Tuesday, December 29, 2015

TERAPI KALER @ LANTAI KERJA

Assalamualaikum wbt

Sri Pentas ditutup?  Pindah ke mana?




Sebenarnya tidaklah ke mana-mana. Memang benar sebahagian besar warga Sri Pentas telahpun berpindah ke bangunan New Straits Times di Bangsar, tetapi wargakerja penerbitan televisyen dan radio masih di sini.

Hidup melalui banyak perubahan. Sri Pentas atau dulu orang kenal dengan TV3 juga telah alami pelbagai perubahan, tidak saja dari renovation dalaman bangunan hinggalah pertukaran Pengurusan dan datang pergi wargakerjanya. Kalau yang pernah ke sini, pasti dapat melihat hampir 90% bahagian dalamannya telah dirubah. Kami yang mula kerja di sini pun dulu muda belia sekarang dah jadi atok dan uwan.

Mulanya kami berpindah dari Jalan Liku, Bangsar ke Sri Pentas lebih kurang dalam bulan Mei 1995. Bermakna sudah 20 tahun kami di sini. Berpindah sebab hendak memberi ruang yang lebih besar dan lebih selesa untuk wargakerja tv berkarya. Selari dengan perkembangan Sri Pentas, tempat ini kembali tidak dapat menampung wargakerja yang makin bertambah.

Tapi kali ini, perubahan ini bukan di dalam Sri Pentas tetapi di luar.  Pihak pengurusan Bandar Utama membina tempat letak kereta bertingkat di hadapan Sri Pentas memberi kemudahan meletak kereta wargakerja yang sememangnya kritikal.  Jadi, kami akan berada di dalam keadaan seperti di gambar lebih kurang 10 hingga 11 bulan akan datang.



"Hidup kena ada kaler", kata seorang sahabat lama dulu. Musibah, gelak ketawa, airmata, sedih, ria, sihat, sakit, semua itu warna dalam hidup kita, tambahnya. Takde kaler tu, mendatarlah suasananya. Tak bestlah kan, sambungnya lagi.


Dan kita juga dikuasai oleh kuasa warna. Stress, tenang, teruja ada peranan warna di situ. Setiap warna dikatakan ada getaran dan auranya tersendiri. Kanak-kanakpun selalu tertarik pada warna.



Jadi, pihak pengurusan membuat keputusan perlunya menambah elemen warna di lantai kerja kami. Mampukah warna-warna lukisan mural di ofis kami yang sangat berwarna-warni meringankan stress dan tekanan wargakerja?

Wall painting day @ Lantai Kerja. 




Kerja-kerja mengubah suasana pejabat dengan mengecat lukisan mural pelbagai warna garang di dinding Lantai Kerja kami bermula beberapa minggu yang lepas. Tukang catnya kamilah juga. 


Dipercayai setiap hari ada warnanya sendiri. Contohnya Isnin -putih, Selasa - pink / violet, Rabu - biru, Khamis - kuning / oren, Jumaat - hijau, Sabtu - merah, Ahad - hitam. Wallahualam.

Kiranya bila stress kerja, melihat lukisan ni dapat memberi sedikit kelapangan dan ketenangan. 

Samada berjaya atau tidak misi ini, cuba sahabat nilaikan melalui lukisan dan warnanya yang telah siap seperti di bawah.
















Bagaimana? Tenang atau stress?

Apapun yang penting adalah warna hidup kita. Kitalah berusnya. Pilihlah warna-warna yang dapat menceriakan hidup.  Namun harus diingat disebalik kita memilih warna-warna hidup kita, ada sang Pencipta yang Maha berkuasa dan Maha menentukan.

Jumpa lagi. Wassalam.

14 comments:

  1. assalam bagi yg minat melukis n sukakan lukisan warna2-nya yg harmoni mmg menenangkan jiwa melegakan stres juga tu...insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam. Terimakasih berkunjung. Betul juga.

    ReplyDelete
  3. salam singgah, menarik corak kaler dan senilukisnya., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terimakasih singgah. Warna-warna yang digunakan warna terang dan garang. Cantik dalam gambar.

      Delete
  4. Very vibrant zana....sangat terang, but cantik....jgn nanti org pakat pi ambik gambaq macam kat street art sini dah le..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mck dulu2 budak2 suka ambik gambaq tang dinding yg skrg gambaq kaca pecah nu, la ni bila depa gambaq situ, tak nampak pun gambaq depa.. nampak kaler ja.. haha

      Delete
  5. Cantik betul! Kreatifnya semua orang.. MD memang suka kalerful2 gini.. Macam blog MD jugak.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih singgah MD. Ramai tertarik kat benda yg kalerful macam blog MD.. menarik!

      Delete
  6. salam kenal..

    menarik gak tu. but i mmg keras tangan bab2 melukis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Budak2 dekat ofis ni tak payah suruh, pandai je diaorang piliih kaler.

      Delete
  7. Suka pulak kakcik tengok warna-warni yang terang benderang itu... :)

    ReplyDelete
  8. Kakcik.. dah hari2 dok tengok kaler terang tu lain mcm pulak rasanya..��

    ReplyDelete
  9. wahhh cantiknya! mesti ceria je nak kerja :)

    ReplyDelete