Tuesday, November 8, 2011

SALAM AIDILADHA

Catatan 5hb November 2011

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR.  LAILAHAILLAHUWALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM...

Sayunya hati kala mendengar alunan takbir memuji nama Allah, tuhan Pencipta sekian alam. Selesailah sudah ibadah haji umat Islam yang sedang berkumpul di Padang Arafah untuk tahun ini.  Setiap umat Islam yang pernah berada di tempat ini, pasti menyimpan niat untuk kembali. Semoga kita semua diberi rezeki untuk kembali ke Tanah Suci Mekah samada mengerjakan Ibadah Haji mahupun Umrah.  

Aidil Adha tahun ini keluarga kami menyediakan Nasi Beryani berlaukkan rendang daging, ayam masak merah, dalca daging dan jelantah timun.  Namun tahun ini saya tidak join team memasak yang selalunya diketuai oleh Chef Along.  Tekak saya bagai disiat sembilu dan demam.  Kesian melihat Along dan Ua bangun seawal 5:00 pagi untuk menyiapkan hidangan pagi yang istimewa ini.  Agak terkilan kerana tidak sempat membuat tart nenas kegemaran Along.  Maaf ye Long, bila sihat nanti, InsyaAllah saya buat khas untuk Along.  Saya cuma sempat membuat kek belang coklat.  Di sini Resepi Kek Belang Coklat



Tahun ini juga, anak bujang tunggal saya 'exited' pergi solat sunat Aidil Adha bersama Pa'Gong (panggilan Muaz kepada abang ipar saya).  Lepas tu melihat orang menyembelih lembu.  "Kenapa semua orang kill lembu, sedih saya", ucap Muaz sebaik pulang.  Walau berkali-kali saya terangkan peristiwa Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail, namun Muaz masih tidak mengerti.  Tak pe wahai anak, nanti kamu akan faham juga.

Muaz bersama Pa'Gong.. sekembali dari solat

Lewat petang, kakak saya menjemput ke rumahnya di Sri Damansara.  Ada Mee Rebus, ketupat dan rendang.  Terus terfikir membuat kek cawan oren dan pandan bercoklat cip yang resepinya saya post sebelum ini.  Cuma untuk membuat pandan, gantikan oren dengan pes pandan.  Proses yang lainnya sama sahaja. Abang ipar cukup suka dengan kek oren.



Kek cawan ini pernah menjadi antara menu DLO yang digemari pelanggan.  Rasanya lembut, lembab dan kaya rasa oren.  Bolehlah mencubanya sendiri nanti.






No comments:

Post a Comment