Tuesday, August 2, 2016

MASAK-MASAK DI SYAWAL YANG INDAH, RESEPI KUNING SI PUDING JAGUNG

Assalamualaikum wbt

Hari-hari terakhir Syawal. 

Malam ni masih ada rumah terbuka. Hujung minggu depan, walau Syawal sudah berakhir dan Zulkaedah sudah muncul, masih ada lagi jemputan rumah terbuka.  Takpelah, niat menjamu taulan tu kan bagus.

Sepanjang minggu Syawal, macam-macam masakan istimewa dimasak untuk dijamu pada tetamu.  Antara yang jadi faveret saya ialah laksa.  Nak buat senang, ramai yang suka.  Yang penting kuahnya kena pekat.  Baru sedap.



Saya sebenarnya nak bercerita pasal puding jagung tu.  Sedap, lemak manis rasanya.  Tapi kalau dibiarkan di luar dalam cuaca yang panas (rumah kampung yang saya diami takde alat penghawa dingin, puding jagung boleh basi dengan cepat.

Belajar dari kesilapan, puding jagung dihidang bila tetamu sudah tiba sahaja dan mesti disimpan di peti sejuk!

Alhamdulillah, yang diletakkan di tray ini, habis dimakan.  Kalau tak sedar dah basi dan dimakan pulak oleh tetamu berikutnya.. aduhai!!!!.. silap haribulan ke hospital kita.. :(



Nak sediakan puding jagung resepi emak saya ni mudah saja, bahan mudah dan senang nak ingat.

Cuma campurkan

1 tin jagung berkrim
1 tin tepung kastard (300g) saya guna Bird Custard
1 3/4 tin gula
5 1/2 tin santan (campurkan 500g santan dengan air menjadikan 5 1/2 tin)
saya guna 2 santan kotak KARA saja (400g campur air dijadikan 5 1/2 tin)
Secubit garam nak kasi rasa lemak-lemak masin
(Gunakan tin jagung sebagai tin ukuran)



Satukan semua dalam kuali dan kacau atas api sederhana kuat. Dah berkilat dan likat boleh lah transfer dalam tin berukuran 10" x 10" dan biarkan ianya sejuk barulah dipotong.


Minggu terakhir Syawal, kami masak yang istimewa sikit.  Laksa mesti ada.  All time favourite Cik Wok, emak saya.  Dari awal Syawal dah berapa kali buat laksa ni.  Rasanya setiap minggu ada.  Alhamdulillah ramai yang suka.  Yang penting emak suka.



Sebaik makanan dihidang, tetamu sampai.  Hidangan kali ini selain laksa, ditambah nasi beriani, lauknya ayam masak merah, daging dendeng, kari daging kacang kelo dan jelantah timun. Ditambah dengan kek butter.  Kuih talam suji dan talam cendol saya beli je dari si cantik manis Syazwani, wartawan Nasi Lemak Kopi O. 

Suka tengok tetamu puas hati lepas menjamu selera.



Ayam masak merah dan kari kacang kelo.  Tak sempat nak berfood photography, dah kena usik.  Tak pelah, niat nak menjamu, bukan nak bergambar.


Daging dendeng yang rasanya semua ada.  Ada lemak, ada manis sikit, ada pedas, ada masin.  Hitam je gambarnya macam buntut kuali.

Nak resepi ke?   Lain kali saya update ye.



Tak lupa juga makaroni goreng untuk jamuan di sekolah bujang saya. Bujang berjanji dengan cikgunya saya sponsor untuk 20 orang murid kelasnya.  Aduhai anak!!!!  Nasib baik diberitahu satu hari awal sebelum majlis, kalau tidak mana nak gagau bahan-bahan.

Untuk tidak terkejar-kejar pada waktu pagi, saya sediakan sosnya pada malam sebelumnya, dan pagi esoknya cuma merebus makaroni saja.  Kemudian panaskan sos dan campurkan semua.  Alhamdulillah by 5:30 am siap semuanya. 7:15 am dah sampai ke sekolah.

Sampai di sini dulu.  Short update di waktu lunch.

Jumpa lagi.


8 comments:

  1. sedap semua hidangan tu mesti semua tetamu OZ suka.

    ReplyDelete
  2. Kalau macam tu punya hidangan kakak pun nak jadi tetamunya
    Tu ha yg kata hitam macam buntut kuali tapi nikmatnya licin hingga menjilat jari:)

    ReplyDelete
  3. Cantik kuning puding jagung nya OZ..
    macam nak cuba buat pulak..

    Kecur tengok hidangan menu meriah tu..
    tapi dah habis ye..
    tidak boleh beraya juga ni :)

    ReplyDelete
  4. Hadoi kalau saya datang rumah hidang makanan macam ni saya balik bila dah hampir jadi ular sawa kekenyangan. Puding jagung tu wallaweh..

    ReplyDelete
  5. Puding jagung akak pun suka sangat....kalau dah disejukkan lagi sedap kan.
    Banyaknya makanan ,sedap2 pula .Murah rezeki bagi tetamu makan2 kan walaupun dah abis raya.

    ReplyDelete
  6. Masyaallah daging dendeng buat saya terliur OZ..... Puding jagung dengan Laksa tu tak delah sangat....maklumlah bukan list faveret tapi kalau dah ada depan mata mmg bedal jugaklah hihi....
    Selamat Hari Raya maaf zahir batin ye OZ

    ReplyDelete
  7. 1st time masa bulan puasa lepas ida buat puding jagung. hahahah senang rupanya!!

    ReplyDelete
  8. awak memang pandai masak kan??!!
    :)

    ReplyDelete