Alhamdulillah, my precious mom dah boleh keluar hospital hari ni. Syukur Syukur Ya Allah.
Hari ni Open House MPB. Ruang office kosong, sebabnya ramai yang tengah menjamu selera di bawah. Tema tahun ni negeri-negeri di Malaysia. Jabatan saya tahun ni kena jamu makanan orang Melaka. Dari deko booth, makanan dan persembahan sume kena bertemakan Melaka. Alhamdulillah, kenyang hari ni. Macam-macam ada. Apa pun saya tak mahu bercerita panjang pasal open house ni. Gambar ihsan Mazlin Nordin.
Amy Search antara artis yang hadir
Booth Primeworks
Kawan-kawan bergaya dengan baju raya
Saya nak bercerita pasal kek coklat lembab yang diminta sibujang saya untuk kelas mengaji. Seingat saya resepi kek ni diberi oleh seorang sahabat yang sama-sama belajar deko kek di Loveliana Cake lama dulu. Dah lost contact dengan sahabat yang gelar diri dia Ani. Kek ni sangat lembut walau dikukus mahu pun dibakar. Lebihkurang je tahap kelembapan dia. Rasanya resepi Ani ni lebihkurang je dengan resepi Chef Zubaidah.
Resepi Kek Coklat Lembab di bawah :-
Deko yang simple-simple je dengan tulisan gigil-gigil..hehe... dah lama tinggal
KEK COKLAT LEMBAB
Sumber : Makcik Ani
Bahan-Bahan A
100g serbuk koko
1 tin susu cair
250g susu pekat
200g minyak jagung
200g gula kastor
Bahan B
150g tepung kek
4 biji telur gred A (dipukul)
1st baking powder
1st baking soda
Cara Mengadun
1. Campurkan semua Bahan A didalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga berkilat. Angkat dan sejukkan.
2. Ayak tepuk kek, baking powder dan baking soda,ketepikan.
3. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam Bahan A, kacau sebati. Masukkan pula bahan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Sediakan tin empat segi bersaiz 8", masukkan adunan dan bolehlah dikukus atau dibakar sehingga masak.
Dah siap dan bolehlah dihias.
Bahan-Bahan A
100g serbuk koko
1 tin susu cair
250g susu pekat
200g minyak jagung
200g gula kastor
Bahan B
150g tepung kek
4 biji telur gred A (dipukul)
1st baking powder
1st baking soda
Cara Mengadun
1. Campurkan semua Bahan A didalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga berkilat. Angkat dan sejukkan.
2. Ayak tepuk kek, baking powder dan baking soda,ketepikan.
3. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam Bahan A, kacau sebati. Masukkan pula bahan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Sediakan tin empat segi bersaiz 8", masukkan adunan dan bolehlah dikukus atau dibakar sehingga masak.
Dah siap dan bolehlah dihias.
Selamat Mencuba.
Cantik kek dan tulisan di atasnya itu. :)
ReplyDeleteSelamat hari raya kakcik. Tulisan gigilpun cantik ek...
Deletewah sedap sedap!!
ReplyDeleteMPB tu ape? :)
Salam Green Applez... MPB tu Media PRima Berhad... hehe.. silap saya.. macam semua orang tau MPB tu ape ek...
ReplyDeleteSalam Zana..
ReplyDeletewaahhh kweatif zana ekk....cantik2 kek zana.jelessszz pandai hias kek.
Salam CA. Hias bodo bodo bole la...
Delete