Salam Ahad
Entry saya tulis di hadapan famili yang tengah rancak berborak di beranda mak.
Susah idea nak datang sebab telinga syok dengar macam-macam cerita. Pasal biawak la, pasal anjing la, pasal drama Aisya Sofea la, kalau dah cerita pasal drama terbaru Sehangat Asmara, dah sambung cerita pasal Adi Putra pulak.
Sedikit gambar sekitar Pesta Buku yang kami pergi semalam. Seronok sebab tak ramai sangat orang.
Banyak juga buku dan komik Muaz beli semalam.
Lakaran Karikutur oleh pelukis Balai Senilukis Negara
Familiar sangat wajah pelukis ni. Siapa ye?
Lakaran muka Muaz. Senang je nampak, cuba kita buat jadi gambar rumah gak ah
Dah jadi, tak sampai 15 minit. Ni kalau Sir Vijay tengok mesti mengalir air liur. Muaz dapat pangkat MASTER tu...
Lama ngidam buku ni. Jom kita semarak cinta dan sayang kepada Rasulullah
Banyak betul booth yang kami round sampai lepak Muaz dalam komuter. Kecapekkan!
Pagi Ahad, K Mix mula beroperasi. Bismillahirohmanirrohim.. rasmi dah K Mix
Lama dah tak buat donat. K Mix dirasmikan dengan donut resepi Chef Noraini. Nak ke resepinya. Browse bawah ye..
Sedekah mendekatkan kita pada Allah swt. Sedekah juga merendahkan lagi hati kita dari keegoan. Sedekah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.
Donut dan pisang untuk sahabat-sahabat Muaz training. Walaupun tak sempat siap jam 10:00 pagi, saya hantar jam 12:00 tengahari sebelum training habis.
Resepi Donut
Sumber : Chef Noraini Zakaria
Bahan-Bahan
500g tepung roti / tepung gandum pun boleh
70g gula kaster
5g garam
30g susu tepung
11gm yis segera
3g serbuk penaik
5g pemantap roti (tak de pun ta pe)
1 biji telur
50g marjerin
250ml air
Cara Mengadun
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun (kecuali air)
Putar sebati dengan kelajuan sederhana
2. Masuk air dan putar lagi hingga doh lembut dan kenyal. Keluarkan doh dan rehatkan 15 minit
3. Gelek doh setebal 1/2 cm - 1cm, tekap guna acuan donat
4. Susun dalam dulang dan rehatkan lagi selama 20-30 minit hingga donut kembang
5. Goreng donat dalam minyak yang banyak dan api sederhana. Tuskan minyak dan sejukkan.
6. Gaulkan dengan gula kaster dan boleh dihidang
Okelah, sampai di sini dulu. Doakan kita semua berjumpa lagi di lain pertemuan.
Wassalam
Selingan
Maafkan orang sekeliling kita kerana kemaafan menghindarkan kita dari dendam
Maafkan sahabat-sahabat kita kerana kemaafan memberikan kita ketenangan
Maafkan sahabat-sahabat kita kerana kemaafan menghapus keegoan
Marilah kita bermaafan sesama kita
salam Zana..
ReplyDeletemembalas kunjungan awak ke rumah akak...tenkiu sudi singgah dan tinggalkan komen...
pssst sebenarnya saya la kakak...wakakak
Psstttt... tak kisah lah sape kakak, yang penting ukhuwah terjalin. Terimakasih datang rumah saya yang sunyi ni.. hehehe
ReplyDeleteSalam kenal Zana. Kak Azie masuk membalas kunjungan. Takda ruang follow yer?
ReplyDeleteWahhh Kak Azie tak pernah buat donat, memang tak reti la. Tengok donat tu sangat menggoda!
Salam Azie.. rasa sama umo kot. Blog saya baru kena hack.. tengah construct lagi ni... habis link semua saya buang.
DeleteTerimakasih datang berkunjung.
salam kenal, sedapnya donut tu..biografi Agung Rasullah tu saya ada beli juga, seronok baca buku tu..
ReplyDeleteSalam ukhuwah. Donut tu sangat lembut. Boleh try. Beli untuk my son sebenarnya. Memang bes.
DeleteGebunya donut dia. :)
ReplyDeleteYeay! akhirnya kakcik datang jenguk saya. Terimakasih Kakcik... winduuuuuuu sangat...
Delete