Tuesday, December 29, 2015

HABIBI BY ALKENALI

Assalamualaikum wbt.

Isnin, 28/12/2015, hari terakhir cuti panjang Disember 2015.  Hari ini sebenarnya plan nak settlekan hal sekolah boy, nak masak nasi ayam simple dan nak mandikan kenderaan tua saya.

Akhirnya ke Shah Alam temankan my sister shopping barang-barang untuk dia menunaikan umrah pada 7hb Januari nanti. Ke Seksyen 7 Shah Alam ikut Google Map, ya Robbi jauhnya dibawanya kami pusing. Padahal Shah Alam adalah rumah kedua masa belajar di UiTM. Lupa semua selok belok jalan nak ke Seksyen 7.

Paling best ini bukan kali pertama saya ke Jalan Plumbum tempat deretan butik muslimah berada. Dah banyak kali cuma bezanya bila suami memandu, kita tak fokus, tak ambil tahu pasal jalan yang kita lalu.  Akibatnya bila pergi sendiri, sesat barat.


Turun naik tangga, masuk keluar kedai akhirnya terserempak dengan sicantik manis ni. Keluar dari butik muslimah Habibi By Al-Kenali bertembung dekat tangga, rasa macam kenal dia ni. Yang best dia juga kenal saya. Iya, dia owner butik Habibi by Alkenali, Nazrah Mohd Noor. Kalau terjumpa awal, agaknya bolehlah dapat diskaun akhir tahun. So boraklah dekat tangga sampai berpeluh-peluh, panas.

Kami kenal masa Nazrah kerja satu department dengan saya sebagai Wartawan Siaran dan perantara rancangan Al-Hidayah. Setiap hari Jumaat keluarlah dia dekat tv, rancangan diterbitkan oleh sahabat Junaidah Md Din.

Sekarang dua-dua sahabat dah berhenti. Nazrah meneruskan minatnya dalam bidang perniagaan dan Kak Jun bersara terus. Mungkin masa untuk menambah ilmu dan berehat bersama keluarga.

Semoga Nazrah terus dan terus berjaya dalam perniagaan. Kepada yang berminat bolehlah jenguk butik HBAK di alamat di bawah.


Baiklah, sampai di sini dulu. 

Wassalam.

8 comments:

  1. Dah guna google map pun memang kadang sesat barat sebab dibawanya kita ikut jalan jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. ikut lagi cakap mesin aka handphone..

      Delete
  2. assalam wah banyak borong tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tolong pegang je.. jadilah..

      Delete
  3. Replies
    1. Salam. In sha Allah.. nanti akak ke sana

      Delete
  4. As-salam,

    Kalau ikut google map kdg2 perjalanan jadi cepat.. kdg2 jadi sangat lambat sebab entah jalan mana yang dia bawak kita kan.. Seronoknya dapat jumpa teman lama.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hanis. Terimakasih singgah. Tulah ikut cakap henfon kitapun bingung. Mmg seronok jumpa jenalan lama.

      Delete