Monday, January 28, 2013

KUIH LAMA SI BADAK BERENDAM - RESEPI

Salam 

Saya doakan kesejahteraan rakan-rakan blogger dan pengunjung senyap blog ini.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Cuti panjang Maulidur Rasul dibawa ke Perayaan Thaipusam, ramai yang ke luar kota, menghabiskan waktu kualiti bersama keluarga, sahabat taulan.  Saya tetap di rumah, tak kemana-mana.  Semua projek memenuhi kehendak tekak yang saya plan nak buat pada hari Sabtu lepas terbengkalai.  Alahai....Bersyukurlah tatkala sihat.

Konon nak buat apam gula merah yang Muaz suka, mak minta buat lagi Craze Marble cake yang saya buat minggu lepas, nak buat badak berendam segala, punah ranah dek sakit kepala.  Allah sayangkan umatnya diuji dengan pelbagai ujian.  Syukur Ya Allah! 

Sabtu, Muaz tak ke kelas Qiraati, tidak juga ke latihan tae kwon do, tidak juga ke mall macam yang saya janji pada dia.  Kasihan anakku.  Sangat-sangat tidak berdaya rasanya.


Snek petang saya cuma gorengkan drummet, makan dengan sos. Bolehlah ye Muaz..  

Alhamdulillah, Ahad segar bugar rasanya.  Agak bersemangat memulakan pagi.  Rutin biasa hantar Muaz training.  
Sementara nak tunggu jam 10 pagi saya menggodek Craze Marble Cake untuk Yani dan mak-mak yang tengah tunggu anak-anak mereka training.  Tapi akhirnya....


mak-mak tak berapa nak merasa tapi dihabiskan oleh anak-anak yang lapar lepas training 4 jam.   Dah melompat, berlari, menendang dan macam-macam lagi, mana tak lapar ye tak!..Nyesal bawak sikit.  Patut bawak whole cake untuk anak-anak ini.  
  

 Craze Marble Cake


Isnin, Hajah Cik Wok bersemangat juga nak buat kuih badak berendam.  Saya buatkan inti dan mak membancuh adunan tepung.


Resepi Badan Berendam

Bahan-bahannya main agak-agak je ni.  Kalau nak buat nanti test dulu ye)

Bahan tepung
1.  Ambil 3/4 tepung pulut dari plastiknya
2.  Lebih kurang 2 cawan air sejuk dicampur 1 sudu kecil garam

Cara Mengadun
Bancuhkan tepung dengan cara memasukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. (seperti gambar di atas.)


Bahan-bahan Inti

1. 1 biji kelapa parut (yang muda)
2.  Satu ketul gula melaka
3.  Sedikit air

Cara memasak
Cairkan gula melaka atau gula merah di dalam kuali bersama sedikit air.
Campurkan kelapa parut kedalam gula melaka tadi dan gaulkan sehingga masak


Bahan-bahan Kuah Santan

1.  Santan dari 1/2 biji kelapa
2.  2 sudu tepung gandum
3.  1 sudu teh garam
4.  Lebih kurang 1 1/2 cawan air
5.  2 helai daun pandan

Cara-cara

Satukan semua bahan dan masak atas api kecil sehingga mendidih serta pekat dan tutup api.  Kacau selalu supaya kuah santan tidak berketul


Ambil sedikit adunan tepung, bulat-bulatkan, buat lubang di tengah dan masukkan inti kelapa tadi.  Tutup dan bulatkan semula adunan. Buatlah sehingga habis.


Panaskan air di dalam periuk, bila menggelegak, masukkan kuih yang sudah siap tadi.  Bila kuih dah terapung maknya kuih dah masak la tu.


Bila dah masak, masukkan la kuih tu dalam kuah santan yang kita dah masak tadi.  Boleh la masukkan dalam mangkuk dan makan...


Sedap banget nih..makan di beranda rumah mak dengan hembusan angin sepoi sepoi bahasa.  Sangat nyaman.

Sehingga kita berjumpa lagi in sya Allah..

Tata! Wassalam

Selingan


Bersyukurlah, kita masih diberi rezeki menikmati hidup sedangkan ada yang sudah dipanggil menghadap Ilahi
Bersyukurlah, kita masih punya orang yang kita kasih dan dikasihi sedangkan orang lain hidup sebatang kara
Bersyukurlah, kita masih punya apa yang orang lain sudah tidak punya


Percayalah setiap kesulitan ada kemudahannya dan setiap kejadian ada hikmahnya

7 comments:

  1. Selamat pagi dan assalammualaikum zana juga ye....kakzana suka sgt ayat selingan yg bawah sekali tu. Ramai org tak bersyukur dgn apa yg Allah telah berikan, mencari lagi yg lain, tak puas hati dgn apa yg dah dimiliki.

    ReplyDelete
  2. Walaikummusalam. Zana meet Zana. Suke! suke!.. Bersyukur adalah penyebab tenangnya hati Zana. Bersyukur juga menyebabkan kita lebih menghargai hidup dan dihargai oleh orang lain, in sya Allah. Salam kenal dan terimakasih datang rumah saya.

    ReplyDelete
  3. Geramnyaerr lahaiii. Bulat2 gebu gituu. Nanti nak curi sikit respi ni ye nak try buat sendiri. Hihihi. Izinkan saya ye. Oh ye nanti kalau ada masa jemput2 lah lawat blog saya ni http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete
  4. Baguslah sebab xde pewarna tiruan. Food dye ni salah satu punca kanser.Ee.Thanks for the recipe

    ReplyDelete
  5. Baguslah sebab xde pewarna tiruan. Food dye ni salah satu punca kanser.Ee.Thanks for the recipe

    ReplyDelete
  6. nak tanya kuah tu memang pakai tepung gandum ke?bkn tepung beras ek

    ReplyDelete
  7. nak tanya kuah tu memang pakai tepung gandum ke?bkn tepung beras ek

    ReplyDelete