Friday, November 4, 2011

LABAIKALLAHUMALABAIK...

Salam Jumaat...

Sudah lama saya mendengar tv bukan menonton tv.  Bekerja di stesen tv tetapi tidak menonton tv, pelikkan.  Tapi memang begitulah saya.  Tika berada di dapur melakukan aktiviti malam dan tv di ruang makan memang sengaja dibuka.  Malam tadi rancangan Ustazah Pilihan, entah mengapa rancangan ini gagal menarik perhatian saya.  Sesekali saya menjeling juga ke kaca tv bila rancangan Dari Tanah Suci Mekah (kalau saya tak silap) ke udara.  Menariknya malam tadi, bekas rakan sepejabat Haji Nazri Kahar yang berada di Kota Suci Mekah menemuramah host MHI juga DJ radio Sinar, Habsah Omar atau lebih mesra dengan Abby Fana.  Berlainan Abby dengan jubah hitam namun senda guraunya tetap sama.  Dua hari lagi, rombongan haji akan berangkat ke Muzdalifah seterusnya menyempurnakan ibadah Haji ini. Kepada Abby dan Haji Nazri semoga mendapat Haji Mabrur dan kepada semua pengunjung blog DLO yang sudah menjalani ibadah Haji, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.

Dalam leka mendengar rancangan ini, saya menyiapkan beberapa tempahan kek butter pelangi dan kek cawan oren bercoklat cip untuk hidangan Aidil Adha agaknya.  Kepada yang ingin resepi kek cawan oren bercoklat chip, klik sini


Wednesday, November 2, 2011

RATU TAE-KWON-DO

Mengingati perwatakan sang Ratu ini tika masih kecil, sememangnya aktif, tak tau berjalan (yang dia tahu berlari),comel dan macam-macam lagi.  Mengingsut remaja, sang Ratu memang tidak membesar di rumah.  Dia membesar di hostel.  Anak kedua dalam keluarga kakak saya, meminati sukan lasak tae-kwon-do dari kecil, mula menyepak terajang dari umur 2 tahun lebih.  Tempat pertama dia belajar tae-kwon-do di Bukit Aman bersama-sama abang dan sepupu-sepupunya. 

Semalam saya menyaksikan rakaman KARISMA (sukan antara UiTM), sang Ratu mewakili UiTM Pulau Pinang.  Melihat beliau bertukar watak dari sang Ratu yang lembut ke sang Ratu yang ganas, tak dapat dinafikan EMAS yang sang Ratu sumbang untuk universitinya memang sepatutnya milik beliau.  Sang Ratu yang saya maksudkan ialah anak buah saya Angah (saya panggil minah engine sebab dia ambil kursus kejuruteraan injin).  Semoga Angah lebih berjaya dan bergaya dalam bidang Tae-Kwon-Do ini.  Link ke page Angah.

 Bersama kawan-kawan dan coach selepas menerima medal masing-masing.
 Inilah Angah @ minah engine...
Penerima Emas Kategori Lelaki dan Perempuan (agaknye laa)..

Monday, October 31, 2011

BERSAMA YATT.....

Saya terserempak dan berkenalan dengan Yatt semasa membeli barangan bakeri lebih setahun yang lalu.  Dia menghulurkan kad perniagaannya.  Dalam hati "oooo ini ke Yatt".  Bangga dapat berkenalan dengan Yatt.  Hasil kerja tangan Yatt memang saya kagumi. Boleh katakan hari-hari saya membuka flickrnye  semata-mata mahu melihat lakaran-lakaran lukisan di keknya.  

Hampir sembilan bulan saya mempelajari teknik lukisan piping jel ini dengan Yatt di MySugarClass, namun saya tidak menerima tempahan, belum ada konfiden.  Pernah melakukannya dua kali sahaja untuk majlis harijadi anak tunggal saya.  

Orang kata kalau tidak mencuba, mana nak tau hasilnya.  Ya tak?  Kepada yang ingin menghadiahkan tersayang kek dengan lukisan piping jel ini, boleh menempahnya sekarang.  Saya sudah bersedia dari setiap sudut.. hehe.

Kepada Yatt, terimakasih tak terhingga... semua tips dan nasihat akan saya ingat sampai ke akhir hayat, dan terimakasih masih melayan pertanyaan saya.  Terimakasih! terimakasih! terimakasih!.

Yatt amat menyenangi watak SSC ini.

Ramai otai online bakers yang hadir di sessi ini antaranya ialah Kak Lea dari Lea Oven
 
Yatt, "konon"nya malu-malu nak mengajar. 
Note:- Cake by Lynn Hassan and Drawings by Yatt. link di sini

BALDU MERAH - BIB MPB

Popular sungguh kek Baldu Merah ini.  Istimewa kerana ianya berwarna merah.  Gabungan serbuk koko dan buttermilk menjadikan kek ini agak istimewa.  Gandingannya yang sesuai ialah Krim Cis yang dicampur gula, mentega tulin dan titisan perahan lemon.  Lebih sedap kalau difrost dengan Italian Meringue Buttercream. Ramai yang menyukainya kerana ia sedap atau trend, Wallahualam.  Apapun, saya tetap menyukai kek butter biasa, samada ianya pelangi, marble maupun oren.  Sedap dimakan begitu sahaja atau disaji bersama kopi panas. 


Thanks Bib for the order.  Harap u suka dan Cik Aiza juga suka.

ORKID OH ORKID

Kalau duduk di beranda luar rumah Mak, kepada yang meminati bunga, mata memang tak boleh lari dari deretan orkid yang subur.  Rasi sungguh tangan mak dengan tanaman orkid ini.  Bukan orkid saja, tangan mak serasi dengan makanan, jahitan malah sulaman mak juga cantik.  Walau cuaca hujan dan lembab ini menyebabkan bunga-bunga orkid yang berkembang cepat rosak, kudup bunga yang baru pasti terus tumbuh.  Along pun memainkan peranan juga, rajin mencari baja sesuai dan menyiram tanaman hijau ini.  Di bawah gambar-gambar bunga yang baru mekar, tak dapat tidak saya mesti mengatakan ianya sangat cantik.








CIKGU SKK

Rumah sebelah nampaknya sibuk membuat persiapan terakhir majlis perkahwinan anak perempuan mereka.  Nampak khemah bertema putih emas.  Mereka sibuk memasak saya sibuk membakar kek coklat untuk kawan Cikgu Azura.  Semasa kek dibakar dalam oven dan selesai menyiapkan coklat ganache, saya terus menjemput anak lelaki tunggal saya dari Sekolah Mengaji Al-Quran.  Kek Coklat Lembab dengan hiasannya simple saja.

Kek Coklat Lembab Ringkas untuk sahabat Cikgu Azura

Lama sungguh saya tidak berjumpa dengan Chef yang mengajar saya membuat tartlet blueberry, Chef Fauziah.  Teringat tips Chef Fauziah, lebihan kek coklat jangan dibuang, (selalunya kita akan memotong bahagian atas kek untuk menjadikan ia sama).  Tak perlu membazir kerana kita boleh buat truffle coklat.  Caranya mudah sahaja, hancurkan lebihan kek coklat tersebut dan gaulkannya dengan coklat ganache. Kepal-kepalkan dan golekkan atas beras coklat (chocolate rice) dan kemudiannya dimasukkan dalam paper cup.  Maka terjadilah kudapan di bawah :-

Bebola kek coklat (truffle)

RED VELVET KRIM CIS DAN BABY OKTOBER

Cuaca pagi Sabtu ni sememangnya mendung.  Kalau dapat sambung tidur sesudah Subuh pasti 'heaven'.  Usai menghantar Muaz ke Sekolah Mengaji AlQuran dengan Ustazah Ida, saya terus ke Bukit Rahman Putra untuk mendapatkan 'supply' mini bakery saya.  Boleh ke guna perkataan "mini bakery" ni.. rasa macam tak sesuai.  Aduh! Krim cis naik harga lagi.  Kalau dulu harga untuk 2kg Philadelphia Cream Cheese RM44.00 sekarang harganya mencecah RM55.00.  Mungkin saya perlu mencongak kembali senarai harga kek yang memerlukan bahan ini. 

Sekembali berbelanja, saya terus mengerjakan kek-kek simple untuk dihantar pada hari ini.  Cuma sebiji kek coklat lembab dan red-velvet untuk makan-makan birthday October babies nanti.  Oktober menyaksikan 3 kelahiran anak dan cucu dalam keluarga Khalijah (Wan).  Kepada Iwan (anak buah), Elyn (harilahirnya disambut 28hb), Eda (sister) dan Halim (suami), saya doakan semoga dipanjangkan umur, diberkati hidup, dimurahkan rezeki dan yang utama dengan bertambahnya umur, bertambah ilmu agar hidup mendapat keberkatan Ilahi.  Amin.

 Kek Red-Velvet dan Krim Cis
 Kek Coklat Mint
Selamat Hari Lahir .... Iwan (anak buah) dan Eda (sister).. Elyn (anak buah) tak dapat balik dan Halim (suami) tak mo bergambar