Sunday, July 7, 2013

SIAPA NAK TAHU?

Salam..

2 hari lagi menjelang Ramadhan.  Suasana memang dah terasa.  Panas berbahang seperti yang digambarkan dengan erti Ramadhan itu sendiri.  Maka itulah yang kita alami sekarang ini.  

Kesian tengok si kecil yang baru nak belajar berpuasa dengan cuaca terik.  Kehausan dan kekeringan itu sudah pasti.  Tak pelah si kecil, belajarlah menahan keperitan berpuasa ini.  Pasti ganjarannya amat besar.

 Orkid kat laman mak yang baru bunga.  Anak-anak kita umpama putik bunga orkid ini.  


Kalau dibaja, disiram dijaga, dibelai, diajar.. pasti membesar jadi manusia berguna.

Cantik kan..

Baiklah... ada yang bertanya dari manakah asalnya resepi kek Kukus Asli Kuang ini.  Bukan...bukan dari Kuang sudah pasti.  Ianya berasal dari Johor sebenarnya.  Usianya menjangkau puluhan tahun.  Resepi antik kata Precious emak.  Bayangkan orang dulu-dulu travel naik keretapi dari Selangor ke Johor Baharu untuk mencari ilmu baking. Kita sekarang senang, masuk je internet search google terus dapat resepi apa yang kita hendak.  

Tuan punya resepi.  Siapa nak resepi Kek Buah Kukus yang antik ini, tanyalah dengan Hajah Cik Wok. Kacip yang dipegang tu pun antik gak tu..

Atas pengalaman sendiri, resepi yang kita beli dan pelajari dari mereka yang berpengalaman atau chef-chef dari sekolah baking tidak sama dengan resepi yang kita ambil dari internet.  Percayalah.  Nilai wang yang kita labur untuk resepi dengan resepi percuma pasti lain.  Betul kan..  


Resepi Kek Buah Kukus yang disalinfoto bertarikh 1954

Saya pernah bercerita mengenai buku resepi 1954 ini yang bertulisan jawi.  Naik berpusing mata membaca tulisan jawi yang kecil..almaklumlaaa... membaca tulisan jawi ini seperti kecacatan kepada saya kan... heheh.. berputar mata menterjemahkan tulisan ini ke dalam tulisan rumi.  Berkat 'sabar' dapat jugak.. hahaha..

Dalam buku ini banyak resepi kek dari kek pelangi, kek dam (sedap giler kek ni), sampailah ke royal icing dan resepi fondant.  Susah nak percaya zaman tu ada royal icing dan fondant tapi itu lah hakikatnya.  

Punyalah antik sampai ukuran yang digunakan pun TIN CIGERETTE (tin rokok ye).. jenuh!.. 

dan resepi asal mengandungi 1 sudu teh RUM.. kalau letak tak patuh syariah tu... tak dapat sijil HALAL... kehkeh..

Dried mixed fruit perlu dibasuh, dikering dan digaul tepung terlebih dahulu.  Ingat tu.. tips!.. foto google


Kek Buah dikukus selama 4 jam.  Kek bertahan selama 1 bulan tanpa bahan pengawet tak perlu simpan dalam petiais, in sha Allah..


Selain dari itu, untuk mengekalkan kelembapan kek, saya cadangkan sahabat-sahabat sekelian membalut kek buah ini dengan aluminium foil dan simpan dalam bekas bertutup.



Okelah, bersempena Ramadhan ini izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekhilafan.

Saya ingin memetik kata-kata ustaz dalam ruangan Usrah Nurani, radio IKIM
"Ketuklah Pintu Ramadhan dengan taubat, kerana tanpa taubat kita bakal memasuki gerbang Ramadhan dengan kaki yang terantai bebola besi"

Selamat beramal, mengikat hati dengan kesabaran, istiqomah berterusan dalam ibadah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

2 comments:

  1. Masa saya kecik dan anak dara dulu, kakak-kakak saya tiap tahun buat Kek Kukus Buah ni. Memang dry fruit tu dikeringkan dan digaul dengan tepung supaya tak melekat.

    Betul, kukus sampai 4 jam dan tahan lama jika disimpan. Tapi mana sempat nak sampai sebulan pun. Seminggu pun tak jamin, pagi raya jer dah habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madam... syok eh makan kek lepas keluar oven. Tak raya lagi dah habih.. budak sekarang tengok pon tak hingin...

      Delete