Monday, February 18, 2013

POTLUCK LAGI

Salam!!

Sebenarnya entry ini saya prepare hari Sabtu yang lepas.  Susah sangat nak upload disebabkan line internet yang teruk dan saya yang agak sibuk berlari-lari anak antara menghantar dan menjemput my precious son dan nak prepare hidangan potluck, postpone je lah entry ni. Pada yang suami sentiasa ada di sisi, bersyukurlah! Boleh tolong-tolong mana yang patut kan...

Sedih juga bila kamera Canon yang saya beli hampir 3 tahun lepas dah rosak.  Minggu lepas masih berfungsi.  Foto-foto potluck last week, assignment dia yang terakhir.  Gambar seakan expose bila snap.  Boleh repair in sya Allah.  Tapi kalau ada duit lebih, boleh beli baru yang lebih canggih.  Ye tak?

Lepas cuti CNY, sepanjang minggu memang memenatkan.  Terapi penat yang paling best ialah MAKAN.  Minggu ni kita buat lagi makan-makan memandangkan minggu lepas tak de birthday cake katanya, so Sabtu buatla sekali lagi.

Kalau minggu lepas donut tembam, kali ni buat pizza.  Beef Pepperoni yang ni.. boleh tahan la rasanya.. 

Alang-alang 1/2 adunan boleh dapat dua base pizza yang besar, nah! Hawaiian Seafood (ye ke?)..haha

Mak budak birthday girl yang tengah tu la yang request buat lagi.  Minggu lepas dia kerja.  

Kek tu tak berapa nak semenggah rupanya.  Ganache chocolate tak menjadi bila pour kat atas kek.  Saya tarik barik semula ganache campurkan dengan chocolate whipped cream dan frost semula guna spatula.  Decoration tu my precious son yang letak, tengok ibu dia dah fed-up dengan kek tu.  Sebab tu tak de gambar close-up..hahaha...

Nama kek tu Chocolate Banana.

Abaikan pinggan mangkuk yang berbagai ragam tu ye.  

Antara hidangan last minute yang kita prepare.

Jumpa lagi dalam episod makan-makan.

Selingan


Ustaz kata dalam radio Ikim pagi tadi, Allah swt itu sangat dekat dengan kita umpama ibu-bapa yang membiarkan anak kecilnya belajar berjalan jatuh, dibiarkan anak jatuh sedangkan ibu-bapa tadi berada dekat dan sentiasa bersedia untuk menyambut si anak.  Sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada anak untuk terus belajar berjalan.  

Begitu juga dengan Allah swt.  Diberinya kita ujian dan musibah supaya kita sentiasa dekat denganNya.  Mari kita berdoa agar Allah  swt  sentiasa memandang kita dengan pandangan penuh rahmah dan kasih-sayang.

13 comments:

  1. salam zana, walau pizza tu nampak ohsem (ceh minggu ni minggu ohsem agaknya...), makcik sangat2 tertarik ngan sekita kawasan rumah tu....luas and sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  2. Salam McK. Duduk kampung memang ohsem McK... hehe

    ReplyDelete
  3. pizza tu memang nampak sangat sedap... lapo perut kakcik jadinya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik meh le singgah rumah, makan pizza sambil petik belimbing buluh..

      Delete
  4. semuanya sedap2!

    heheh dh taker WV ya? Alhamdulillah....
    Zana kecik ati ngan akak ker? I amsorry...ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? You pandai masak. I am your number one fan sekarang ni.. Never marah-marah one. No good, cepat kerepot muka... :D

      Delete
  5. Nak KFC seketul Peha tak mo, nak kepak. Original!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kepak, suka terbang lah tuuu..

      Delete
  6. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok semua makanan tu..... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang dan salam Ukhuwah Mia...

      Delete
  8. Replies
    1. Salam Liza.. Selamat datang. makan memanglah bes... hehe..

      Delete