Thursday, September 6, 2012

MERDEKANYA MALAYSIA!

Salam Merdeka!

Agak terlambat tapi masih boleh mengucapkan Salam Kemerdekaan untuk semua pembaca blog khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Marilah kita sama-sama menanamkan rasa kecintaan dan semangat mempertahankan negara ini.  Janganlah sia-siakan KEMERDEKAAN dan keamanan yang telah kita kecapi selama 55 tahun.  Jangan biarkan bangsa asing ambil kesempatan.  Pertahankan selagi boleh hak-hak orang Melayu kerana orang Melayu cuma ada Tanah Melayu ini sahaja. 
 
SAYANGIlah dan HARGAIlah pengorbanan YAB Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan mereka yang berhempas pulas membebaskan negara ini dari penjajah.  Alfatihah untuk Almarhum Tunku dan mereka-mereka yang telah berjuang habis-habisan demi maruah negara.  ALFATIHAH!...

Filem arahan Suhaimi Baba patut ditonton golongan muda
 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
(nota :- mengalir airmata menyaksikan filem 1957 Hati Malaya yang sangat-sangat menyentuh hati especially part Tunku nak gi London duit tak de, orang-orang perempuan pakat tanggal emas masing-masing, kutip derma nak bagi cukup. Naik semangat Patrotik!).


Meremang bulu rama masa NEGARAku dinyanyikan dan JALUR GEMILANG dinaikkan


 
 
 
 

2 comments:

  1. Assalam,

    Kita hamba yg MERDEKA. Syukur Alhamdulillah. Layari kemerdekaan ini dgn iman dan taqwa, sabar dan solat. Peace.

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/09/ber-open-open-house.html

    ReplyDelete
  2. Salam mamawana... selamat datang, terimakasih sudi lawat rumah saya dan thumbs up untuk semangat itu. MERDEKA!

    ReplyDelete