Saturday, February 9, 2013

GEDAK GEDUK BERJAYA JUGAK AKHIRNYA ROTI WHOLEMEAL - RESEPI

Salam!

Ke mana kita cuti-cuti ni?  Rasanya macam cepat sangat petangnya hari ni.  Kalau masa kerja tu, lambat sangat berjalannya masa.

Pagi tadi punyalah rilex sekali, tak de bekejar-bekejar macam pagi-pagi yang selalu tu.  Sebaldi baju putih basuh tangan berus dengan santai sekali.  Nampak kat ampaian putih melepak bersinar-sinar, bangga je rasa hati.

Hari bermalas-malasan.  Besnya kalau ada bibik yang basuhkan baju kan...

Malas-malaspun siap gak roti loaf wholemeal ni.... Ni semua penangan rasukan roti blogger Cik Queenie yang terer masak-memasak tu.  

Last sekali buat roti masa kursus INSKEN kat Bangi.. lepas tu roti tah kemana.


Roti ni saya guna 


260g Bread Flour dicampur dengan 115g wholemeal flour

15g butter tawar
30g gula castor
100ml yogurt asli
150ml air
5g yeast kering
6g garam

Resepi ni saya "tiru" Cik Queenie punya.


Sedap!




Campur semua bahan sebati kecuali air.
Garam kena masuk last sekali sebab garam boleh mematikan yeast.

Lepas sebati, masukkan air dan garam dan uli sampai doh bila ditarik nipis seperti kulit bawang


Dah agak-agak doh tu dah oke, perap dia 30 minit atau naik dua kali ganda.  


Tengok doh dah naik, uli sekali lagi untuk buang angin dia dan canaikan bentuk silinder, ikut besar loaf tin (saya tak canai pun, tepek-tepek terus masuk tin yang dah diglis dengan sikit butter).

Perap lagi sampai nampak macam ni..


Membumbung macam ni


Aerial Shot!


Ada gak yang nyelit... 


Sementara tunggu doh tu ngembang, masak la sikit untuk Muaz.  Budak tu bukannya nak makan nasi sangat.  

Makaroni Carbonara


Doh yang dah kembang tadi, bakarlah dalam oven dengan kepanasan 180 C selama 30 minit.  Baunya semerbak tau!


Bila dah masak, masa panas-panas tu gliskan dengan butter bahagian atasnya.



Tu dia.. fresh from oven.  Berasap! Tapi kat gambar asap dia tak nampak..


Betul kata Cik Queenie, loaf ni tinggi..


Bangga giler dapat buat ni.. almaklum bertahun tak membuatnya..

 Slice, boleh lapis dengan apa saja

Letak kaya je pun boleh..

Okelah, jumpa lagi dilain kali, in sya Allah dan selamat bercuti.

Selingan

Lega sangat sebab tak kena bekerja di hari cuti yang panjang macam rakan-rakan sekerja saya ni. Gambar diambil hampir jam 6:45pm Jumaat.

Tazkirah sikit..

Hidayah adalah ketukan pada hati....
Taubat adalah langkah pertama menuju keredhaan Allah swt
Kembali lah!  Semoga hidup kita lebih bererti.






5 comments:

  1. Bestnya bila dah pandai buat roti sendiri. Rasa puas kan? Makan pun enjoy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Kepuasan tahap maksima. Hehe..

      Delete
  2. assalamualaikum. terima kasih memang nak cuba sgt. mintak halal ilmu ni dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. Salam..tq sbb sharing resepinya...nk buat jgk la..

    http://duamasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. akak, klau tak nak guna yogurt sbb tak makan, boleh ganti dgn apa yea? terima kasihh

    ReplyDelete