Thursday, December 31, 2015

BAI 2015 HAI 2016

Assalamualaikum wbt

Malam new year eve disambut dengan bacaan surah Yassin. Kebetulan pula malam Jumaat adalah malam ilmu. Forum Perdana di tv1 membincangkan soal azam dan umur. Sangat menarik.

Semoga barokah kaki melangkah di ambang 2016.


Pagi new year eve pejabat kosong walaupun jarum pendek jam sudah menunjuk angka 10 dan jarum panjang di angka 12.

Dan

Pagi-pagi dah ada satu bungkus nasi lemak atas meja. Terimakasih Malaysia Hari Ini for nasi lemak. Semoga rezeki korang bertambah baik tahun depan.



Balik dari kerja, jalan sesak. Ramai yang nak sampai awal di tumah mungkin untuk celebrate ambang tahun baru atau ingin mengisi malam tahun baru di masjid dan surau. Ke majlis ceramah atau zikir memuji junjungan besar Muhammad saw.

Bila masuk tahun baru, ramai yang bercakap pasal azam. Saya sendiri ada lima perkara yang saya mahukan. Yang penting 3 M untuk capai keinginan iaitu membuat, melaksana, memahami, kata tetamu dalam radio IKIM petang tadi.



Sebenarnya azam itu penting, sebab azam itu doa. Berazam kecil setiap lepas solat supaya menjadikan diri kita lebih baik dari semalam dan sekiranya kita tidak lagi diberi rezeki menghirup udara Allah pada esoknya, matikanlah kita dalam husnul khotimah kata Dato Dr Fadzilah Kamsah.

Dari pagi tadi saya memang berazam nak buat kek pelangi wangi ni. Sambil telinga mendengar ceramah Forum Perdana, tangan menggodek tepung. 


Pertama kali guna bundt pan dari Nordicware seorang sahabat belikan masa dia melancong ke New York beberapa tahun lepas. Cantik nampaknya.

Azam juga adalah niat. Allah bertindak mengikut apa yang kita mahukan. Semoga kita semua mendapat taufik, hidayah dan inayah Allah swt semoga apa yang diimpikan berjaya dimiliki.


Bau kek pelangi buat boy berlari ke dapur, terus diterkamnya. Nasib baik sempat selamatkan. Kasi sejuk dulu boy.

Orang yang untung adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam
Orang yang rugi adalah orang yang hari ini sama sahaja dari semalam
Orang yang celaka adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam

Dato' Dr. Fadzillah Kamsah wrapped ceramah malam ini.


Siap dah. Esok boleh tabur snow powder dan ready untuk dipotong.

Sampai di sini dulu. Selamat menyambut tahun baru 2016.

Semoga setiap keinginan kita untuk tahun 2016 ini kukuh dan istiqomah berdoa kerana doa adalah senjata utuh untuk keinginan kita tercapai.

Wassalam.

12 comments:

  1. Selamat tahun baru.. semoga terus sukses di tahun 2016

    ReplyDelete
  2. Hmm... tu kek tak potong tunggu pagi 1-Jan-2016 ke?
    Kalau kakak dpt sepotong best juga ni hihi...

    Johor kerja tau 1 Jan. Kami cuti awal Muharram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie.. kek tu nak potong masa potluck famili petang nanti. Thumbs up! Admire JDT.

      Delete
  3. Asalam othman..man selamat hadapi 2016 moga ceria selalu ya..hahaha nak kek lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Etuza.. Selamat tahun baru juga. Meh la datang rumah.

      Delete
  4. tengok budak dalam header..dah follow blog saya ke man..hehehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Nieda... nak rasa boleh datang rumah.

      Delete
  6. Selamat tahun baru.. semoga lebih suksess dan bahagia sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru. Terimakasih.. semoga Azian juga sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt.

      Delete