Thursday, September 20, 2012

ADAM DAN HAWA DAN UKIRAN BUAH

Assalamualaikum. 
 
Dah masuk bulan Zulkaedah.  Bulan Haji.  Terkenang saat buat umrah beberapa tahun yang lepas.  Sangat manis, sangat indah, sangat mengujakan.  Semoga saya dijemput untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini sekali lagi.  Amin..

Memang dua tiga hari ini saya asyik terkenang.  Sekarang tengah demam drama ADAM dan HAWA.  Mana-mana kita dengar orang bercerita pasal drama hasil adaptasi novel tulisan Aisya Sofea.  Penulisnya saya kenal kerana sama-sama belajar di UiTM Melaka.  Saya juga pernah sama-sama balik ke Kuala Lumpur dari Melaka dengan kereta dipandu pakcik beliau.  Pakcik penulis yang mesra dipanggil JUWA ini juga abang ipar saya.  Apa-apapun Juwa sudah berjaya dalam kerjaya yang dia pilih.  Tahniah!  Saya juga yang masih begini, masih di TV3 dan makan gaji. Alhamdulillah.

Semalam, ofis saya bermajlis lagi.. majlis makan-makan.  Serpihan open house Syawal. Meja kami atur panjang untuk muatkan pelbagai makanan yang dibawa.  Terlalu banyak makanan, dari KFC hingga ke cendol, dari laksa johor hingga ke laksam Kelantan, dari makanan berat hingga ke ringan.  Semua ada.  Alhamdulillah, sekali lagi kita dilambakkan rezeki oleh Allah swt.  Syukur.  Kalau nak tengok gambar, silalah ke blog Mazlin Nordin. 
 
Cuba tengok gambar di bawah!
 
Cantikkan.!
 
Saya sangat suka.
 
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik mengukir buah bolehlah hubungi Kolej Komuniti di tempat masing-masing.  Syyy!!! saya pun minat.  Boleh buat bisnes ni.  Sekarang, ramai pasangan pengantin sukakan pulut kuning menggantikan kek bertingkat.  Dengan ilmu ukir buah ni bolehlah dibuat hiasan di atas pulut.  Ye tak?  Betul kan!  Jom kita pakat ramai-ramai gi belajar buat ni. 
 
 Cantik buah labu diukir jadi bunga.  Bukan senang punya kerja tu.. labu keras..

 Water fountain dari sayur-sayuran


Honeydew.. habis majlis boleh masuk blender.. buat jus.. 






2 comments:

  1. Salam...
    Zana ke ukir semua buah2an tu..WOWWW!

    p/st akak feminat Adam & Hawa..dah baca nobel tapi menten nak tgk gak kat tibi.hehe

    ReplyDelete
  2. Haha, CA. Tak de peluang nak nengok Adam Hawa. Bujang saya monopoli tv.

    Ukir buah tu best tau, jom g blaja nak, tambah ilmu dapor. Berbaloi-baloi. Yg hak gambo tu saya tukang nengok org buat je...

    ReplyDelete