Sunday, December 30, 2012

BEDAK YANG SEJUK DAN NYAMAN

Salam :)

Cuaca panas hari ni.  

Ada can lah mak beraktiviti.  Orang lama je yang boleh buat kerja ni.  Orang baru macam kita ni, rasanya tak de la nak buat.

Kalau tengok kulit orang dulu-dulu, licin dan gebukan.  Rahsianya ialah Bedak Sejuk.


Proses buat bedak sejuk ni lama.  Makan tahun.  Mulanya beras perlu direndam dalam botol ke, bekas ke selama beberapa tahun.  Yang mak punya ni, mak rendam dua tahun.


Bila dah agak-agak dah masa nak buang air, fuhhh... baik siapkan penutup hidung.  Busuknya.. MAK DATOK!  Satu rumah boleh bau dan baunya kekal selama beberapa hari. Air bedak ni perlu dibuang dan diganti berkali-kali.  Barulah bedak sejuknya kualiti.


Mak buat sendiri bedak sejuk sebab dia kata bedak sejuk kedai tak sedap pakai.  Gatal bila letak kat muka sebabnya pembuat bedak sejuk tak buang airnya berkali-kali.  Takat dua kali tak cukup untuk menghasilkan bedak sejuk yang halus.

Lepas tu kena ada matahari sebab nak kasi bedak tu kering betul-betul.

Mak bersama bedak sejuk yang dah siap.  Tapi mak kata kena keringkan lagi sebab baunya masih belum menyenangkan.  Kain yang berlonggok kat tepi tu buat 'titik' bedak sejuk.  Tak sempat nak snap mak dah kikis letak dalam dulang.
 

 Bedak sejuk yang dah siap dititik (maksudnya.. jadikan bedak tu berbiji-biji macam tu)

 Yang ni tak titik biarkan ketul-ketul macam tu je

  Letak bunga-bungaan supaya baunya wangi

 Antara bunga yang mak pilih ,  bunga Jasmin dan daun pandan.  Emm.. wanginya..

 Eh!  Terselit kek pelangi tradisi yang aku buat untuk sahabat Akak Zila. 6 biji sumuanya.  Mak suruh tinggalkan sebiji.  Alamak camne?  Buat satu lagi untuk mak

 Hari Ahad, macam biasa, banyak kenduri kahwin.  Peluh kat muka Muaz ni menggambarkan suhu di bawah kemah warna biru putih ni.

 Makan pula bubur kacang panas.. fuhh!! lencun baju

  Nurul masih boleh senyum walau suhu bawah kemah tinggi.  Tahniah cemerlang dalam PMR..

  Ada pula bunyi-bunyian kuat dari kumpulan nasyid dijemput khas meriahkan majlis

Muaz buat kelakar... haha..

 Akhir majlis, pengantin berfoto, kamipun balik rumah

Jumpa lagi di lain kali.  Wassalam.

2 comments:

  1. pandai buat sendiri ye bedak sejuk tu..
    mmg bagus utk tepek2 malam2, hehe..bagi kulit muka gebus..mcm kek jgk, ye..

    ReplyDelete