Tuesday, February 21, 2012

ORKID BARU...

Tengah sedap menikmati karipap pusing dengan air kopi, tiba-tiba mata saya terpandang sepasu orkid yang tidak pernah nampak bunganya di rak tanaman orkid mak.  Orkid bunga baru laaaaa... cantiknya... Hilang penat.  Saya syer gambarnya di bawah :-

 Pertama kali melihat bunga orkid spesis ini di taman mak

 Close-up

Di samping orkid-orkid yang lain 

 Kudup dari entry lepas...

Dah kembang... cantik kan.. 

DONUT LAGI...


Assalamualaikum.  Minggu yang sangat sibuk dan meletihkan.  Ideapun tak timbul untuk update blog.  Walau begitu, untuk stok frozen makanan si bujang tetap saya buat.  Seperti biasa karipap pusing dan donut frozen sentiasa ada dalam petiais.  Kali ini saya mencuba donut resepi Chef Noraini.  Lama dah tidak menimba ilmu dari Chef yang bagi saya resepinya semua sedap, dari biskut raya, kuih talam sampailah ke kek.  Semua sedap pada tekak saya.  Minggu pertama cuti sekolah mungkin saya akan ke Kelang, menimba ilmu makanan sejuk beku dengan Chef Noraini, insyaAllah.

Resepi donut Chef Noraini saya post di bawah :-

Gebu dan sedap...

Bahan-bahan

500g tepung roti (saya campurkan dengan tepung gandum)
70g gula kastor
5g garam
30g susu tepung
11g yis segera
3g serbuk penaik
5g pemantap roti
1 biji telur
50g marjering
250 ml air
2 cawan minyak masak


Cara Mengadun

1.  Campurkan semua bahan kecuali air dan gaul rata. 
2.  Buatkan lubang di tengah dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil digaul dengan hujung jari sebingga menjadi seketul doh yang kasar.
3.  Uli doh sehingga kental (saya ambil masa hampir 30 minit.  Tumbuh muscle..hehe). 
4.  Perapkan doh sehingga naik dua kali ganda (lebih kurang 15 minit).
5.  Selepas itu, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin
6.  Gelek doh setebal 0.5 hingga 1 cm dan terap guna acuan donut
7.  Rehatkan sekali lagi (lebih kurang 10 minit)
8.  Goreng dalam minyak yang banyak dengan kepanasan sederhana
9.  Sejukkan dan gaul dengan gula kastor atau celupkan dalam coklat dan hias dengan coklat urai
10.  Sedia dihidangkan.



Untuk disejukbekukan, goreng sedikit, sejukkan dan masukkan dalam plastik bersih.  Tutup dan bekukan.


Sudah disejukbekukan.


Wednesday, February 15, 2012

BISKUT COKLAT CHIP - RESEPI

Tiba-tiba teringat Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos yang saya buat minggu lepas.  Sedapkan. Kebetulan ternampak pula staff Wanita Hari Ini mengagihkan sample Tart Nenas, terus saya update blog untuk syer resepinya.    Kebetulan Angah, anak saudara akan balik ke hostel di Penang.  Teringat pula pada seorang sahabat yang mahukan resepi untuk dia buat jualan hari raya nanti.  Maka... dengan izin Allah, terjadilah ini... Chocolate Chip Cookies... Banyak pula kebetulan dan teringat ye. 

Resepi di bawah :-


Terlupa letak esen vanilla...


CHOCOLATE CHIP COOKIES

Bahan-bahan

250 mentega
400g tepung gandum (untuk rasa coklat tambahkan 20g serbuk koko dan kurangkan tepung gandum)
250g gula perang (untuk rasa kurang manis kurangkan gula perang  ke 150g dan campurkan 50g gula kastor)
2 biji telur gred B
1 sudu teh capucino paste
1/2 cawan badam cincang, dibakar
200gm cip coklat
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Cara mengadun :-

1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan soda ke dalam sebuah mangkuk besar. Gaul badam cincang dan cip coklat
2. Pukul mentega, gula, gula perang dan esen vanilla hingga kemabnag. Masuk telur kuning pukul sebati
3. Gaul adunan mentega bersama adunan No. 1 dan rehatkan.
4. Cubit sedikit adunan dan susu dalam dulang pembakar.
5. Bakar hingga masak.

Selamat mencuba

Monday, February 13, 2012

MURTABAK MEE SEGERA - RESEPI BENTO

Murtabak Mee Segera..... sesuai untuk makan pagi atau petang.  Untuk Bento anak pun sesuai.  Yang penting MUDAH, CEPAT dan SEDAP.  Saya jarang menyediakan makanan segera untuk anak saya.  Sekali sekala mencuba apa salahnya kan.  So, saya 'decide' Murtabak Mee Segera Kari ini untuk Bento anak saya kali ini.


MURTABAK MEE SEGERA
Resepi asal Oleh Encik Mat Gebu
** saya tidak menyalin resepi asal Mat Gebu, so resepi kat bawah ni telah di'simplify'kan mengikut bahan yang saya ingat.

Bahan-Bahan

Satu paket mee segera perasa kari
200g daging kisar (saya guna daging burger sebab daging kisar tak de)
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
Serbuk lada hitam
2 biji telur
2 biji cili merah
1 paket serbuk perencah kari
Daun sup

 
Cara Menyediakan

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan daging kisar (burger) dan goreng sehingga masak.  Masukkan perencah kari, serbuk lada hitam dan cili potong.  Tutup api dan masukkan daun sup.  Dalam mangkuk yang lain pecahkan telur dan kocak hingga sedikit kembang.  Campurkan mee segera yang telah direbus terlebih dahulu dengan bahan tumis daging tadi.  Curahkan telur ke dalam mee segera dan goreng guna non stick pan sehingga masak. 

**Kalau inginkan murtabak yang kecil, mengikut resepi blogger masakan tersohor, ENCIK MAT GEBU, bahagikan mee kepada 2 bahagian, ambil sebahagian mee, letakkan setengah dari bahan  daging yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan sebiji telur yang telah dipukul sedikit.  Kemudian digoreng.

SENANG kan...

ORKID PENYEJUK MATA

Kecuali gambar terakhir, semua kuntum orkid ini saya abadikan pada tarikh yang sama saya ambil gambar Tigger.  Sudah lama cuma tidak diupload sahaja.  Sejuk mata memandang....









Saya menanti bunga yang ini mekar... besar dan indah...

RIP TIGGER

Catatan Isnin, 13hb Februari 2012

Saya masih ingat, Tigger saya jumpa bersama saudaranya yang kami namakan Akun di beranda rumah.  Tigger sangat lemah manakala Akun sukar didekati.  Tigger berbelang tiga (sebab tu saya namakan Tigger), manakala Akun bertompok putih dan hitam.  Kedua adik beradik ini dari baka tempatan bertubuh besar   Tigger kemudiannya diambil oleh Cikgu Azura yang sememangnya sayangkan kucing.  Akun pula terlalu liar, dia membesar di jalanan.

Tigger sememangnya kucing yang lain dari yang lain.  Lelangitnya hitam, tapak tangannya berselang warna merah jambu dan hitam, kencingnya tidak berbau dan jarang mengiau tika meminta kita menyediakan makanan, tidak seperti kucing lain yang rimas kita dengan ngiauan. 

Tigger setiap hari menghantar tuannya ke pintu setiap kali Cikgu Azura melangkah keluar untuk ke sekolah dan berlari menunggu di pintu sebaik mendengar kereta tuannya masuk ke laman rumah.  Kalau tuannya keluar daerah, dia tidak mahu makan dan sentiasa menunggu di luar bilik tuannya. Tidak pernah membuang air merata-rata, malah kalau pintu bilik air ditutup, dia sanggup menunggu kami bangun dari tidur jam 5:00 pagi baru dia berlari ke bilik air.  Kalau malam masih siang, dia akan mengiau perlahan minta dibuka pintu untuk dia keluar membuang hajat. 

Umur Tigger 9 tahun bersamaan 63 tahun manusia, kata doktor veterina.  Semasa saya, Cikgu Azura dan Muaz melawatnya di klinik, dia mengiau seolah merayu kami membawanya pulang dengan genangan air mata memenuhi bahagian bawah matanya.  Doktor kata dia menangis.  Sedih sungguh.  Semalam Tigger pergi selamanya di bilik tuannya.

Nama 3 (Tigger), Lahir 2003, Mati pada jam 3 pagi, 13hb, bulu berbelang 3.  Tigger memang kucing yang istimewa.  Rest In Peace Tigger....


 Gambar terbaru, temankan tuannya breakfast sambil baca surat khabar


Tempat favorite.... untuk lelap..

Thursday, February 9, 2012

KARIPAP PUSING - RESEPI

Sudah hampir dua bulan saya menyediakan makanan petang (snack) untuk anak bujang saya ke sekolah.  Seawal 5.00 pagi bangun membuat pancake pisang, pancake kelapa, burger Malaysia (inti sambal tumis ikan bilisnya dibuat waktu pagi), kadang-kadang tak cukup tangan juga.  Akhirnya jalan penyelesaian supaya saya tidak berlari-lari anak setiap pagi ialah dengan menyediakan makanan sejuk beku. Idea ini saya dapat selepas membaca blog Jintanmanis yang membuat banyak makanan sejuk beku untuk familinya. Kepada Ros @ Jintan Manis, saya ucapkan ribuan terimakasih atas idea yang cukup bernas ini. 

Dari fotopages Rinnchan saya mencuba resepi karipap pusing ini.  Selain sedap, pastrynya rangup.  Dah sejukpun masih rangup.  Selain donut, karipap ini saya sejukbekukan juga.  Resepi di bawah :-


Tu bukan tangan saya.  Tangan Hajah Cik Wok yang katanya mengelim karipap ada dua cara.  Cara pertama ialah Simpul Tali (macam gambar kat atas).  Simpulannya kecil dan tumpul.

Klim Simpul Tali


Kedua, klim sisik tenggiling.  Simpulannya kecil dan tajam di bahagian atas.  Tapi saya tengok sama je.. Heheh..

 Sudah di goreng.


Resepi
Sumber : RinnChan (cut and paste je)

KARIPAP PUSING


Bahan-bahan:

Doh minyak

300gm tepung gandum
Secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

Inti Keledek

2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Resepi Inti Hajah Zalifah, keledek digoreng sedikit sebelum dimasukkan ke dalam campuran serbuk kari.  Yang lain semua sama.

Saja nak letak.... donut yang di'frozen'kan jugak.  Senang....