Monday, April 8, 2013

JARINGAN KASIH-SAYANG

Salam Ahad!

Pastinya kita semua cuba menghabiskan waktu kualiti hari ini bersama yang tersayang.  Siapalah kita kalau tiada kasih sayang kan.  Juga rugilah kita tanpa kasih-sayang Allah swt dan kekasihNya.


Hari ni keluarga kami dikunjungi keluarga Mak Ngah sebelah arwah abah. Maka sibuklah kami menyediakan juadah tengahari.  Terimakasih Mak Ngah walau uzur demi menguatkan jaringan kasih sayang, tetap datang melawat emak di sini.  

Inilah bunga Jermin / Jasmine.  Baunya wangi semerbak di kala senja

Atas sebab jaringan kasih-sayang juga pada petangnya kami angkut Precious Mak dan Along ke Jeram untuk meraikan ulangtahun kelahiran yang 61 tahun.  Terimakasih atas pengorbanan Along yang tak terhingga, sehingga terabai kehendak sendiri kerana kami, adik-adikmu.

Kami menaiki tiga buah kereta menuju ke Medan Ikan Bakar
Aroma, Jeram yang terakhir kali ke sana 2 tahun lepas.  Banyak perubahan.  Lebih cantik, lebih teratur dan surau yang dulu boleh kita katakan 'dhaif' dah cantik dan selesa.  Walau macam tu harga makanan tetap tidak mahal, masih dalam kemampuan ramai rakyat Malaysia.

Jalan nak ke sana juga lebih selesa berbanding jalan lama yang berlengkuk-lengkuk.  Kami melalui lebuhraya Guthrie kemudiannya masuk ke lebuhraya LATAR mengambil masa cuma 45 minit dari Sungai Buloh.


 Kami tiba di pantai Jeram, tatkala matahari akan melabuhkan tirainya.  (teringin nak test LX7, bateri pulak tengok-tengok dah tinggal 1 bar je)

Precious son dan BFF, Nur Nilam Sari


Bermain di gigi pantai

Nyaman

Dengan hanya menggunakan auto mode saya rakamkan sang matahari yang hampir tenggelam (jadila... dengan bateri yang dah agak-agak je kan..)


Untuk 'save' bateri, tak dapat mencuba keupayaan LX7 merakam sunset

Ini je la yang dapat..


Pilih yang beso-beso je ye..


 Dah azan dan masing-masing dah menunaikan tanggungjawab utama kepada Allah swt, dan makanan pun dah sampai, apa lagi.... makan laaaa... oopssss HAPPY BIRTHDAY ALONG!!!

 Tak ramai yang datang, masing-masing sibuk

Semoga jaringan persahabatan berpanjangan sehingga bila-bila...

dan jaringan kasih-sayang kekeluargaan antara kita semua berpanjangan sehingga ke akhirnya.. amin...


Sampai jumpa lagi, In shaa Allah

Selamat malam dan jangan lupa memaafkan orang keliling kita.  Sayang semua



2 comments:

  1. Cantek kalau pandai capture.. Kalau pandai setting bole dapt banyak kaler kat langit..rasanya camtula cikgu akak bgtau bertahun-tahun dulu..

    ReplyDelete