Salam
TERUSIK!
Itu yang saya dapat gambarkan bila mendapat perkhabaran ini. Saya tak mau cerita panjang lebar. Saya panjatkan doa semoga anak ini dapat melaluinya dengan penuh kesabaran.
Silalah ke capaian isteri sahabat saya ini, NINA.
Thursday, October 18, 2012
Monday, October 15, 2012
KEK PELANGI KOPI O
Catatan Sabtu, 13hb Oktober 2012
Salam semua.
Alhamdulillah.
Akhirnya, tercapai niat minum petang kat beranda dengan mak, kakak dan jiran yang sering berkunjung menjengok mak.
Salam semua.
Dah lama tak merasa hari yang tenang dan nyaman. Selalunya setiap minggu terkejar-kejar mengurus hal kehidupan. Hari ni Muaz tak de kat rumah. MakYong bawak ke Putrajaya. Tenang rasanya. Sunyi tanpa suara dia yang asyik bercakap bertanya itu dan ini kalau di rumah. Takde bunyi tv atau radio. Cuaca pulak sejuk dek hujan yang turun sepanjang hari.
Sebab hari ni banyak masa senggang, hajat di hati nak menjengah Halfest di PWTC, nak baking cake dan minum di tepi laman dengan tenang. Cuaca yang malap dan sejuk rupanya meredupkan mata, maka tertidur agak lama. Punah hajat nak ke Halfest.
Sejak Hajah Cik Wok keluar hospital, memang semua tanaman keluarkan hasil yang memberangsangkan. Macam yang saya cerita dientri lepas. Bougainvillea tanaman mak, pelbagai warna, yang ditut dan tidak semuanya sedang berbunga lebat. Buah pelam telur melebak-lebuk jatuh ke tanah. Jarang ada buahnya yang banyak itu busuk. Rasanya manis. Alhamdulillah buahnya ramai merasa. Hujan renyai pagi saya redah mengutip buahnya yang bertaburan di tanah. Kemudian saya disertai si Naufal, cucu jiran ikut kutip sama.
Bougainvillea Subur Berbunga
Alhamdulillah, rezeki dari Allah patut dipanjang-panjangkan kepada jiran.
| Buah Mangga Telur Bertaburan di Atas Tanah |
Hasil Kutipan dibahagi dua dengan Naufal
Cuba lihat pokok rambutan tut mak yang merendang, lebat berputik, begitu jugak pokok buah pulasan. Tak lama lagi mesti meranum. Rambutan kuning, buahnya tebal dan banyak air. Rambutan merah gula batu, isinya juga tebal cuma agak kering tetapi manis umpama isi buah kelapa.
Rambutan Kuning juga sedang lebat berputik
Alhamdulillah.
Sebelum Muaz balik dari Putrajaya, lebih baik saya menggodek kek. Rasa macam nak buat kek keju mangga sementelah buah mangga yang banyak. Malangnya whipping cream masih keras membatu didalam freezer, cream cheese jugak tak de. Bahan lain juga tak cukup.
Teringin pula nak buat Italian Rainbow Cake yang tengah hangat di pasaran. Fikir-fikir.. Malas pulak nak buat Italian Meringue Buttercream nak diganding dengan Rainbow Cake. Leceh membuatnya tambah kadang jadi, kadang tidak. Akhirnya buat kek rainbow Melayu je la... Rasanya pun sama je...
Wangi... gabungan esen vanilla, rose dan oren...
Akhirnya, tercapai niat minum petang kat beranda dengan mak, kakak dan jiran yang sering berkunjung menjengok mak.
Kek Pelangi yang banyak nostalgianya...
Petang yang sungguh sejuk dan nyaman. Ditambah dengan hangat Kopi O pekat bersama kek pelangi yang harum. Alhamdulillah, masih berpeluang menikmati hidangan minum petang bersama Precious Mom, Hajah Zalifah Khamis. Terimakasih juga kepada mak atas tinggalan resepi kek pelangi yang sangat sedap.
Warna yang cantik
Nota : Rasanya entry paling banyak gambar... heheh...
Selingan
Kepada rakan sepejabat, Nurul Syuhada Nurul Ain yang telah meletakkan jawatannya di TV3, saya doakan kejayaannya di dunia dan akhirat. Semoga lebih sukses dalam dunia pengacaraan dan menjadi isteri mithali di luar sana.
Saya dan Syuk di hari-hari terakhir di pejabat
Tuesday, October 9, 2012
CHOC CHIP DAN KEK BUAH KUKUS UNTUK AIDIL ADHA
Assalamualaikum
Alhamdulillah, bila Precious Mom, Hajah Zalifah sihat, bunga-bunga orkid mak pun berbunga. Macam mendoakan pulakan. Bougainvillea bermacam warna, merah, purple, bunga bercampur pink dan putih, purple dan merah hasil kacukan semuanya galak berbunga. Ada yang sangat lebat sampai menutup daun. Yang masih tak berbunga Dragon Orchid... daunnya dan dahan sudah besar, tapi masih belum ada rezeki nak tengok dia berbunga.
Bunga Orkid bersaiz besar.. spesis jangan tanya.. sebab tak tau.. hehe...
Jengok belakang rumah, pokok rambutan kuning dan rambutan merah gula batu tengah lebat berputik. Sayang pula rasanya kalau pokok-pokok ni perlu ditebang untuk naikkan bilik anak bujang saya. Biarlah... fikir lagi.. kalau boleh jangan diusik pokok-pokok dan bunga-bunga. Biar mereka hidup tinggalan hasil tanaman arwah wan dan mak. Untuk cucu cicit kemudian hari.
Oh ya, SELAMAT DATANG kepada NORMALA BAHAR yang baru jadi pengikut blog DLO. Terimakasih banyak-banyak sudi datang.
Oh ya, SELAMAT DATANG kepada NORMALA BAHAR yang baru jadi pengikut blog DLO. Terimakasih banyak-banyak sudi datang.
Lelah saya menghantar anak bujang training untuk penilaian kenaikan talipinggang tae-kwon-do pagi dan petang. Full training! Setiap lokasi adalah muka bujang saya. Kalaulah dia tak lepas ujian kali ini, pasti mengundang kecewa. Alhamdulillah, anak ibu lepas dapatlah tukar talipinggang.
"Lain kali jangan last minute training", kata Sir Vijay, coach Muaz.
Apa-apapun dah dapat naik TaeGeuk II.
Lulus!
Disamping sIbuk menghantar dan mengambil Muaz, masa terluang saya melunaskan order kukis kawan-kawan. Hampir 3 minggu order tertunggak. Mohon maaf sangat-sangat. Kekangan masa.
NOTA : TEMPAHAN KUKIS & KEK BUAH KUKUS UNTUK RAYA HAJI DIBUKA SEKARANG!
Kek Kukus Buah-buahan, resepi tradisi hampir 80 tahun. 1kg rm40.00
Warga emas suka kek kukus ni....Dial 019-2767454 atau email rozanothman@yahoo.com untuk menceriakan Aidil Adha insan tersayang.. InsyaAllah sedap!.
Wednesday, September 26, 2012
PENAMPILAN ISTIMEWA CHEF HANIELIZA
Salam
Tak sabar nak syer video ni dengan semua peminat dan pengikut Chef Hanieliza aka Kak Liza. Sudi-sudikan ye. Dengar betul-betul nasihat Kak Liza ni. Saksikan rakaman Kak Liza dalam Wanita Hari Ini segmen Serikandi siaran 5hb September 2012. Untuk tontonan UMUM... Alhamdulillah, dapat jugak upload video ni.
Tak sabar nak syer video ni dengan semua peminat dan pengikut Chef Hanieliza aka Kak Liza. Sudi-sudikan ye. Dengar betul-betul nasihat Kak Liza ni. Saksikan rakaman Kak Liza dalam Wanita Hari Ini segmen Serikandi siaran 5hb September 2012. Untuk tontonan UMUM... Alhamdulillah, dapat jugak upload video ni.
Tuesday, September 25, 2012
ORDER TERSELIT, RESEPI KEK CAWAN OREN
Salam.
Aduh!!! penat, penat dan penat!. Minggu ni sangat penat. Mungkin sebab umur dah merangkak senja, badan terasa cepat sangat penat. Saya ambil nasihat Dr. Ng yang menyuruh saya mengambil Multivitamin dan vitamin C untuk membantu mengecas tenaga. Jenama Amway mungkin bagus kot.
Oh ya, tidak disangka, selepas berbulan-bulan saya tidak langsung melayan order untuk kek mahukan kapkek atau sewaktu dengannya, tiba-tiba terselit satu. Fyza Anas, memang suka order kek saya dari dahulu hingga sekarang. Yang paling dia suka kek pelangi tradisional. Macamana saya boleh bersetuju pulak dengan order Fyza, wallahualam. Mesti sembur kiri sembur kanan kot si Fyza.
Kek cawan oren coklat cip pilihan Fyza. Seram jugak masa mengadun kek, almaklum, dua biji kek dan satu adunan kek cawan sebelumnya tak menjadi, gara-gara mixer jenama F. Kalau nak tahu, mixer jenama F saya dah masukkan semula ke dalam kotak. Mungkin ianya bagus tapi tiada keserasian antara kami. Sebab tu adunan jadi bantat dan keras. Sape nak beli, angkat tangan! Hehe..
Sebelum hantar anak saya trainning tae-kwon-do di sebuah sekolah di daerah ini, saya siapkan dulu kek cawan kecil-kecil dengan solo cup size 1 oz. Dekonya Fyza kata bunga-bunga. Saya fikir bunga-bunga atau garden kurang sesuai untuk anak manis berusia 4 tahun. Fikiran Fyza mungkin dah sampai ke Australia kot, percutian terancang bersama keluarga. Jangan marah ye Fyza.
Macamanapun, ni lah akhirnya deko kek cawan Nur Alya Qaisara. Nak jadikan cerita saya terlupa nama sibirthday girl. Main belasah je Alya Qistina. Tak professional langsung kan... Nasib baik sempat 'alter' kat office.. hehe.. Dah get ready sebab memang tak yakin dengan nama sikecil ini. Selamat Hari Lahir, Alya... Ummuahhhh!!
Gambar ihsan Fyza Annas
RESEPI KEK CAWAN OREN
Resepi oleh : Chef Noraini Zakaria
Bahan-bahan
250g butter
180g gula kastor
250g tepung kek
4 biji telur
30ml susu cair
1 st baking powder
1 st orange emulco
sedikit pewarna oren
Coklat cip secukupnya
Cara mengadun
1. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati
3. Masukkan pula tepung berselang seli susu
4. Campurkan coklat emulco dan coklat cip
5. Bakar hingga masak
Selamat mencuba kek cawan oren yang sedap ini!
3. Masukkan pula tepung berselang seli susu
4. Campurkan coklat emulco dan coklat cip
5. Bakar hingga masak
Selamat mencuba kek cawan oren yang sedap ini!
Thursday, September 20, 2012
ADAM DAN HAWA DAN UKIRAN BUAH
Assalamualaikum.
Dah masuk bulan Zulkaedah. Bulan Haji. Terkenang saat buat umrah beberapa tahun yang lepas. Sangat manis, sangat indah, sangat mengujakan. Semoga saya dijemput untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini sekali lagi. Amin..
Memang dua tiga hari ini saya asyik terkenang. Sekarang tengah demam drama ADAM dan HAWA. Mana-mana kita dengar orang bercerita pasal drama hasil adaptasi novel tulisan Aisya Sofea. Penulisnya saya kenal kerana sama-sama belajar di UiTM Melaka. Saya juga pernah sama-sama balik ke Kuala Lumpur dari Melaka dengan kereta dipandu pakcik beliau. Pakcik penulis yang mesra dipanggil JUWA ini juga abang ipar saya. Apa-apapun Juwa sudah berjaya dalam kerjaya yang dia pilih. Tahniah! Saya juga yang masih begini, masih di TV3 dan makan gaji. Alhamdulillah.
Semalam, ofis saya bermajlis lagi.. majlis makan-makan. Serpihan open house Syawal. Meja kami atur panjang untuk muatkan pelbagai makanan yang dibawa. Terlalu banyak makanan, dari KFC hingga ke cendol, dari laksa johor hingga ke laksam Kelantan, dari makanan berat hingga ke ringan. Semua ada. Alhamdulillah, sekali lagi kita dilambakkan rezeki oleh Allah swt. Syukur. Kalau nak tengok gambar, silalah ke blog Mazlin Nordin.
Cuba tengok gambar di bawah!
Cantikkan.!
Saya sangat suka.
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik mengukir buah bolehlah hubungi Kolej Komuniti di tempat masing-masing. Syyy!!! saya pun minat. Boleh buat bisnes ni. Sekarang, ramai pasangan pengantin sukakan pulut kuning menggantikan kek bertingkat. Dengan ilmu ukir buah ni bolehlah dibuat hiasan di atas pulut. Ye tak? Betul kan! Jom kita pakat ramai-ramai gi belajar buat ni.
Cantik buah labu diukir jadi bunga. Bukan senang punya kerja tu.. labu keras..
Water fountain dari sayur-sayuran
Honeydew.. habis majlis boleh masuk blender.. buat jus..
Tuesday, September 18, 2012
SALAH SIAPA NI.....?
Salam 1 Malaysia.
Siapa yang salah? Salah saya mengadun atau kegagalan mixer menjalankan misinya? Kita nantikan kek seterusnya yang akan saya adun guna mixer jenama F ni. Tak puas hati ni....
Macamanapun kek ni saya bawa ke rumah kakak yang kebetulan mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya. Langsai jugaklah. Alhamdulillah.
Resepi Chef Liza di bawah.
KEK SPAN VANILLA (KEK GULUNG 1 MALAYSIA)
Resepi : Chef Liza
Bahan-bahan
BAHAN A
6 biji telur
4 biji telur kuning
150g gula kastor
1 sb ovellette
100g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sb serbuk penaik
BAHAN B
1 sk serbuk lada hitam (saya tak letak)
1/4 sk garam
BAHAN C
30gm santan sederhana cair
BAHAN D
100gm minyak jagung
Cara Mengadun
1. Masukkan semua bahan A dan bahan B dan putar dengan kelajuan sederhana. Selepas 3 minit putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat.
2. Perlahankan mixer dan masukkan Bahan C dan putar lagi
3. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung dengan kaedah menuangnya sedikit demi sedikit tetapi berterusan
4. Bakar sehingga masak
Hari Sabtu lepas memang hari yang agak mengecewakan juga. Jumaat lepas, waktu saya bekerja, disebabkan di kiri kanan saya tv sentiasa terbuka bohong kalau saya kata mata takkan mengerling ke kaca tv.
Di kaca tv Chef Liza tengah beraksi bersama anaknya Chef Erin buat cre'me puff disumbat daging cincang Ramly Burger. Pastu kek span gulung dengan daging cincang gak. Kek dihias bendera Malaysia.
Makanya, masa cuti umum Hari 1 Malaysia, sayapun berinisiatif le nak buat kek span vanilla resepi Chef Liza ni. Lagipun nak rasmi mixer baru yang saya dapat percuma hari tu. Mixer baru, resepi baru la kan.
Berkobar-kobar nak rasmi mixer baru jenama F ni...
Saya dah agak, ballon beater mixer jenama terkenal F ni agak kecil. Masa saya mengadun, terpaksa berhenti berkali- kali untuk keruk keliling mangkuk adunan. Pantang tu untuk kek span yang kena putar laju sampai ke satu tahap. Walau bagaimanapun, kek tu nanpak cantik naik, dengan baunya semerbak mewangi, maka hatipun mekarlah berbunga. Nak syok sendiri decorate kek bermotifkan orkid kononnya.
Kek Span Vanilla yang masak cantik di bahagian atasnya
Masa nak tunggu kek sejuk, saya adun pula buttercream, pun nampak susah nak kembang, K beaternya jugak kecil. Putarannya tak sampai ke tepi. Belasah je lah. Kita yang buat dia kan...
Sayapun terbalikkan kek untuk buang lapik kertasnya, aduhai!!! Luluh jiwa raga bila tengok bahagian bawahnya keras macam puding. Pertama kali dalam sejarah saya buat kek span TAK MENJADI....Hukhuk. Takpelah. Saya potong bahagian yang keras, jadi nipislah kek tu. Pastu saya potong lagi dua nak letak filling bluberi.
Hancur!!!
Setelah di'plaster' dengan buttercream. Tade mood dah dengan kek ni... Rasa cam nak buang jek..
Apa lagi hancurlah jadi kek tu. Tak pelah... Nanti tampal dengan buttercream. Tampal punya tampal buttercream tak cukup untuk buat bunga okid idaman kalbu. Creamlite tak de stok kat rumah. Memang disasterlah kek ni. Penghabisannya jadilah kek yang comot dekonya. Mood terbang melayang.
Siapa yang salah? Salah saya mengadun atau kegagalan mixer menjalankan misinya? Kita nantikan kek seterusnya yang akan saya adun guna mixer jenama F ni. Tak puas hati ni....
Macamanapun kek ni saya bawa ke rumah kakak yang kebetulan mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya. Langsai jugaklah. Alhamdulillah.
Resepi Chef Liza di bawah.
KEK SPAN VANILLA (KEK GULUNG 1 MALAYSIA)
Resepi : Chef Liza
Bahan-bahan
BAHAN A
6 biji telur
4 biji telur kuning
150g gula kastor
1 sb ovellette
100g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sb serbuk penaik
BAHAN B
1 sk serbuk lada hitam (saya tak letak)
1/4 sk garam
BAHAN C
30gm santan sederhana cair
BAHAN D
100gm minyak jagung
Cara Mengadun
1. Masukkan semua bahan A dan bahan B dan putar dengan kelajuan sederhana. Selepas 3 minit putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat.
2. Perlahankan mixer dan masukkan Bahan C dan putar lagi
3. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung dengan kaedah menuangnya sedikit demi sedikit tetapi berterusan
4. Bakar sehingga masak
Subscribe to:
Posts (Atom)








