Sunday, December 27, 2015

AWESOME DAY TRIP

Assalamualaikum wbt

Hari ini posting saya bertajuk KUIH LAMA SIBADAK BERENDAM mencapai hit 26,344 dilihat oleh pembaca. Ramai betul silent reader blog Sekadar Coretan Buat Kenangan ini.  Apapun terimakasih singgah di blog ini walaupun sahabat tidak meninggalkan bicara mahupun salam.


Cuti panjang masih berbaki lagi. Rombongan ke Jitra dah cancel last minute atas sebab yang tak berapa nak faham. Saya call banyak resort yang berdekatan seperti Cherating, Lumut, Pangkor, Bagan Lalang, Morib FULLY BOOKED. Maklum cuti sekolah ramai yang buat booking awal.

Selalu saja kita dengar rungutan kenaikan harga barang, bebanan GST dan sebagainya.  Rupanya ramai yang belum terkesan. Malah kalau dilihat di media sosial, ramai yang mampu bercuti ke luar negara. Alhamdulillah.

Saya cuma mencari sesuatu yang boleh mengisi masa kualiti dengan boy. Sesuatu yang tidak jauh dan kos pun tidak membebankan.


Bukan jauh tempat ini dari Kuala Lumpur. Cuma satu setengah jam perjalanan. Hanya terletak di Lukut Port Dickson dan boleh balik hari je. Kalau nak pergi google map cari 3D Art Gallery Lukut.

Ke sini waktu cuti, elok pergi awal, gallery buka jam 11 pagi sampai 11 malam. Kalau lambat alamat panjanglah beraturnya.

Tiket dicaj rm20 untuk dewasa dan rm 15 untuk kanak-kanak.


Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama saya ke Galeri 3D. Sebelum ni di Langkawi, di Melaka di Penang tidak pernah singgah ke tempat seperti ini. Menarik rupanya ya.


Ada lebihkurang 50 gambar 3D yang boleh kita gayakan. Yang jadi masalahnya orang ramai dengan tujuan yang satu. Agak mencabar nak dapat shot yang ummmph.


Nak bergambarpun kena pandai menggayakan sesuai dengan imej 3Dnya. Kalau tak, tak ngam gambarnya.


Seperti dijangka boy memang pandai menggayakan aksi. Cepat saja dia blend dengan cerita digambar.

Cuba tengok gambar-gambar di bawah.


Saya fikir ini aksi saya paling awesome.

Kurang berjaya menyampaikan mesej lohong besar di tengah-tengah jambatan. Boy macam biasa, terbaik.











30 hingga 35 minit cukup untuk cover semua 2 floor bagi yang tak details seperti saya.

Sebelah 3D Art Gallery ni ada tempat main dengan kucing, Cat Cafe. Saya tak masuk sebab takut mata jadi macam Yoda Star Wars. Allergic. So boy saja yang masuk.

Saya sebenarnya teringin sangat nak ke Teluk Kemang. Semua tempat di sini pack. Tak dapatlah makan tepi laut.


Teluk Kemang ada beberapa gerai nasi campur yang awesome. Gerai ni pertama kali kami cuba. Asam pedasnya memang terangkat. Di sebelahnya ada masjid, lepas lunch terus je solat Zohor.



Cuma bila makan di gerai ini perlu hati-hati mengambil ikan kerana ada antara menu ikannya berharga agak tinggi seperti ikan kerapu sweet sour, sepotong berharga rm25.00.  Kalau dah terambik, rasanya sangat berbaloi. Sangat sedap sampai teringat-ingat.

Sampai di sini dulu. Ada lagi cerita di PD ni sebenarnya. Jumpa lagi.

4 comments:

  1. Cuti tak perlu jauh jauh ( ye lah dah tak pergi buat la ayat sendu kan?? :) ), cukup ada cinta hati bersama. Sini pun ada 3D macam tu....merata2 sekarang ni kan 3D belaka.
    Makcik pun dok tunggu pakcik senang, baru boleh jalan, tapi cuti skolah is a no-no, sesak sgt

    ReplyDelete
  2. McK takpe tak pergi sekarang. Hari biasa lagi ngam sbb semua animasi 3D tu macam kita punya..

    ReplyDelete
  3. wahh sonoknyer gi upside down house tuuu., hehe wak pon dh penah pegii., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak sebelum ni tak pernah teringin nak masuk. Kali ni gara2 cuti panjang tak tau nak pergi mana. Tu yg singgah tu.

      Delete