Wednesday, December 26, 2012

SERONOKNYA CUTI...

Salam :)

Rasa macam sangat lama tak menulis di sini.  Tak de cerita menarik nak syer.  Lagipun blog saya ramai pembaca senyap,  jadi rasa macam tak umphh untuk menulis. 

Takpelah, namapun SEKADAR CORETAN UNTUK KENANGAN.... Di sini, kisah ku abadikan...hehe.

Hari ni memang sangat-sangat ditunggu.  Bukan apapun, sebab dapat cuti je. 

Boleh duduk rumah, tak payah rush ke ofis, tak perlu berdepan dengan traffic jam, tak payah stress stress..

Lepas kemas rumah, ingat nak buat kek marble klasik, gula pulak takde.

Akhirnya pergi menjejak shopping mall baru di Rawang.  Beslah orang Rawang dah ada  shopping mall.  Tak perlu turun ke KL yang sesak bila nak shopping.

Bagi saya adalah pilihan yang dekat selain ONE UTAMA yang hari- hari saya ukur nak hilang stress.  Yang besnya tak de jalanraya yang sesak.  Boleh datang lagi lepas ni.

Ada fast food restaurant, Wendy's.  Lama tak makan fast food ni, last sekali rasanya zaman sekolah.  Lama sungguh.  Sedap jugak Baked Potatoes spicy beef dengan cheese.  Muaz makan Junior Mushroom Burger (sikit sangat dia makan) dan Makyong makan burger sama tapi yang besar.  Kaya mushroom dan cheese.  Lunch simple yang sedap.  Cuma Muaz je yang tak makan. 

 Tiap-tiap minggu diet Mak Yong melayang

 Baked Potato Spicy Beef with Cheese


 Muaz perghabih soda dan fries je.


 Mushroom with Cheese Burger.. rotinya terlalu lembut bila kena wrap masa panas dia jadi lepek macam tu..


Fries dengan sea salt

Lepas makan dan solat Zohor, pergi "jumpa" HOBBIT.  Lama dah tak masuk panggung.  Rasanya terakhir tengok Alice In Wonderland.  Ha, berapa punya lama daaaa.  Enjoy sangat, sebab dah lama tak tengok wayang, keduanya memang teramat suka cerita-cerita dongeng adventure macam tu.

The Hobbit

Sampai rumah rupanya sepupu datang melawat mak dan nak kait rambutan.  Tapi buah mutan semua pokok dah habis diturun.  Lambat sangat datangnya. Musim hujan buah cepat busuk, mak suruh Agus habiskan semua.

Oh ye, rasanya pencinta orkid pasti tahu pasal orkis spesis ni.  Orkid TIGER, pokoknya rimbun dan besar, amat susah berbunga.

Pokok Orchid Tiger

Akhirnya penantian hampir 15 tahun berakhir.. Dia dah berbunga.  Mak sangat gembira.  Terimakasih pada Kak Nomi, orang pertama yang nampak batang tunas bunganya.

Inilah bunganya, susah berbunga, susah layunya


Patutla namanya Tiger.. corak bunganya macam rimau.  Eh! Tak perasan, ada nyamuk nak bergaya sama bunga.. haha.. Kenyang ke ko makan darah okid tu, Mok?

 Cantik... 


Sayangnya musim hujan, kudupnya cepat rosak

 Bunganya dari bawah... sayangnya saya perasan dah lambat, bunga dah mula rosak

Kudup orkid pon dah rompong kena makan ulat


Yang ni pon dah dimakan ulat 

Batang bunganya besar...


Rasanya ini sajalah cerita saya, harap boleh jumpa beberapa orang selepas ini.

Wassalam.

Nota terselit :

Minggu depan sekolah mula, habis dah cuti mak bapak.


2 comments:

  1. cheq da sedang mengintai2 deco untuk anniversary kami...

    ReplyDelete
  2. fuh..melimpah cheese kat burger tuh!..mesti sedap tuh!

    cantik la bunga orkid ni....

    ReplyDelete