang doktor kata. Emak pula bagitau orang dulu kalau bengkak kat leher takde lain benguklah tu. 

Doktor bekalkan boy pain killer dan augmentin, antibiotik.

Lepas hari ketiga bengkak di leher boy makin besar, rasa elok juga cuba petua orang tua. Campurkan nila dan cuka makan sapu kat bengkak tu. Kita tengok hasilnya nanti.


Mampu makan bubur je sebab kalau makanan keras sakit nak kunyah.

Kalau ada cara lain merawat penyakit ini bolehlah syer dengan saya.

Ok sampai sini dulu. Jumpa lagi, wassalam.

6 comments:

  1. Cuba tuam dgn nasi panas en othman.. itu petua arwah nenek CH.. lepas tu nasi tu gaul dgn ikan bagi kucing makan. InshaAllah jika ianya bengguk..

    Terima kasih singgah blog CH.. CH follow ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH terimakasih singgah. First time dengar petua tu. Terimakasih syer.

      Delete
  2. hmm beguk kot...urat kelenjar di pipi bengkak bila dh sapu nila n cuka oklh tu xsakit lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PI.. tulah yg mak kata. Tapi bengkaknya betul2 bawah telinga bukan bawah pipi. Saya cuba juga cuka makan n nila tu. Tgk macamana. Tk kak PI.

      Delete
  3. kesian budak ni..nak tanya dah lama ke tu. bila mulainya...kenal tak produk antarabangsa Elken..tuan..hal kesihatan ni usaha kan...saya ni ada anak tak kisah tak berduit asal anak2 sihat. Serius saya cakap..dengan produl elken alhamdulillah anak saya sakit sembuh hingga kini..syukur..hubung saya ya di blog klik ETUZA

    ReplyDelete
  4. usahakan sebelum melarat ya tuan, spirulina, ester c , atau terus ambil Elfahax

    ReplyDelete