Monday, May 21, 2012

SAFETY FIRST

Assalamualaikum.. Salam Sabtu..

Nota : Entry ni saya tulis pada hari Sabtu, tapi memandangkan upload video memakan masa bertahun baru nak sudah, jadinya saya publishkan pada hari Isnin.

Panas sungguh hari ni.  Panas get get kata orang tua-tua.

Syukur alhamdulillah, terang cuaca, selamat bagi yang melangsungkan kenduri kawin.

Makan kenduripun peluh meleleh macam air terjun. Harung bahang panas makan bawah khemah kenduri dapatlah ini...

alhamdulillah... dapat telur rebus kali ni.. bekas tu beli kat Nilai 3 agaknya ye...
Macamana panaspun cuaca, jemputan kawin WAJIB dipenuhi, ye tak?

Hari ni cendol, airbatu campur, air tebu dan segala jenis air yang menyejukkan laku bagai goreng pisang panas.

Tengah-tengah panas, hasil selongkaran saya terjumpa memori card dari kamera lama yang dirosakkan sibujang saya.  Banyak gambar-gambar lama termasuk video anak bujang saya yang rasanya ketika itu umurnya 4 tahun.


Muaz bermain basikal pakai jaket dan helmet abang iwan (rasanya... la).. tengah panas gilerz..



Budak kecikpun tahu KESELAMATAN... inikan orang dewasa...




Kepada mereka-mereka yang kurang mementingkan keselamatan baik menunggang motor mahupun mengemudi kereta, pasangkan niat SAFETY FIRST.....

Wassalam dan jumpa lagi.

2 comments:

  1. salam kenal.. ada banyak cerita & makanan kat sini..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal ogyep yummy mellow. cerita banyak, resepi tengah cuba dibanyakkan lagi. terimakasih kerana singgah.

    ReplyDelete