Tuesday, July 2, 2013

SESAPE MINAT BOLEHLAH EMAIL SAYA YE...

Salam semua!!

Rasanya ramai yang dalam mood puasa.  Mencari keberkatan Syaaban yang tinggal beberapa hari je lagi ni. Menyiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan yang bakal menjengah tak lama lagi.  Semoga kita semua mendapat keberkatan dan yang penting tak rugi.

Oke lah, kali ni saya nak syer gambar (gambar je heh!).  Kek buah kukus ni resepi tradisi.  Tidak di'alter' walau sedikit.  Tu pesan emak.  Resepi ni dah berusia puluhan tahun.  Kat mana dapat?  Ha.. dalam buku resepi bertulisan jawi kepunyaan mak saya.  

Tayang yang belum potong.  Hak yang ni berat 1kg.  RM35.00 je..

Masuk tahun ni dah 4 tahun saya berniaga kek kukus ni untuk Syawal.  So kalau sesiapa berminat nak merasa kesedapan Kek Kukus Resepi lama ni, boleh la email saya rozanothman@yahoo.com.my.  

Tunjuk gambar potong.. tu bukan tangan saya tapi tangan my sister.  Dia yang selalu mengadun dan mengukus kek ni sebab dia fulltime housewife.  Setiap Syawal kami sama-sama mengusahakan pembuatan kek kukus ini. Saya akan tolong bila ada masa.

Nampak... moistkan... buahpun tak kedekut kan..

Saya jamin rasanya sedap, lembab, kaya buah-buahan kering dan tahan lama walau tidak disimpan dalam petiais.  Lagi lama simpan, lagi lembab tau.  Kesedapan kek ni di'endorse' oleh Chef Hanieliza. In Sha Allah tak mengecewakan.

Sedap.  Mak abah mesti suka kek ni.  

Pesan mak "kalau kita membahagiakan orang lain, pasti Allah akan membalas dengan membahagiakan kita pulak".  

Jadi, jangan kedekut bila berniaga.  Ikhlas untuk membuat orang lain gembira.  


Kalau nak buat hamper pun boleh, nak buat buahtangan perkahwinan pun boleh.  Bulan Oktober ni majlis resepsi anakbuah, kami jadikan kek buah kukus ni sebagai buahtangan tetamu.  Sangat classy.  Nanti upload gambar bila dah siap nanti.

 Kek buah kukus saya untuk 1kg rm35.00 dan untuk 2kg (size 10 tin empatsegi). Harga cuma rm70.00 sahaja.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua.

NOTE :-  Pada yang nak resepi KEK KUKUS BUAH yang saya belajar di Sekolah Baking, rasanya pun sedap..cuma tak sesedap resepi lama ni.. saya akan upload tak lama lagi.  Bagi saya kukus dulu hak resepi yang tu dan tayang kat sini ye..

Bye alls..



4 comments:

  1. Hello Zana, wow! I love this cake! Agak2 empat keping boleh juga. Ada iced kopi? Ha ha.
    I think bila masuk mulut boleh lupa nama mak, ha ha.
    Have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Uncle Lee. Surprise yang mengujakan to see you visiting my house. Selalu nampak kat blog akak Queenie je.. Steamed Fruit Cake synonym dengan orang-orang lama. Banyak kenangannya.

      You too have a nice day..

      Delete
  2. salam kak..tart nenas yg inti gemuk2 tu akak ade amik order tak? kalau ade (hope akak org klang valley sbb sy kt shah alam) akak email kt saya ye engkufardiana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam chekyna... hahaha.. tart nenas inti gomokz tu untuk makan sendiri je dek...

      Delete