Tuesday, June 22, 2010

MARBLE CAKE - MOM'S SECRET RECEIPE (TERBONGKAR)






Cake : Marble Butter Cake

Tahun lepas saya mula membakar kek marble dari resepi yang saya jumpa dalam buku resepi lama mak bertulisan jawi. Rupa-rupanya mak punya satu lagi resepi kek marble yang diperturunkan dari mulut ke mulut yang mak sendiri sudah lupa (mak dah berpuluh tahun tidak membakar kek). Resepi ini saya dapat daripada Angah, kakak nombor dua dalam keluarga. Cara mengadun kek ini juga berlainan. Campuran 3 jenis esen menjadi kek ini begitu harum dan rasanya juga berbeza. Tekstur kek lebih ringan, gebu dan bersarang. Malam tadi saya cuba mengadun kek marble mengikut resepi ini dan harumnya memang berbeza. Patutlah kek marble Angah lain rasanya. Inilah kek yang mak selalu hidangkan ketika hari raya masa saya kecil dulu.

Oleh kerana rasanya yang agak berlainan dari kek marble yang pernah saya rasa dan buat, kepada yang berminat, saya akan buka tempahan supaya anda dapat menghidangkannya di meja makan bersama-sama biskut raya dan juadah istimewa Aidil Fitri di hari raya nanti.


Salam

3 comments:

  1. kak nak kek ni minggu dpan... x sabo tunggu raya hahhhh nanti call

    ReplyDelete
  2. Yolah Nerry... insyAllah.. mandangkan kau dah tak sabau-sabau ni haa..

    ReplyDelete
  3. Boleh share resepi utk kek ni..tq

    ReplyDelete