Friday, January 13, 2012

BENTO ANAK KE SEKOLAH

Dulu para ibu sering membekalkan anak-anak ke sekolah dengan nasi berlauk.  Lauknya pula simple, telur goreng atau ikan goreng memadai dan nasi digaul kicap.  Waktu rehat tak sabar-sabar nak makan.  Walau sejuk tapi sedap menjilat jari.

Anak-anak sekarang untung.  Trend Bento atau dalam Bahasa Melayunya, Bekal la.  Bento berasal dari Jepun, bekas yang diisi makanan untuk makan tengahari.  Bagi bento sikecil dihias dengan pelbagai aksesori dan disusun cantik untuk menarik anak-anak makan.  Saya ada juga menyediakan bekal untuk anak bujang tunggal saya.  Nak kata ala-ala Bento laaa.. tapi tak lah secantik bento yang dihias.

 Sandwich kepingan ayam, kentang goreng dan limau

Bahan-bahan yang saya gunakan ringkas sahaja.  Senang beli je yang dah siap.

Untuk kepingan ayam

Ayam cincang
Bawang besar didadu
Bawang putih
Lada putih dan lada hitam ditumbuk
Serbuk roti
Garam
Telur
Susu Segar
Sedikit tepung gandum

Cara-cara

1.  Tumis bawang besar dan putih. 
2.  Dalam mangkuk yang lain, campur sebati ayam cincang, telur ayam, lada hitam tumbuk dan serbuk lada putih.  Campurkan bawang yang telah ditumis.  Masukkan serbuk roti dan sedikit tepung gandum
3.  Leperkan atau bentuk mengikut kesukaan
4.  Goreng dengan minyak sederhana panas

Kalau ada aksesori seperti toothpick berhias dan food divider, makanan tampak lebih cantik

Roti putih buatan sendiri dipotong bulat, diisi tuna dan klim ditepi menggunakan garfu agar mudah
sikecil memegang dan memakannya.  Buah belimbing saya letakkan dibahagian atas agar tidak
bercampur bau dengan sandiwich tuna

TRANSISI FASA KEHIDUPAN

Catatan 13hb Januari, 2012

Assalamualaikum.  Lama tak menjenguk laman blog ini, apatah lagi mengemaskini.  Semenjak anak bujang saya memasuki alam persekolahan, mixer entah kemana, tepung, gula entah kemana, apa lagi butter dan tepung.  Nasib baik jugalah mixer saya rosak, dan saya menolak semua order yang diterima.  Kalau tidak, kesian kawan-kawan yang membuat tempahan.

Bermula 4hb Januari, tarikh pertama anak ke sekolah, rasa seperti masa terlalu singkat.  Terlalu-lalu singkat.  Malam selepas balik dari kerja, masa saya ketat dengan kerja-kerja anak bujang selain kerja rumah yang perlu dihabiskan.  Alhamdulillah, wanita memang dianugerah Allah bersemangat tinggi dan punya tenaga lebih yang datangnya entah dari mana. 


Posing sebelum ke sekolah ** gambar kurang memuaskan **

Rasanya tiada ibu di dunia ini yang tidak risau melepaskan anak seusia 7 tahun bersendirian ketika pergi dan pulang dari sekolah.   Saya juga tidak dapat lari dari perasaan khuatir dan bimbang tika melepaskan Muaz menaiki van dan pulang dijemput PakCik Mai.  Apa lagi pada hari kedua persekolahan, ada kes cubaan menculik murid perempuan tahun 6 tika menunggu ayah mengambilnya, kejadian berlaku betul-betul di luar kawasan pagar sekolah.   Setiap langkah anak diiringi doa semoga tertutup dari pandangan mata-mata jahat, binatang buas dan syaitan.  Tidak lupa doa dipanjat agar anak kita sentiasa mudah menerima ilmu yang bermanafaat untuk dirinya dunia dan akhirat.


Segak di hari pertama persekolahan


Anak-anak sekarang tiada yang kelihatan takut atau resah



Sian anak ibu... pergi tadi handsome.. balik serabai.. hehe

Sama-sama lah kita berdoa agar anak-anak ini berjaya kehidupannya di dunia dan di akhirat... Amin..


Tuesday, January 3, 2012

DONUT LAGI - RESEPI

Catatan Ahad, 1hb Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 semua.  Meningkat setahun lagi umur kita ye.  Semoga kita semua lebih berjaya dunia dan akhirat.  Bagi diri saya, saya benar-benar berharap DLO akan dapat meneruskan usaha mengeluarkan kek, biskut yang berkualiti dan terjamin kebersihannya. Dan yang penting, ianya SEGAR.

Hari ini saya mencuba donut resepi Ma Mafami.  Sedap dan senang dibuat.  Resepi di bawah :-


DONUT

500g tepung protin tinggi (boleh dicampur dengan tepung gandum dengan kiraan 1:1)
11g yis (1 paket)
50g margerine
1 sb shortening
2 sb gula
2 sb susu tepung
1 biji telur (dipukul sedikit)
200ml air suam
Sedikit gula untuk coating

Cara-cara
1.  Dalam mangkuk yang besar, campurkan air suam, yis, gula, susu, margerine dan shortening dan gaul menggunakan sudu.  Biarkan selama 8-10 minit.
2.  Bila campuran yis sudah mula mengeluarkan buih, masukkan setengah tepung kedalam mangkuk, telur dan garam, gaul hingga tidak melekat pada sudu (satu arah sahaja)
3.  Bila sebati dan tidak melekat pada sudu, campurkan setengah lagi tepung dan kacau lagi dengan sudu.  Kemudian uli menggunakan tangan sehingga tidak melekat pada jari
4.  Doh tidak perlu direhatkan, boleh terus diterap dan digoreng.  Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan donut yang lebih bulat dan cantik, doh boleh direhatkan selama 10 minit lagi.
5.  Goreng dan selepas sejuk boleh ditabur gula atau diletakkan coklat cair.

MINI BURGER - RESEPI

Catatan Sabtu, 31hb Disember 2011

Hari Rabu depan, si bujang saya akan memulakan sessi persekolahan dalam Tahun 1. Ibu mana yang tidak risau melepaskan anak yang kita rasa masih kecil berseorangan di sekolah.  Maklum anak saya tunggal.  Paling saya risau tentang makan.  Jadi, saya prepare patty burger yang senang digoreng penjaga sebelum anak saya ke sekolah untuk bekalan. Kebetulan di Facebook Penyu Lawa baru memaparkan burger buatannya, walau mini burger saya tidak secantik burger buatan Penyu Lawa, rasanya tetap umpphh.. Resepi burger patty saya ambil dari Chef Anis dan resepi bun saya ambil dari jintanmanis (kalau tak silap).  Lebihan burger boleh dikerasbekukan.  Cubalah..


RESEPI BURGER PATTY

Bahan-bahan

400g daging cincang
1 labu bawang besar
1 labu bawang kuning
1 biji bawang putih
1 st paprika
6 sb sos tomato
6 sb sos bbq
1 biji telur

Cara-cara

1.  Tumis semua bawang sehingga naik bau
2.  Letakkan paprika, sos tomato dan sos bbq
3.  Goreng sehingga masak
4.  Angkat dan sejukkan
5.  Masukkan daging cincang didalam mangkuk sederhana besar
6.  Campurkan telur dan gaul sehingga sebati
7.  Sebatikan bahan tumis tadi ke dalam campuran telur dan daging cincang
8.  Masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit
9.  Gaul sebati dan bentukkan patty mengikut kemahuan anda
10.  Goreng dengan sedikit minyak
11.  Sedia untuk diletakkan didalam roti

Hah! Tengok... siap untuk dimakan... 


Roti nampak macam topi alien pun ada.. kahkah...

Friday, December 30, 2011

PERTEMBUNGAN CHEF-CHEF HEBAT PRIMEWORKS STUDIOS

Catatan Khamis 29hb Disember 2011

Pagi Khamis, saya ke pejabat lepas bercuti beberapa hari.  Penat sebab tiba di rumah dari Tanah Tinggi Cameron agak lewat.  Tidurpun lewat dan bangunnya cepat. 

Sebaik membuka pintu laluan belakang tingkat 1, semerbak bau makanan.  Ada jamuan.... tak sempat...... tidak bawa apa-apa.  Terus saya mendekati Chef-Chef hebat bertanggungjawab mengatur breakfast ini antaranya ada "Chef instant" (tak masak beli je...hehe).. sedang menjamu selera bersarapan pagi.  Beginilah kalau bertembungnya mereka di meja makan... ada nasi lemak ("Chef" Noraini Tahir.. beli ye Kak Ani), mee hoon goreng ("Chef" Azizah Ariffin), roti jala ("Chef" Kak Nura, instant gak rasanya ni...), Otak-otak ("Chef" Kak Jun), dan yang paling handal sebab tajaannya datang lambat dan menjadi usikan.... minuman teh tarik (lain betul sedapnya), nescafe, nescafe O dan Teh O... ("Chef" Mazlin Nordin).

Antara makanan yang dihidang

Kek pun ada... Indulgence tajaan Aien

Breakfast kali ini istimewa sebab disertai sicantik jelita Neelofa dan pengacara MHI, Wardina (Wardina tidak lagi mengacarakan MHI selepas ini).  Kesian Neelofa sebab tak sempat makan, asyik bergambar. 

 Kesempatan bergambar dengan Neelofa

Sedap sangat nampaknya Dina

Setiap bulan makan-makan breakfast ini diteruskan.  Bulan depan giliran staf yang lebih muda (saya ambil kata-kata Mazlin Nordin aka ChikInn) menganjurkan breakfast.  Apa-apapun saya sangat happy hari ni sampai tak lalu makan.  







Rambutan Intan sampai lambat

Terimakasih semua..... semua hidangan sedap-sedap belaka.  Lagi cerita boleh dibaca di blog Chik Inn



Thursday, December 29, 2011

SEDAP JUGAK BURGER MALAYSIA NI - RESEPI

Catatan 27hb Disember 2011

Dari minggu lepas saya menghabiskan cuti tahunan.  Tak banyak aktiviti baking, banyak aktiviti luar.  Menghabiskan masa kualiti bersama anak tunggal saya.  Menonton wayang, membeli barangan keperluan sekolah, berjalan-jalan di shopping mall.  Dah lama sangat rasanya tak bawa anak ke shopping mall.

Disebabkan sibuk dan suami tidak dapat bercuti panjang, saya berjanji dengan Muaz untuk membawanya ke Cameron Highland sahaja untuk cuti sekolah kali ini.  Jadilah daripada tidak membawanya ke mana-mana.  Saya berhajat untuk membuat roti, bekalan perjalanan pergi nanti.  Saya ke LMC, Sg. Buluh mencari tepung high protein.  Malangnya kedai tutup.  Shortening pun dah habis.  Dengan resepi donut anak buah saya, jadilah burger Malaysia yang lembut ini.  Resepi paling senang.  Pejam mata pun boleh buat.. hehe (nak gambarkan punyalah senangnya)...Boleh juga guna resepi donut Mak Long Homemade yang saya pos sebelum ini.  Nak resepi... baca entry hingga habis...


 Manis, lembut dan ringan

 **Gambar sedikit kelam, tak cukup cahaya, snap selepas waktu subuh

INDAH DAN NYAMANNYA... Lama dah tak ke sini...

Disember memang waktu tepat ke tanah tinggi Cameron ini.  Sejuk dan nyaman.

 Bermain di ladang strawberry... malangnya buah masih muda


 Semuanya strawberry dan sedap...

 Hidangan di Taman Agro 
 Salad segar

Rangup


 Bharat Tea Plantation

RESEPI BURGER MALAYSIA

Bahan-bahan

200g tepung gandum
2 st yis 
1 1/2 sb marjerin
2 sb gula
secubit garam

Inti
Hirisan timun
Sambal tumis

Cara mengadun

1.  Campurkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk besar dan uli hingga tidak melekat.  
2.  Perapkan adunan tadi hingga naik dua kali ganda
3.  Bila adunan sudah mengembang, uli sekali lagi 
4.  Bahagikan adunan dan bentukkan bulat-bulat
5.  Perapkan sekali lagi hingga adunan mengembang dua kali ganda
6.  Goreng didalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan
7.  Setelah sejuk, belah dua dan masukkan sambal tumis dan timun

Siap untuk dimakan.

DONUT MUDAH - RESEPI

Catatan 25hb Disember, 2011

Bosannya cuti Krismas.  So buat donut mudah ni.  Resepi dari Facebook Mak Long Homemade.  Donut saya ni bentuknya kurang 'perfect', agaknya sebab guna muncung gelas dan bulat dalamnya saya guna tutup botol mineral water.  Ringan dan sedap.  Resepi di bawah :-


Bahan-bahan

Bahan A
1/2 paket yis (mauripan)
1 1/2 cawan air suam (saya kurangkan jadi 1 cawan)
Secubit garam

Bahan B

500g tepung gandum
1/2 cawan minyak masak atau marjerin cair
2 sudu besar shortening
1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara Mengadun
1.  Campur semua bahan A dalam mangkuk besar dan biarkan 15-20 minit. 
2.  Bila campuran A mula berbuih dan mengembang masukkan bahan B ke dalam mangkuk bahan A dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
3.   Terap donut menggunakan acuan donut (saya guna muncung gelas dan bahagian tengahnya saya guna penutup botol mineral water)
4.  Perap lagi selamat 10 minit
5.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas
6.  Sesudah sejuk, gaulkan dengan gula halus

 Siap untuk dihidang.