Tuesday, September 18, 2012

SALAH SIAPA NI.....?

Salam 1 Malaysia.

Hari Sabtu lepas memang hari yang agak mengecewakan juga.  Jumaat lepas, waktu saya bekerja, disebabkan di kiri kanan saya tv sentiasa terbuka bohong kalau saya kata mata takkan mengerling ke kaca tv.

Di kaca tv Chef Liza tengah beraksi bersama anaknya Chef Erin buat cre'me puff disumbat daging cincang Ramly Burger.  Pastu kek span gulung dengan daging cincang gak. Kek dihias bendera Malaysia.

Makanya, masa cuti umum Hari 1 Malaysia, sayapun berinisiatif le nak buat kek span vanilla resepi Chef Liza ni.  Lagipun nak rasmi mixer baru yang saya dapat percuma hari tu.  Mixer baru, resepi baru la kan.
 
Berkobar-kobar nak rasmi mixer baru jenama F ni...

Saya dah agak, ballon beater mixer jenama terkenal F ni agak kecil.  Masa saya mengadun, terpaksa berhenti berkali- kali untuk keruk keliling mangkuk adunan. Pantang tu untuk kek span yang kena putar laju sampai ke satu tahap.  Walau bagaimanapun, kek tu nanpak cantik naik, dengan baunya semerbak mewangi, maka hatipun mekarlah berbunga. Nak syok sendiri decorate kek bermotifkan orkid kononnya.
 
 
 Kek Span Vanilla yang masak cantik di bahagian atasnya

Masa nak tunggu kek sejuk, saya adun pula buttercream, pun nampak susah nak kembang, K beaternya jugak kecil. Putarannya tak sampai ke tepi.  Belasah je lah.  Kita yang buat dia kan...

Sayapun terbalikkan kek untuk buang lapik kertasnya, aduhai!!! Luluh jiwa raga bila tengok bahagian bawahnya keras macam puding.  Pertama kali dalam sejarah saya buat kek span TAK MENJADI....Hukhuk.  Takpelah.  Saya potong bahagian yang keras, jadi nipislah kek tu. Pastu saya potong lagi dua nak letak filling bluberi.
 
Hancur!!!
 
Setelah di'plaster' dengan buttercream.  Tade mood dah dengan kek ni... Rasa cam nak buang jek..
 
Apa lagi hancurlah jadi kek tu. Tak pelah... Nanti tampal dengan buttercream. Tampal punya tampal buttercream tak cukup untuk buat bunga okid idaman kalbu. Creamlite tak de stok kat rumah. Memang disasterlah kek ni. Penghabisannya jadilah kek yang comot dekonya. Mood terbang melayang.


Siapa yang salah?  Salah saya mengadun atau kegagalan mixer menjalankan misinya?  Kita nantikan kek seterusnya yang akan saya adun guna mixer jenama F ni.  Tak puas hati ni....

Macamanapun kek ni saya bawa ke rumah kakak yang kebetulan mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya.  Langsai jugaklah.  Alhamdulillah.



Resepi Chef Liza di bawah.

KEK SPAN VANILLA (KEK GULUNG 1 MALAYSIA)
Resepi : Chef Liza

Bahan-bahan

BAHAN A

6 biji telur
4 biji telur kuning
150g gula kastor
1 sb ovellette
100g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sb serbuk penaik

BAHAN B

1 sk serbuk lada hitam (saya tak letak)
1/4 sk garam

BAHAN C

30gm santan sederhana cair

BAHAN D

100gm minyak jagung

Cara Mengadun

1.  Masukkan semua bahan A dan bahan B dan putar dengan kelajuan sederhana.  Selepas 3 minit putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat.

2.  Perlahankan mixer dan masukkan Bahan C dan putar lagi

3.  Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung dengan kaedah menuangnya sedikit demi sedikit tetapi berterusan

4.  Bakar sehingga masak







No comments:

Post a Comment