Sunday, December 13, 2015

CERITA 13 DISEMBER

Assalamualaikum wbt

Selangor Red Giant menang tahun ni. Bola menang esok, Isnin, satu Selangor cuti. Cuti panjang bagi warga Selangor, dari Jumaat hingga ke Isnin. Bolehlah extra recharge. Macam-macam boleh buat. Harap kedai buku sekolah tak cutila esok boleh pergi beli buku.

Tahniah pada semua Selangor player. Sebagai anak jati Selangor, bangga sangat walau saya tak tengok sebab melayan kepala yang sakit sejak dari hari pergi beli baju sekolah hari tu.

Pengantin baru pun dapat extra cuti lah agaknya. Cuti yang dah ambil anjak satu hari lagi ke depan. 


Petang lepas habis kenduri Atol dan suami datang jengok emak. Emak uzur, tak larat nak pergi makan kenduri, pengantin datang cari. Alhamdulillah. Terimakasih Atol dan suami sudi jengah emak.


Gambar ihsan

Hari ini anak-anak hebat meneruskan lagi cabaran. Seronok tengok kawan-kawan boy yang aktif dan lasak. Ini sebenarnya salahsatu cara memupuk keyakinan, ketahanan dan daya saing yang tinggi.

Gambar ihsan

Kawan-kawan boy berjaya meraih juara keseluruhan dalam pertandingan semalam. Harap-harap kaki boy segera sembuh dan boleh bersama mereka ini nanti.


Tengahari lepas makan kami cari capers untuk buat sos tar tar padan dengan fish and chips. Jenuh mencari di Aeon Bandar Utama, supermarket besar Cold Storage tak jumpa sicapers ni. Yang ada cuma gerkhin, sitimun jeruk.


Akhirnya jumpa di Sg Buluh, supermarket Stellar's Grocers. Harga barang di supermarket ni boleh tahan mahal.


Sampai rumah, Uteh dah ada di rumah berbual rancak dengan emak. Bawak pula kek butter oren. Lama betul tak baking.  Semalampun Suzie ada minta buat kek tutty fruity ala Secret Receipe. Keknya besar dan tinggi, penuh buah di dalamnya dilapis krim segar.  In sha Allah, satu hari nanti.



Kek butter oren masak garing, bagi hangus sikit tepinya, sedap makan dengan nescafe panas masa musim sejuk-sejuk ni. 


Malam mengharung hujan lebat makan nasi minyak akad nikah Hazlin dan Malek.


Semoga ikatan rumahtangga kamu berdua kekal hingga ke akhirnya.. aamin..

Paling seronok dapat jumpa sahabat yang lama tidak berjumpa. Mazidul Akmal Sidik. Nampak lebih segar dan sihat. Tak putus dia menasihati boy supaya belajar bersungguh-sungguh dan jadi anak yang baik. Alhamdulillah kuasa Allah masih memberi ruang kepada insan yang berhati mulia ini untuk terus sihat dan bernafas di mukabumi ini.


Doa saya panjatkan ke hadrat Ilahi agar insan ini diberi kesembuhan dan kalau tidak berikanlah dia kemudahan dan kesihatan yang lebih baik, aamin.

Kemudiannya kami tidak menunggu majlis akad nikah selesai,
Lin pun kami tak sempat jumpa sebab Gegar Vaganza pentas akhir memanggil.


Sedikit perkongsian hari ini. Selamat bercuti kepada warga Selangor.  Pastikan ianya dimanafaatkan.

Jumpa lagi, wassalam.

No comments:

Post a Comment