Monday, June 25, 2012

KEK KEJU COKLAT MAR-MAR - RESEPI

Assalamualaikum.

Melangkah masuk ke ward Otopedik PPUM di tingkat 9 Menara Utama, saya disambut dengan pemandangan yang mengundang keinsafan.  Mengingatkan saya agar lebih menghargai kehidupan, menghargai anugerah Ilahi yang masih saya nikmati.  Esok atau lusa mungkin nikmat ini tidak lagi bersama saya.

Kepada Sarimah, pesakit diabetes dan lumpuh seluruh badan kecuali tangan dan kepala, saya doakan agar diberi kekuatan Ilahi mengharungi segala dugaan dan diberi kesembuhan hendaknya. 

Sedikit mengenai Sarimah, wanita ini berasal dari Kelantan dan bermastautin di Melaka.  Mempunyai restoran yang diusahakan bersama suami.  Menjadi lumpuh secara tiba-tiba.  Tulang belakang bernanah, sakit buah pinggang dan diabetes.  Itulah yang dideritai Sarimah masa ini.

Bayangkan dahulunya lincah memasak dan melayan pelanggan, hari ini sudah tidak lagi bergerak.  Sarimah bernasib baik kerana mempunyai seorang adik lelaki yang begitu sabar melayan dan menjaga kakaknya. 

INSAF.

Apa-apapun, mak dah balik ke rumah.  Alhamdulillah.  Disambut jiran tetangga yang terus menerus datang melawat.  Minggu lepas sunyi sangat, minggu ni dah riuh rendah semula. 


Dalam masa yang sama, saya masih lagi menyiapkan tempahan kukis (kawan-kawan yang order dapat kukis mereka ikut turn, macam main kutu.. almaklum saya tiada pembantu).  Juga 50 biji gift pack Halina Balquis (TV3) untuk diberi kepada kawan-kawannya sempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjengah tidak berapa lama lagi.



Disamping tu sempat jugak buat kek ini....

Kek Keju Coklat Marmar

Kek keju coklat mar-mar untuk kawan-kawan mak datang melawat.  Sedap kek ni.  Tak percaya?  Trylah buat.  Resepi ada di bawah :-

KEK KEJU COKLAT MARMAR

Bahan-bahan A

180g butter
190g gula kastor
3 biji telur
125g tepung kek
1st baking powder
35g serbuk koko

Bahan-bahan B

250g krim keju
60g gula kastor
1 biji telur A

Cara Mengadun


Sediakan tin empat segi bersaiz 7 inci.  Gris dan alas kertas serap minyak


Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu, kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.


Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan gaul sebati. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin pembakar.


Sediakan adunan krim keju dengan putar bahan B hingga kembang dan masukkan telur.  (Adunan krim keju saya terlebih pukul gara-gara ngangkat kain di jemuran... hujan sudah turun!).


Kemudian tuangkan adunan krim keju di atas adunan tepung diikuti separuh lagi adunan tepung.



Lorekkan dengan lidi permukaan kek supaya jadi corak mar-mar (bukan marimar ye..hehe) dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

Corak marmarnya tak menjadi

Nota :- Adunan krim keju tidak boleh terlebih pukul.  Hasil corak mar-mar tidak kelihatan bila kek dipotong kerana adunan cheesenye cair.  (Contoh gambar kek saya tu ler..)

Selingan....

Berjaya juga muaz mendapatkannya.  Ceritanya .. Baca entry saya sebelum ini PUTIH KE KUNING..

Tahniah Boy!!...

4 comments:

  1. Kek itu nampak sangat sedap. :)

    Tahniah Muaz. Teruskah langkah seterusnya, ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih... Kakcik je yang sudi komen.. hehe.. Kek tu memang sedap sangat.. tak rugi try.. Muaz makin semangat nampaknya..

      Delete
  2. menariknya kek tue.gandingan kek coklat dan cheese memang meletop la

    ReplyDelete