Monday, September 3, 2012

SAYA JUMPA CHEF HANIELIZA

Salam

Nampak gambar tu? 

Siapa?

Yang kusam tu saya, yang berseri tu Chef Hanieliza.


Seronoknya dapat jumpa Chef Hanieliza, tak terkata dengan perkataan.  Saya mengikuti perkembangan Kak Liza dari zaman dia berfotopages lagi.  Lama dah tu.  Dari Kak Liza muda sampai Kak Liza bertambah muda lagi, saya masih setia mengikuti perkembangan beliau.  Banyak masakan dan kuih muih Kak Liza yang saya cuba, kebanyakkannya menjadi.  Kalau tak menjadi pun, atas kesilapan saya sendiri.  Buku 1 resepi 1 hari jadi sahabat setia saya sekarang ini.  Bukan setakat saya, rasanya beribu lagi wanita menjadi buku Kak Liza sebagai panduan.  Malangnya hari ini, saya terlupa nak bawa buku-buku tersebut.  Kalau tak bertambah bilangan buku masakan yang ditandatangan oleh penulisnya.  Mungkin lain kali ye Kak Liza.

Kak Liza datang ke ofis  untuk syer pengalaman bertahun beliau memasak dan menyumbang resepi dengan semua penonton Wanita Hari Ini (WHI).  Kak Liza juga nak syer award yang Kak Liza dapat atas sumbangan beliau dan bidang masakan.  Tahniah Kak Liza. 

Yang paling memorable ialah saya dapat tangkap Kak Liza, sebelum Penerbit Wanita Hari Ini tangkap beliau.. heheh... dapatlah borak panjang dengan Kak Liza yang tak lokek ilmu.  Terimakasih banyak-banyak Kak Liza, sudi berkongsi ilmu dengan saya.  Paling bes dapat rasa markaroni goreng Kak Liza bawa.  Dikongsi ramai-ramai di ofis.

Saya dan Kak Liza

Marcaroni (eh canne ejanya ye).. goreng dari Kak Liza.   Sedap Kak dan terimakasih.
 
 
NOTA :  Untuk menonton rakaman klip Kak Liza di Wanita Hari Ini, sila ke http://dlittleoven.blogspot.com/2012/09/istimewa-dari-chef-hanieliza.html

5 comments:

  1. Salam..
    terimakaih yang tidak terhingga kerana sudi berjumpa kakliza walaupun dalam kesibukan tugasan di pejabat..
    Sangat terharu bila membaca entry ini dan tak sangka begitu lama mengikuti perkembangan kakliza dari muda sehingga bertambah muda..
    semoga iktan ukhwah nakan berpanjangan sehingga akhir hayat..Amin..

    ReplyDelete
  2. tq sudi ke blog n follow KA, salam kenal & KA dah follow balik ye 59

    ReplyDelete
  3. Sy pun ikut resepi kak liza jgk...tp beli buku tu cuma ada 2 aje lah. Resepi aneka nasik ngan apa tah lupa dh, hehe..tu pun buku jenis nipis tu aje. Selainnya cari kat blog beliau aje atau pun cari kat blog2 lain, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alona. Banyak buku kak liza. Sume bes bes. Tk sudi singgah...

      Delete