Monday, September 2, 2013

56 TAHUN DAH MERDEKA

Salam Merdeka

Masa memang cepat betul berlalu.  

Dulu arwah abah suka bercerita kisahnya masa di Regimen Askar Melayu.  Cerita arwah diserang hendap, cerita arwah di Lahad Datu, cerita arwah ketika mengikuti misi UN di Congo, cerita arwah mengenai sahabat perajurit yang makan ulat di kaki kerana ditembak dan lambat diselamatkan dan pelbagai kisah suka duka arwah masih segar dalam ingatan saya.  Begitu juga cerita-cerita emak dan arwah wan di zaman darurat.  Sudah 56 tahun ianya berlalu.

Semangat kebangsaan saya tinggi! Mampu menangis bila Negaraku berkumandang.

Alfatihah buat arwah abah dan sekelian perajurit yang memerah tenaga, mempertaruhkan nyawa demi negara tercinta.

Arwah abah di sebelah kanan

Dulu saya selalu ikut perarakan.  Masa di Uitm saya mewakili Kesatria, bila bekerja saya pernah mewakili Kontinjen Syarikat-syarikat Shell Malaysia kemudiannya Kementerian Tenaga, Telekom & Pos, Malaysia.  Seronok tidak terhingga.

Sekarang saya cuma dapat lihat dan menanam sifat cintakan negara kepada my precious.

Inilah pasukan VAT 69 yang telah melakukan aksi lasak di hadapan Pentas Utama.  Saya tak jalan sampai ke Dataran. Diaorang ni kawad sampai kat tempat saya

Saya bangun seawal 4.30 pagi, siapkan sandwic tuna dengan salad dan nugget ayam... bawak bekal der.. Ambil komuter dan turun di Stesen Bank Negara kemudiannya berjalan kaki sehingga ke tapak Perarakan.  

Semangat nak raikan hari merdeka Malaysia ke 56.  

Tahun ni perarakan mempersembahkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.  Seronok my precious tengok segala tanker dari yang kecil hingga sebesar-besarnya

Kereta berhias pun ada

Pesawat MIG membelah angkasa

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.  Rukun, aman dan damai saya pohon kepada Allah swt untuk bumi bertuah ini agar dapat diwariskan kepada generasi baru.  Amin..



Muaz dan Kak Ngah usai perarakan.. dah jom balik..

Berjalan balik ke stesen komuter, singgah jap dekat booth Maggie Kari BIG yang Aaron Aziz jadi dutanya tu.  Malangnya voucher dah habis, so kami tak dapatla megi free.

Sesampai di rumah, merealisasikan kemahuan My Precious Son yang mahukan kek chiffon pandan.  Tercurah pandan paste dalam adunan, tapi masih sedap kek ni.  Favourite My Son. 

Kek Chiffon pandan atas piring kegemaran My Precious. Ada gambar hippo kat cawannya.

Kita rest dulu di sini.  Jumpa lagi.

2 comments:

  1. walaupun org cakap askar kat Malaysia sekarang makan gaji buta sebab negara aman, wlp org cakap polis makan rasuah tapi tiapkali tengok perbarisan dua pasukan ni, jiwa akak patriotik habis dan airmata berlinangan sampai menitis atas pangku...

    esok lusa bila negara terancam keamanannya, dua pasukan inilah yg kedepan dulu tinggalkan keluarga tercinta menggadai nyawa, mereka yg celupar mengutuk dan menghina entah dah cabut arah mana...

    salute kpd semua pasukan polis dan tentera!

    ReplyDelete