Monday, October 15, 2012

KEK PELANGI KOPI O

Catatan Sabtu, 13hb Oktober 2012

Salam semua.

Dah lama tak merasa hari yang tenang dan nyaman.  Selalunya setiap minggu terkejar-kejar mengurus hal kehidupan.  Hari ni Muaz tak de kat rumah.  MakYong bawak ke Putrajaya. Tenang rasanya.  Sunyi tanpa suara dia yang asyik bercakap bertanya itu dan ini kalau di rumah. Takde bunyi tv atau radio.  Cuaca pulak sejuk dek hujan yang turun sepanjang hari. 

Sebab hari ni banyak masa senggang, hajat di hati nak menjengah Halfest di PWTC, nak baking cake dan minum di tepi laman dengan tenang.  Cuaca yang malap dan sejuk rupanya meredupkan mata, maka tertidur agak lama.  Punah hajat nak ke Halfest.

Sejak Hajah Cik Wok keluar hospital, memang semua tanaman keluarkan hasil yang memberangsangkan.    Macam yang saya cerita dientri lepas.  Bougainvillea tanaman mak, pelbagai warna, yang ditut dan tidak semuanya sedang berbunga lebat.  Buah pelam telur melebak-lebuk jatuh ke tanah.  Jarang ada buahnya yang banyak itu busuk.  Rasanya manis.  Alhamdulillah buahnya ramai merasa.  Hujan renyai pagi saya redah mengutip buahnya yang bertaburan di tanah.  Kemudian saya disertai si Naufal, cucu jiran ikut kutip sama.
 
Bougainvillea Subur Berbunga
 
Alhamdulillah, rezeki dari Allah patut dipanjang-panjangkan kepada jiran.
 

Buah Mangga Telur Bertaburan di Atas Tanah


Hasil Kutipan dibahagi dua dengan Naufal

Cuba lihat pokok rambutan tut mak yang merendang, lebat berputik, begitu jugak pokok buah pulasan.  Tak lama lagi mesti meranum.  Rambutan kuning, buahnya tebal dan banyak air.  Rambutan merah gula batu, isinya juga tebal cuma agak kering tetapi manis umpama isi buah kelapa.

Rambutan Kuning juga sedang lebat berputik


Alhamdulillah.

Sebelum Muaz balik dari Putrajaya, lebih baik saya menggodek kek.  Rasa macam nak buat kek keju mangga sementelah buah mangga yang banyak.  Malangnya whipping cream masih keras membatu didalam freezer, cream cheese jugak tak de.  Bahan lain juga tak cukup. 
 
Teringin pula nak buat Italian Rainbow Cake yang tengah hangat di pasaran.  Fikir-fikir.. Malas pulak nak buat Italian Meringue Buttercream nak diganding dengan Rainbow Cake. Leceh membuatnya tambah kadang jadi, kadang tidak.  Akhirnya buat kek rainbow Melayu je la... Rasanya pun sama je...
 
Wangi... gabungan esen vanilla, rose dan oren...

Akhirnya, tercapai niat minum petang kat beranda dengan mak, kakak dan jiran yang sering berkunjung menjengok mak.

Kek Pelangi yang banyak nostalgianya...
 
 
Petang yang sungguh sejuk dan nyaman.  Ditambah dengan hangat Kopi O pekat bersama kek pelangi yang harum.  Alhamdulillah, masih berpeluang menikmati hidangan minum petang bersama Precious Mom, Hajah Zalifah Khamis.  Terimakasih juga kepada mak atas tinggalan resepi kek pelangi yang sangat sedap.

Warna yang cantik
 
Nota :  Rasanya entry paling banyak gambar... heheh...
 
 
Selingan
 
 
Kepada rakan sepejabat, Nurul Syuhada Nurul Ain yang telah meletakkan jawatannya di TV3, saya doakan kejayaannya di dunia dan akhirat.  Semoga lebih sukses dalam dunia pengacaraan dan menjadi isteri mithali di luar sana. 
 
Saya dan Syuk di hari-hari terakhir di pejabat

2 comments:

  1. Sedap lah buah pelam epal tu...mm...
    makan pelam dulu lah....baru makan kek, hihi..

    ReplyDelete
  2. Salam Alona, pelam telur laaaa... heheh... pelam sejuk, kek tu baru keluar oven, berasap masa potong... berlaga dalam perut... sape dulu nak masuk, sapa dulu nak keluar...hahaha..

    ReplyDelete