Friday, February 1, 2013

JENGOK-JENGOK, TINGGAL BEKAS KOTOR

Salam Jumaat

Hari yang paling hebat dalam seminggu hingga ada surah yang diturunkan Allah s.w.t khas untuk hari ini iatu surah Al-Jumu'ah.  

Jangan lupa lakukan sunnah Jumaat.  Tambahan orang-orang Wilayah Persekutuan cuti hari ni.  Seronokla.  Boleh buat Sunnah Jumaat dengan senang dan lenangnya.  

Berselawat ke atas Rasulullah sebanyak-banyaknya untuk mengimarahkan rasa cinta  kepada Rasullulah.  Sangat-sangat mengharapkan Rasulullah memanggil nama kita disaat kita memerlukan bantuan di hari pembalasan kelak. Semoga kita dipertemukan dengan kekasih Allah s.w.t ini.  Amin.

Perbanyakkan juga doa pada hari ini juga disunatkan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat atau waktu siang pada hari Jumaat.  Allah akan memberi cahaya kepada orang yang membaca surah ini di antara kedua-dua Jumaat (Riwayat Al-Hakim da Al-Baihaqi)



Kalau sahabat-sahabat blogger dan pembaca senyap nampak, blog saya sedikit berubah wajah.  Kenapa?

Kena virus, MALWARE.  Pening kepala nak clean dan delete semua link.  Terimakasih pada sahabat blogger Encik Mazidul http://www.mazidulakmal.com/ yang tolong saya keluar dari masalah ini.  Berjalan sana-sini blogwalking, tak sedar dah masuk blog yang dah diinfeksi.  



Syukur alhamdulillah, blog dah pulih.  Sayang sangat blog ini.  Pengajarannya, kena lebih hati-hati masa berjalan-jalan.  Yang lebih penting tidak download atau link ke website yang kita tidak kenal.  Sangat-sangat 'gerutu' dan kecewa bila benda ni terjadi.

Okelah, sampai di sini dulu.  Esok hari yang paling ditunggu-tunggu.  Sabtu dan Ahad.  Walau banyak kerja yang perlu dilakukan, ianya tetap ditunggu sebab dapat duduk rumah, dapat baking, dapat masak, dapat jalan-jalan.  Kadang-kadang ada perkara ini yang jadi angan-angan je sebab TAK SEMPAT nak buat semua.

Wassalam dan tata!

Selingan


Senyum adalah 'aura' positif .  

Serlah dan Sebarkan 'aura' positif ini kepada insan-insan sekeliling dan hidup kita akan sentiasa dikelilingi rasa positif. 

Jadi...

Jangan lupa senyum!


No comments:

Post a Comment