Agak terlambat tapi masih boleh mengucapkan Salam Kemerdekaan untuk semua pembaca blog khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Marilah kita sama-sama menanamkan rasa kecintaan dan semangat mempertahankan negara ini. Janganlah sia-siakan KEMERDEKAAN dan keamanan yang telah kita kecapi selama 55 tahun. Jangan biarkan bangsa asing ambil kesempatan. Pertahankan selagi boleh hak-hak orang Melayu kerana orang Melayu cuma ada Tanah Melayu ini sahaja.
SAYANGIlah dan HARGAIlah pengorbanan YAB Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan mereka yang berhempas pulas membebaskan negara ini dari penjajah. Alfatihah untuk Almarhum Tunku dan mereka-mereka yang telah berjuang habis-habisan demi maruah negara. ALFATIHAH!...
Filem arahan Suhaimi Baba patut ditonton golongan muda
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!(nota :- mengalir airmata menyaksikan filem 1957 Hati Malaya yang sangat-sangat menyentuh hati especially part Tunku nak gi London duit tak de, orang-orang perempuan pakat tanggal emas masing-masing, kutip derma nak bagi cukup. Naik semangat Patrotik!).
Meremang bulu rama masa NEGARAku dinyanyikan dan JALUR GEMILANG dinaikkan
Assalam,
ReplyDeleteKita hamba yg MERDEKA. Syukur Alhamdulillah. Layari kemerdekaan ini dgn iman dan taqwa, sabar dan solat. Peace.
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/09/ber-open-open-house.html
Salam mamawana... selamat datang, terimakasih sudi lawat rumah saya dan thumbs up untuk semangat itu. MERDEKA!
ReplyDelete