Thursday, February 9, 2012

KARIPAP PUSING - RESEPI

Sudah hampir dua bulan saya menyediakan makanan petang (snack) untuk anak bujang saya ke sekolah.  Seawal 5.00 pagi bangun membuat pancake pisang, pancake kelapa, burger Malaysia (inti sambal tumis ikan bilisnya dibuat waktu pagi), kadang-kadang tak cukup tangan juga.  Akhirnya jalan penyelesaian supaya saya tidak berlari-lari anak setiap pagi ialah dengan menyediakan makanan sejuk beku. Idea ini saya dapat selepas membaca blog Jintanmanis yang membuat banyak makanan sejuk beku untuk familinya. Kepada Ros @ Jintan Manis, saya ucapkan ribuan terimakasih atas idea yang cukup bernas ini. 

Dari fotopages Rinnchan saya mencuba resepi karipap pusing ini.  Selain sedap, pastrynya rangup.  Dah sejukpun masih rangup.  Selain donut, karipap ini saya sejukbekukan juga.  Resepi di bawah :-


Tu bukan tangan saya.  Tangan Hajah Cik Wok yang katanya mengelim karipap ada dua cara.  Cara pertama ialah Simpul Tali (macam gambar kat atas).  Simpulannya kecil dan tumpul.

Klim Simpul Tali


Kedua, klim sisik tenggiling.  Simpulannya kecil dan tajam di bahagian atas.  Tapi saya tengok sama je.. Heheh..

 Sudah di goreng.


Resepi
Sumber : RinnChan (cut and paste je)

KARIPAP PUSING


Bahan-bahan:

Doh minyak

300gm tepung gandum
Secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

Inti Keledek

2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Resepi Inti Hajah Zalifah, keledek digoreng sedikit sebelum dimasukkan ke dalam campuran serbuk kari.  Yang lain semua sama.

Saja nak letak.... donut yang di'frozen'kan jugak.  Senang....

No comments:

Post a Comment