Wednesday, June 30, 2010

MARBLE CAKE ~ Chef Noraini Zakaria


MARBLE CAKE

resepi Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan

250 g butter
220 g tepung kek (diayak)
200 gula kaster
50 ml susu segar / cair
4 biji telur (size A)
1 st esen vanilla
secubit garam
sedikit coklat emulco
1 sb serbuk koko


Cara-cara

1. Putar butter dan gula caster sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla ke dalam adunan
3. Senduk tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan diselang seli dengan susu sehingga habis
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 1 adunan dicampur dengan serbuk koko dan coklat emulco
5. Tuang kedalam tin pembakar secara berselang seli.
6. Bakar pada kepanasan 150C


Resepi dari Sifu saya, Chef Noraini Zakaria ini sedap. Cubalah.
Salam



Tuesday, June 22, 2010

MARBLE CAKE - MOM'S SECRET RECEIPE (TERBONGKAR)






Cake : Marble Butter Cake

Tahun lepas saya mula membakar kek marble dari resepi yang saya jumpa dalam buku resepi lama mak bertulisan jawi. Rupa-rupanya mak punya satu lagi resepi kek marble yang diperturunkan dari mulut ke mulut yang mak sendiri sudah lupa (mak dah berpuluh tahun tidak membakar kek). Resepi ini saya dapat daripada Angah, kakak nombor dua dalam keluarga. Cara mengadun kek ini juga berlainan. Campuran 3 jenis esen menjadi kek ini begitu harum dan rasanya juga berbeza. Tekstur kek lebih ringan, gebu dan bersarang. Malam tadi saya cuba mengadun kek marble mengikut resepi ini dan harumnya memang berbeza. Patutlah kek marble Angah lain rasanya. Inilah kek yang mak selalu hidangkan ketika hari raya masa saya kecil dulu.

Oleh kerana rasanya yang agak berlainan dari kek marble yang pernah saya rasa dan buat, kepada yang berminat, saya akan buka tempahan supaya anda dapat menghidangkannya di meja makan bersama-sama biskut raya dan juadah istimewa Aidil Fitri di hari raya nanti.


Salam

Monday, June 21, 2010

FOR PRECIOUS DAD ~ YOU ARE THE BEST




Cake : Vanilla sponge cake
Filling : Blueberry filling with fresh cream
Frosting : Freshcream
Decoration : Flowers and fresh strawberries
Dari frosting, mendeko hingga menulis mesej atas kek ini semuanya tidak berjalan lancar. Mulanya saya mahu meletakkan bunga-bunga morning glory dengan warnanya yang ungu menghiasi kek ini disamping buah-buah strawberry segar. Cuaca sungguh panas sampai fresh cream tak boleh dibentuk. Akhirnya bunga kembang kelapa yang saya bentuk didalam peti ais. Itupun tidak perfect, kelopak bunga jatuh. Warna daun-daun juga tidak kena. Border kek juga dibuat selepas meletakkan susunan bunga dan buah. Lihat bentuknya yang bengkang bengkok. Saya habis menghias kek yang simple ini hampir 3 jam yang selalunya mengambil masa kurang 1 jam. Pendek kata, dekorasi kek ini tak menjadi.
Salam

Monday, June 14, 2010

FARAH ZAHIRAH

Selamat Hari Jadi Angah dan Selamat menjadi siswi berjaya..





Cake : Stawberry flavoured Sponge Cake
Fillings : Fresh strawberry and fresh cream
Frosting : Fresh Cream
Decoration : Fresh strawberry

Friday, June 4, 2010

STEAMED CHEESE BROWNIES


Resepi oleh Penyu Lawa


BAHAN KEK

200g gula kastor
130g tepung gandum
50g serbuk koko
1/2 st serbuk penaik
(semua bahan diayak)
170ml minyak masak
120g coklat masakan (dicincang)
50g krimer manis / susu pekat
10g ovalette
5 biji telur
1/2 st coklat emulco
1/2 st esen vanilla

BAHAN CHEESE

250g krim keju
60g gula kastor
4 biji telur
1 st jus / perisa lemon

CARA-CARANYA

ADUNAN KEK
1. Sediakan air kukusan. Griskan acuan empat segi 8 x 8 inci dan lapik dengan kertas minyak.
2. Masak coklat masakan secara double-boiler.
3. Masukkan minyak masak bila coklat cair dan gaul sebati, sejukkan.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau berselang seli dengan adunan coklat
5. Masukkan krimer, emulco dan esen vanilla. Gaul sebati.
6. Tuan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

ADUNAN CHEESE

1. Pukul krimkeju dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
3. Tuang adunan krim keju ke atas kek coklat yang sudah masak tadi
4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya air wap tidak menitik
5. Kukus semula selama 3o minit. Guna api besar.

Selamat Mencuba!

CIKGU (SKK)




Cake : Chocolate Moist
Frosting : Very sweet class buttercream by Wilton
Theme : Orange
Note : I need a new camera laaa.. hukhuk... yg lama dah rosak..

Thursday, June 3, 2010

PLAIN CHOCOLATE CUPPIES

Hitam-hitam si kek cawan
Walau hitam tetap menawan...
Cake : Chocolate moist
Price : 30 pieces /rm40.00