Tuesday, December 22, 2015

SOS LADA HITAM DAN PERAP LAMB CHOP

Assalamualaikum wbt

Minggu ini minggu kerja yang pendek, minggu yang cutinya panjang. Dari cuti sempena Maulidur Rasul, perayaan Krismas hinggalah cuti hari minggu.

Kami tak ke mana pun. Mungkin berjalan sekitar Selangor. Nantilah kita fikir. Selalu kalau plan sangat, tak menjadi.


Siang tadi beli daging kambing di Aeon Bandar Utama. Yang diperap dan yang tidak sama saja harganya. Yang diperap harga promosi RM3.49 untuk 100g.

Tapi saya lebih suka perap sendiri. Perap dengan rempah ratus melayu.


Nak perap senang saja. Untuk lebih kurang 500g daging ni, ambil bawang merah, bawang putih lebih kurang 5 hingga 6 biji blend dengan halia, ketumbar, jintan manis, jintan putih anggaran 3 sudu besar dan sedikit lada hitam. Boleh guna yang serbuk juga. 

Letak dalam mangkuk, lepas tu campurkan gula merah, sos tiram sikit, garam dan air asam secukup rasa. Saya takde specific sukatan, agak-agak je. Dah agak ada cukup rasa masinnya, manisnya, lemaknya, gaullah lamb slice tu. Perap dulu kat luar lebih kurang 1 jam baru masuk petiais.

So, siap dah untuk bakar masa cuti nanti.  


Yang kat atas tu dinner boy malam tadi. Makan sampai licin. Sampai menjilat pinggan. Cuba bagi nasi , makan guna hujung jari je.

Ayam tu saya beli yang dah ready made cuma sos lada hitam tu je prepare sendiri.

Yang bertanya macamana nak buat sos lada hitam tu, senang je nak prepare. Yang penting ringkas dan mudah nak buat especially kalau nak buat lepas balik kerja.

Blend bawang merah, bawang putih dengan bawang holand dah tu tumis. Guna mentega untuk tumis.

 Masukkan batang celeri dan karot yang dah diblend jugak. Kacau sampai garing.

 Masukkan lada hitam kisar.  Kalau ada thyme, oregano dan daun bay boleh campurkan sekali. Dah tu masuk tepung anggaran 1 sudu besar kacau supaya tak berketul. Lepas tu masukkan air. Ikutlah kepekatan mana yang kita nak. 

Sudah tu letaklah sos tiram dan kicap. Kacau sampai pekat sikit, last sekali masukkan susu. Kalau guna diary whipped cream lagi sedap.  Kacau dengan api perlahan. Dah siap sos lada hitam kita.


Dah makan chicken chop sampai menjilat pinggan, nak tidur boy minta lagi snack. Jangan buka sekolah, uniform tak muat dahlah nak ooi.

Baiklah. Undur diri dulu.  Sekejap lagi dah nak azan Subuh. Jumpa lagi in sha Allah.

4 comments:

  1. Replies
    1. Terimakasih singgah. Alamak! Orang hotel komen... nyorok bawah meja..

      Delete
  2. Rajinnya zana, kakpb suka perap sendiri juga apa2, daging ke ayam. Sos lada hitam tu boleh kakpb tiru. Selalu guna dlm botol je nak cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak pb, terimakasih sudi singgah. saya suka rasa perap dgn herba kita, rasa perap style omputeh lain rasanya. Sedap juga. Pilihan masing2.

      Delete